Friday, July 20, 2012

Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.

Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya.

Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri.

Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.



25 comments:
Write comments
  1. tahniah arbaayah..cuma sy terfikir sedikit psl Nik Aziz

    sy risau nik aziz terlalu berdendam dgn UMNO! terlalu negatif padahal berbincanglah elok2. Najib & Muhyiddin bukan org jahat. jk nik aziz berdendam & slu pndg buruk..apa yg Nik dpt? bukankah berprejudis ini mengundang dosa? Kepimpinan Krj BN skrg sgt mdgr, suka berbincang, buat kerja dan sentiasa membaiki kesilapan.

    melalui ucapan, nik aziz membawa imej UMNO ke arah yg amat jijik! tiada manfaat! hilang semua jasa2 UMNO wp UMNO diam + buat kerja! peluang berdiam ini dieksploitasi oleh PAS. mengata itu, mendakwa ini. hampir semua org Kelantan amat negatif kecuali ahli2 UMNO dri Kelantan. impaknya - rakyat khususnya di Ktan buta hati, mata & jiwa waima jalanraya dibuat BN (byk projek2 krj negeri Pusat bantu)! org2 Kelantan buta segalanya. bila keluar dr Kelantan buat life tsendiri..mcm ada kejutan budaya.

    ahli2 UMNO dipandang sbg kafir coz dakwaan Nik x mau hudud & BN itu sekular! tanpa memikir ahli2 UMNO mula panas, Nik terus mengapi2 perpaduan! pemimpin2 UMNO stkt ini berjaya menyabarkn ahli2nya spy x marah2. stkt ni ok lah.

    Nik igt PR jika naik sbg krj nti, mahu buat hudud? sy ada bukti2 yg menyatakan DSAI bercakap berputar2. dpn PAS lain; dgn STAR & DAP pula lain! siap mengutuk lagi. dah Nik cdg muzakarah, alih2 Nik x mahu pula!?? persepakatan Nik, Azizan,

    agaknya, isteri nik aziz,anak2 serta kroni2 terlalu negatif, beremosi & berdendam! mcm selalu makan dari hasil pendapatan yg haram!

    bahaya org2 mcm ni. banyakkan muhasabah, husnu dzon..jika syaitan pun Nik berkawan, inikan pula UMNO yg suka berteman..

    hendak mengail ikan senangin;
    singgah berlabuh di kuala muda;
    apakah malang nasibnya angin?
    berbudi sepanjang..dibalas tiada..

    ReplyDelete
  2. awak nih bodoh si anony july 20: 3.55 pm.

    isu yg awak kupas diatas isu lapuk dan masyarakat dah tak cakap lagi dah. awak pulak cuba provoke supaya isu kafir mengkafir panas . Bodoh betui. Kita pakat kupas la isu abby abadi yg masuk PAS,kenapa.

    Mempamirkan awak bagai anjing umngok, cuba jgn lari tajuk.

    ReplyDelete
  3. arbaieyah dah masuk. apa cerr dgn ning + syarifah aini?

    ReplyDelete
  4. alaa anony july 20, 2012 5.37..

    kau janganlah marah2. mmg ada berita abaiah masuk pas! tapi ada juga gambar nik aziz. si anony july 20: 3.55 pm cuma terfikir sebab nik aziz mmg ada kaitan. dgn PAS, mana ada sesi dialog slps berucap? jadi org2 yg berfikir nak tanya siapa? jika tanya pada pengikut..jwpnnya mcm kenyataan kau lah..marah2, menghina, tertutup, hasad..padahal masih tiada jawapan!!

    si anony july 20: 3.55 pm tu dah ucap tahniah lagi pada artis tu. sebab abaiah jg kata pasal nik aziz dan islam dia masuk islam eh, pas! baca berita2 dia sebelum ni. KAU CATAT NOTA, SBB ORG -VE SUKA MELABUN. MUDAH LUPA PD JASA!! aku pun pernah ke kalantan. mmg xda pembangunan!! tunggu projek dari Pusatlah aje wp buat jambatan. hanya menagih duit termasuk gaji & elaun, tapi MENANAM SIFAT anti kerajaan pusat PADA RAKYAT KTAN!

    ibarat kita yg ada mak bapa..dapat sekolah, diajar Matematik, BM, Sejarah, diajar solat, puasa dan mengaji..`mak bapa` bagi duit lagi setiap masa! tapi kita sentiasa mengata2 `mak bapa` kita sendiri pada kawan2 yg beraja di mata, syaitan di hati! takde NIAT nak membaiki kesilapan `mak bapa`, TETAPI MARAH2 DAN TERUS JAHANAMKAN `MAK BAPA` YG SENTIASA MENOLONG DAN MEMAHAMI KITA DARI DULU secara beremosi.

    macam pendapatan kau + isteri @ beradik2 kau yg -ve tu jgk..kan?


    aku jgk terfikir nih

    ReplyDelete
  5. bagus la abby, kekal brsama gerakan islam. anda tentu ingat pesanan Tun Mahathir kan..yg cerdik masuk PAS. Tahniah kerana anda salah seorang drp yg CERDIK.

    ReplyDelete
  6. kena belajar utk naik pentas PAS dan brceramah. gariskn isu bernas dan kupaskan dgn jelas isu2 semasa.

    ReplyDelete
  7. Mana2 kerajaan yg memerintah negara lebih drp 30 tahun, mereka akan 'dihiasi' dgn perangai buruk spt mana yg berlaku d Malaysia pd hari ini. Tpi awas jika rakyat bangkit,pemimpin zalim akan dihumban ke longkang oleh kebangkitan rakyat. contoh telah berlaku di Timur Tengah.

    ReplyDelete
  8. “Saya yang tidak pernah mengundi parti selain Pas sejak kali pertama membuang undi, kini menyedari pilihan saya ini adalah salah. Memang sejak mula mengundi pada usia 21 tahun saya tidak pernah ambil tahu siapa pun wakil parti lain, yang saya tahu cuma Pas.
    "Sokongan saya tidak pernah berubah tetapi akhirnya saya tidak mendapat apa-apa manfaat sedikit pun selain janji mereka, jadi kenapa masih perlu bersama Pas sedangkan saya tidak lagi yakin dengan apa yang mereka boleh lakukan," kata Raja Ali Raja Mat, 45 tahun, yang berasal dari Kampung Hujung Tanjung. BELIAU KELUAR DARI PAS DAN KINI UMNO.

    Sementara itu, Che Awadi Che Su, 31, dari Kampung Babong pula berkata, dia memilih menjadi ahli UMNO selepas membuat pemerhatian dan perbandingan antara parti yang ada di negara ini.
    "Soal sokongan memang keluarga saya menyokong Pas sejak lama dulu, tetapi hasil pemerhatian saya mendapati UMNO adalah parti terbaik untuk rakyat.
    "Sebab itulah saya bersama rakan-rakan memilih untuk bersama UMNO dan insya-Allah selepas ini kesemua ahli keluarga saya juga akan melakukan perkara sama," jelasnya.

    Pendapat tersebut dikongsi seorang lagi pengundi muda, Fadzil Ismail, 36, yang mengakui tidak pernah merasai sedikit pun bantuan daripada pemimpin Pas sepanjang hidupnya.
    "Mungkin ada orang lain yang dapat, tetapi bagi saya secara jujurnya saya tidak pernah menikmati apa pun bantuan daripada wakil rakyat Pas.
    "Setiap kali ada bantuan diterima, ia adalah yang diberikan Kerajaan Pusat, maka saya tahu inilah parti yang patut disokong dan hari ini kami menjadi ahli UMNO secara sah. Seluruh keluarga saya akan undi BN biarpun 3 artis, Aisyah,Abby mahupun Mustafa Kamal gembira masuk Pas. Tapi kami ini orang susah, orang kampung yang sentiasa ditipu Pas." katanya

    ReplyDelete
  9. iye..

    nik aziz akan serta merta letak jawatan tanpa syarat sekiranya Dr M letak jawatan!! rupanya dia tipuuuu.. bagila apa pun alasan, tapi kau memang penipuuu!! hahaha. ting tong!! kaki kelentong!!!!

    itu baru satu, fakta2 lain...akan aku bagi setelah dpt isyarat.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah jika Abby dah betul-betul berubah kearah Islam. Tetapi mintak jangan campur adukkan Islam dengan PAS, sebab PAS itu bukan agama, dan Islam bukan hanya ada dalam PAS. Tahniahlah sebab dah berjaya masuk menjadi ahli PAS seumur hidup.

    Dengar JB lagi dari rakan-rakan, Ustazah Abby ni dah pun bernikah dengan Ustaz Zaki bin Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota. Kalau dah nikah sungguh, tahniah diucapkan.

    Minta Abby jangan pula masuk PAS sebab desakan suami ye. Takut tak tahan lama je.

    JB jg tunggu isyarat nih

    ReplyDelete
  11. Tahniah artis yg memilih parti islam dari parti sekular umno. Teruskan usaha anda berganding bahu menegak syiar islam dibumi ini kerana apa yg boleh diharapkan kpd umno yg jelas menolak islam,parti haru biru, rasuah ,zalim dan 1001 perkara yg telah menyedarkan golongan mereka sendiri utk lari dr umno. apa lagi golongan cerdikpandai.

    ReplyDelete
  12. Perubahan yang ditunjukkan oleh Abby disambut dengan positif oleh rata-rata peminat.

    Lantaran itu, ada pula peminat yang mula rasa kecewa dengan penglibatan Abby yang begitu ‘taksub’ dalam bidang politik.

    Itu menjadi hak Abby untuk menyertai mana-mana parti politik.

    Namun, apabila dia mula mempertikai dan mempersoal golongan wanita yang tidak bertudung, timbul pula persoalan yang mempersoalkan tindakan Abby yang mencukur keningnya.

    Mungkin ada yang melatah dengan soalan Abby itu, ataupun mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Abby yang mencukur keningnya.

    Ada yang beranggapan Abby sepatutnya bersihkan imej dia sepenuhnya sebelum berceramah dan mempersoalkan orang lain.

    Persoalannya, benarkah Abby mencukur bulu keningnya seperti yang didakwa?
    Apa pun mari kita lihat isu ini dalam perspektif agama kita.

    Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

    “Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.”

    Selain itu, terdapat juga fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkenaan isu ini:

    “Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,

    “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

    Pada masa yang sama, ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahawa perempuan dibenarkan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan hujung matanya, apabila dengan izin suami, kerana hal tersebut termasuk berhias.

    Secara kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.

    Justeru, sebagai wanita Muslimah, serta mereka yang ingin berubah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, haruslah tidak terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. orang-orang Islam yang tahu hukum harus sentiasa menghayati amal maaruf, nahi mungkar dalam kehidupan.

    Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini mampu membantu kita dalam mempertingkatkan serta diperkuatkan diri untuk beribadah kepada Allah SWT.

    *atas pagar yang tidak lupa

    ReplyDelete
  13. Artis tu, artis jugak.. Tapi di sebalik kegembiraan menerima keahlian artis dalam PAS..juga kenaifan TG Nik Aziz memerintah Kelantan, ada musang berbulu ayam dalam pentadbiran nya!
    Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) = syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku 7 penyelewengan terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut.
    Satu laporan polis yang dibuat oleh Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta).
    Dia dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham.
    Tapi, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan.
    Satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh Mohamed Esfih (pelabur warga Perancis) pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama. Sementara itu, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu berhubung salah laku dikatakan telah dibuat oleh pegawai kanan tersebut ketika memegang satu jawatan penting KGT.
    Rakyat Kelantan perlu memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd.Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut,
    Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo? Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd? Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut? Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo? Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo? Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo? Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo? Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat? Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?
    Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?
    Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu ‘menjual’ matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing.
    Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali. Kita berharap YB Dato’ Haji Husam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan supaya segera menjernihkan suasana dengan bersikat telus dan bercakap benar. Kita mahu jawapannya. Segera. Pas harus membersihkan pentadbirannya dari gejala rasuah & penyelewengan. Jangan ada lagi fakta-fakta penyelewengan lain terutama balak yang terkeluar pula.

    - Kickde

    ReplyDelete
  14. apa dah jadi dgn tanah milik TUDM di Sg Besi yg PM beri 'percuma' kpd kroninya bangsa cina ( En Lo) dan atas nama pembangunan. Nilai tanah tu hampir RM2b,tak pasai2 cina tu dpt. Kenapa Tajuddin Ramli hutangnya dpt dilupskan sejumlah RM586 juta? Banyak student IPTA sepatut dpt hasil drp wang itu. Mana Sharizat minta dpulangkan balik RM250 juta yg cuba dsonglapnya. Kenapa anak2 menteri ( Nazri, PM dan beberapa YB ) telah conqoure Bukit Bintang dn tiap2 malam dudok dgn 'ayam2' mereka. Projek LRT/MRT yg cuba dibangunkan oleh PM,berapa pula kos nya dicuri? Kenapa berbondong2 org cerdik pandai masuk PAS pulak dan banyak lagi isu2 besar yg terjadi yg perlu diberi perhatian oleh rakyat jelata. Tak perlu reka2 cerita mengenai Kelantan. Aku asal dr sana dan tahu sejarahnya zaman BN memerintah dulu lagi. Bloger Kicdefella tu memang kuat serangannya atas UMNO tapi setelah kena turning over sewaktu ditahan kes pasang bendera terbalik yg disyorkan,, keluar /bebas jer dr tahanan...360* dia brpusing dan 'taji' kerajaan islam pulak. Artis masuk PAS tu biar lah mereka kerana memilih jln sendiri utk kebaikan.

    ReplyDelete
  15. Aku sorang ni hangpa kata lah apa2 pada PAS pun..aku dah nekad nak cuba tukar kerajaan BN kpd PR pulak. mana lah tau kalu ada baiknya. Yg penting aku mau cuba dan kalu hampeh jugak, hemm siap lah mat sabu ke sapa..aku hayun la gamaknyer.

    ReplyDelete
  16. itu pilihan dia nak sertai PAS, wang RM100 yang dikepilkan bersama borang tersebut tu untuk apa?

    ReplyDelete
  17. kalau ahli yang tiada apa2 pangkat atau gelaran tiada pula diheboh-hebohkan..

    ReplyDelete
  18. Terpulanglah parti apa yang dipilih sebab hak tu telah diberi pada setiap rakyat. tiada paksaan pun.

    ReplyDelete
  19. sayang kepada ALLAH tidak semestinya perlu masuk PAS.

    ReplyDelete
  20. Rakyat biasa masuk PAS tak heboh macam nie..

    ReplyDelete
  21. So what? Baru berhijrah terus tunjuk pintar. Please la

    ReplyDelete
  22. Kita lihat saja apa yang akan diteruskan oleh Abby bersama dengan PAS nanti.

    ReplyDelete
  23. PAS memang suka menggunakan artis untuk mendapatkan undian daripada para penyokong artis seperti Abby Abadi, Bob Lokman dan lain-lain.

    ReplyDelete
  24. Adakah PAS akan memilihi artis-artis ini sebagai calon untuk PRU-13 nanti? Harap PAS akan memberi jawapan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.