Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. -mk
Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.
Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.
“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.
Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai. -HD
Wednesday, July 25, 2012
Mahkamah: BERSIH Sebuah Entiti Sah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini semua konsipirasi umno bn juga ka seperti yg selalu di laung laungkan oleh pembangkang??
ReplyDeletebukan konspirasi tapi kerja jahat BN utk menghalang kebangkitan rakyat.
ReplyDeletePerhimpunan Rakyat tu jelas trmaktub Perlembagaan Persekutuan? Kenapa harus ada Akta Polis iaitu akta di bawahnya yg cuba memintas keluhuran undang2 negara? Sebenarnya konsep rukun negara yg 5 perkara tu semuanya diperkosa oleh UMNO.
ReplyDeleteKEPERCAYAAN KPD TUHAN : Tuhan suruh laksana perintahnya,tapi
hakikatnya islam dikatakan TAK SSUAI
KESETIAAN PADA RAJA & NEGARA: Apa jadi dgn Sultan TGanu yang di-
panggil 'binatang' oleh UMNO TGanu
setelah baginda mau tukar MBnya.
KEDAULATAN UNDANG2 : Undang2 hanya utk tangkap ustaz dan
ulama' PAS shj tapi penjenayah negara
boleh dilepaskan manakala pejbat
PEGUAM NEGARA bole kautem utk ubahcaj
dr Hukuman Mati kpd hukuman lebih
ringan asal ada fulus.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN : kenapa harus dsekat Perhimpunan Rkyat
dgn FRU/PDRM yg jelas mereka hanya
menuntut keadilan dan hak2 rakyat dan
bukan hendak membakar bangunan atau
bandaraya.
KESOPANAN&KESUSILAAN : Melayu sentiasa brsopan sebab itu
walau mereka ditembak atau dipukul
malah ada yg buta/cedera kekal se-
lepas digempur dlm acara rakyat,
mereka tidak membunoh polis. Sebab
itu SB digunakan sbg anjing umno utk
cetus provokasi AGAR KESOPANAN rakyt
mnjdi kotor
Semua 5 Rukun negara yg digariskan oleh allahyarham T Razak,telah hancur musnah zaman BN/UMNO skrang.
Menteri tak baca undang-undang bila haramkan bersih dia cakap ikut suka air liur dia saja. Tak hairanlah Mahathir kata orang bijak pandai tak mahu masuk UMNO lagi inilah jadinya kalau bukan golongan bijak pandai yang perintah negara hingga negara akan bangkrap kalau tak laksanakan GST kata Idris Jala. Kesian negaraku diperintah oleh orang bukan bijak pandai!
ReplyDeleteDemonstrasi bukanlah budaya kita.
ReplyDeleteklu demonstrasi bukan budaya kita, knp UMNgOk adalah pelopornya???
ReplyDeleteBersih tidak haram tetapi tidak semestinya semua tindakan bersih tu halal.
ReplyDeleteBersih berjuang ikut saluran yang betul. Bukan menambahkan masalah.
ReplyDeletewalaupun bersih sah, tapi ia tak bermakna bersih boleh membuat demo sesuka hati.
ReplyDeletetahniah!tapi janganlah menghasut orang2 awam/rakyat untuk lakukan kekecohan di negara ni.
ReplyDeleteDemonstrasi bukanlah budaya kita. Menayang video lucah saja yang menjadi budaya kita dan amalan UMNO.
ReplyDeletePihak pembangkang akan sentiasa mengatakan konspirasi umno padahal dalam parti ada duri dalam daging
ReplyDeleteJangan amalkan aktiviti yang tidak berfaedah
ReplyDeleteApa pun semoga masalah BERSIH ini akan dapat diselesaikan nanti.
ReplyDelete