Monday, July 30, 2012

Tsunami Politik Sabah Bermula, Bumburing Keluar BN

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.

Gambar: Pelancaran "Angkatan Perubahan Sabah"....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran)...

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).

“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.

“Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

“Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.

“Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.

“Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya,” kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).

Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.

“Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah,” kata Bumburing lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.

“Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.

“Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri,” katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini. -TMI



Video streaming by Ustream

13 comments:
Write comments
  1. Syukur alhamdulillah akhirnya penduduk SABAH dah celik dari politik yg selama ini tidak menyebelahi rakyat peribumi sabah dan penduduk sabah amnya. mungkin ini merupakan saat-saat terakhir BN/UMNO memerintah SABAH.

    ReplyDelete
  2. apa sudah jadi sekarang dgn bian baru(sarawak) dan zahid ibrahim(kelantan)??? adakah mereka ini senasib dgn dua orang ni???sama2 kita tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  3. Saudara-saudaraku UMNO ini gimik saja bah kan!

    ReplyDelete
  4. sampai bila pairin/PBS sedar bahawa sabah tiada MELAYU???

    ReplyDelete
  5. Saya berpendapat...biarlah rakyat Sabah sendiri yg menentukan siapa yg mereka nak pilih.... Sabah masih ketinggalan kebelakang walaupun parti yg memerintah skarang dah agak lama memerintah.

    ReplyDelete
  6. settlekan masalah rasuah di kalangan staf krj dulu! terutama staf j. pendaftaran negara di negeri sabah.

    jangan membuang setempayan air bila dengar dentuman di langit, bah! aku sekeluarga tatap dengan dacing!!

    ReplyDelete
  7. Yg paling mahal kata tan sri meninggalkan BN"janji tak ditepati"betul n sangat tepat,contoh dokumen perjanjian 5% royaliti minyak untuk rakyat kelantan pun BN tak ditepati janjinya....

    ReplyDelete
  8. Apa yg paling penting dari isu datuk lajim & datuk wifred bumburing ini adalah, adalah rakyat sabah yg menang. Dgn kedua2 pemimpin tertinggi umno/bn sabah ini meletakkan jawatan/keluar parti, harapan rakyat sabah utk melihat sinar baru muncul dlm kehidupan dia org hampir menjadi kenyataan. Tahniah pd datuk lajim & datuk wilfred, anda benar2 memahami jiwa rakyat & berjuang demi mereka...

    ReplyDelete
  9. untuk pengatahuan pembaca sejarah penghijraan pemimpin dan yang dibenci oleh rakyaat akan menjadikan parti pemerintah disabah tumbang contoh

    1) Zaman USNO pemipin yang dibenci adalah Syed Kechik Pengarah Yayasan Sabah dari Kedah dan yang melakukan onar terhadap USNO ada lah dari pemimpin USNO sendiri ia itu Salleh Sulung dan Harris Salleh yang tidak dikenali oleh Rakyaat sabah,selepas 2 pemimpin muda ini memulakan maka banyak lah yang ikut,Fuad stephan,chong tian vun dan darius banion maka USNO tumbang
    2) Zaman Berjaya Pemimpin yang dibenci ada lah Harris Salleh,Lim Guan sing,dan yang memula kan langkah keluar dari berjaya adalah Mandiang Mark Koding,Pairin Kitingan dan dan diikuti oleh yang lain maka kerajaan berjaya Tumbang
    3) Zaman PBS pemimpin yang dibenci adalah isteri pairin kitingan yang sering campur tangan dalam menentukan pemilihan calun dan sebahagian keputusan yang tidak konsistan dari pairin dan yang memulakan langkah berhijrah adalah Lajim Ukin dan Rubin Balang maka jatuh lah kerajaan PBS
    Nota: Ada kemungkinan kah kerajaan BN disabah ini tumbang akibat penghijraan 2 pemimpin KDM ini kerana umum tahu bahawa rakyaat sabah tidak mengenal siapa pemimpin yang memimpin mereka yang penting hajat mereka untuk menghentikan penindasan dan pemerintahan yang tidak disenangi rakyaat kerana pemimpin BN yang paling dibenci oleh rakyaat sabah terlalu banyak dari CM,DCM dan menteri serta wakil rakyaat,terdapat separuh yang tidak disukai oleh rakyaat...maka saya seranggapan bahawa PRU 13 ada lah yang paling meriah disabah dan adalah diharap supaya Hospital diKK bersedia dengan DR takut ada pemimpin yang bertanding akan masuk hospital

    ReplyDelete
  10. ahaks, jgn ja lepas ni kluar mulut harimau, masuk mulut buaya pulak.... politik sabun politik sabun..... monutuh tontolou juga sadap...korang ini... org sabah n sarawak skrg bukan bodoh la... please la wake up people!!!

    ReplyDelete
  11. ADUN Meluan di Sarawak..Wong Judat juga umum keluar SPDP..mamposs le BN kali ini.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  12. x kan 2 org pemimpin pencen nih dah bising nak runtuhkan BN, bha?? cari lah lagi, duhai PKR yg kelabu asap!!

    `yasir arafat`, u balik malaya lah!! jangan bikin haprak di sini, bha! PAS awak x laku di sini, tau tak? dasar panumpang!!

    ReplyDelete
  13. PRU-13 is very soon coming, it could be change's all.. Just make your votes to the right leader. We want our(sabahan) rights back. Ini kali lah !

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.