Tidak banyak masa yang tinggal untuk Perdana Menteri Najib Razak. Ramai yang berkata, seandainya pilihan raya umum ke-13 tidak diadakan pada September tahun ini, maka ia kemungkinan besar akan jatuh pada awal tahun depan.
Beberapa bulan lalu ketika Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September, ramai mula meramalkan tarikh PRU 13 berkisarkan tarikh ini. Padahal, tarikh pembentangan belanjawan telah ditetapkan sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12. Ketika Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Menteri Kewangan, tarikh pembentangan belanjawan juga diawalkan dari Oktober (secara tradisional) kepada 29 Ogos, disebabkan bulan puasa dan faktor teknikal yang lain.
Untuk meramalkan tarikh pembubaran parlimen dari sudut teknikal, selain mengambil kira tempoh dari hari penamaan calon hingga pengundian, iaitu tempoh kempen, kita juga perlu mengambil kira bilangan hari dari pembubaran parlimen hinggalah hari pencalonan. Dalam tempoh ini, aktiviti rasmi yang paling mustahak adalah pengumuman pembubaran parlimen selepas PM menghadap DYMM Yang Dipertuan Agong, dan pengumuman tarikh hari pencalonan dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Secara ringkas, ia diperlihatkan dalam tiga pola untuk 12 PRU yang telah diadakan.
Darurat diisytiharkan selepas tragedi 13 Mei 1969, dan parlimen kembali beroperasi hanya pada tahun 1971. Namun, tempoh kempen sebanyak 35 hari sebelum tragedi 13 Mei telah dikurangkan secara mendadak kepada 16 hari dalam PRU 1974, atau secara puratanya 13 hari untuk enam PRU selanjutnya. Bukan itu sahaja, mungkin apa yang diabaikan, tempoh antara pembubaran parlimen dan pencalonan juga berkurang dari purata 19 hari kepada 8 hari.
Dengan kata lain, dari pembubaran parlimen hingga hari pengundian, tempohnya telah berkurang dari 54 hari kepada 21 hari, iaitu dikurangkan 33 hari - maknanya satu bulan!
Atau, mereka memanjangkan tempoh kempen kepada 17 hari (tempoh kempen yang terpanjang selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu PRU tahun 1978), dan kemudian memendekkan tempoh dari tarikh pembubaran parlimen hingga hari pencalonan kepada 5 hari (tempoh terpendek dari hari pembubaran parlimen ke pencalonan selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu PRU 1986), jadi tempoh antara pembubaran parlimen hingga hari pengundian tetap sama, iaitu 22 hari!
Jikalau PRU jatuh pada September - kita andaikan 16 September adalah hari pengundian (hanya ramalan), dan andaikan 22 hari antara pembubaran parlimen hingga hari pengundian, maka parlimen perlu dibubarkan paling lewat pada 25 Ogos, iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Puasa.
Jadi, tindakan regim Najib menjadikan slogan kempen Barisan Nasional "1Malaysia Janji Ditepati" sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia jelas telah hijack sambutan hari kemerdekaan. Najib cuba wujudkan suasana feel good dengan gelombang sambutan kemerdekaan. Ia bagai bayang dalam air, bagai mimpi dalam khayalan. Padahalnya, umpama program transformasi Najib, tidak memiliki sebarang makna yang konkrit.
Jadi, seandainya parlimen tidak dibubarkan kelak, maka saya akan menulis lagi untuk mengulas mengapa transformasi kerajaan Najib juga bagai bayang dalam air, tidak membantu untuk kemajuan negara demokrasi.
*Ooi Heng ialah Pengarah badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview bahasa Melayu dan bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 25 Julai 2012.
parlimen akan trbubar sandiri itu ygaku dangar. Bila tempohnya? Julai 2013. Kanapa ndak bubar sakarang? Tidor la Pok Jib dgn BNnya nanti.
ReplyDeleteSebelum buat PRU ke 13, minta BN bayar royalti 5% dr hasil bumi yg di- sedut Petronas dr pesisir laut negeri Kelantan. Tak kira lah jika ada barua2 umngok kata utk buat berhala ke hapa ( utk dia sembah le u). Tapi royalti tu dah ditekankan juga oleh Ku Li dan 'campurtangan' Sultan Muhammad keV juga pun.
ReplyDeletePRU13 next year!
ReplyDeleteMasih banyak yang Najib mahu tunaikan kepada rakyat.
ReplyDeleteTerpulanglah..rakyat tunggu saja hari untuk mengundi.
ReplyDeleteSemua akan terjawab pada PRU13.
ReplyDeleteRakyat sekarang tunggu untuk pergi mengundi saja ni
ReplyDeleterasanya ia takkan dibubarkan sebelum merdeka.. pada masa ini tumpukan sambutan hari raya dan kemerdekaan.
ReplyDeleteJika benar kita semua kena bersedia untuk menghadaoi barisan parlimen yang baru.
ReplyDeleteHarap semuanya berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteDatuk Najib Razak berkata beliau mahu menghabiskan tempoh 5 tahun sebagai PM Malaysia sebelum membubarkan parliemen.
ReplyDeleteBila masa yang terbaik untuk membubarkan parlimen dan mengadakan PRU-13 terletak dalam keputusan PM kita. Kita tunggulah pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan.
ReplyDeletePembubaran parlimen ini haruslah dimaklumkan lebih awal.
ReplyDeleteDatuk Najib harus merancang yang terbaik.
ReplyDelete