Thursday, July 19, 2012

Papagomo Semakin Kecut & Melalut?

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online, Sankara Nair berkata, "kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai."

"Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," kata beliau yang bertindak sebagai salah seorang peguam utama Anwar sejak lebih sedekad lalu.

Anwar dijangka mengeluarkan reaksi berkenaan laporan itu, hari ini.

Beliau akan muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnah.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar isi kenyataan beliau dalam wawancara BBC," kata kenyataan Biro Komunukasi PKR.

Semalam, pihak polis memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa aduan berkenaan dakwaan meliwat melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu diperoleh ekoran laporan blog itu bahawa seorang mahasiswa di utara Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin.

Ekoran kenyataan polis itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR tidak dikenakan sebarang tindakan.

Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata, "sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim."

"Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia.

"Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas (ahli perniagaan yang bertindak sebagai Datuk K) Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?" katanya sambil menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar.

"Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tampatan maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi. -SH


18 comments:
Write comments
  1. papagomo x berhenti 'buat kerja' sbb RM curian UMNgOk x habis2!!!

    ReplyDelete
  2. Dalam internet, memang ada banyak blog dan website yang berat sebelah. Ada yang pro-Pembangkang, ada yang pro-kerajaan. Terpulanglah kepada pembaca macam mana mereka membuat penilaian, yang penting mereka tidak melampaui batas.

    ReplyDelete
  3. Papagomo memang ada hak bersuara, tapi pastikan jangan terlalu melampau.

    ReplyDelete
  4. itu hari dan dah gaduh sesama blogger umngok..trmasuk mamat ni ler. Blogger umngok ni pun ada kem trsendiri, kalu nak naik ranking kena lah buatsesuatu yg BN/Umngok suka. Masalahnya, fitnah ini akan digunakan pakai oleh barua umngok utk serang DS Anwar..tak pasai2 org ramai dpt dosa kering angkara blogger2 barua nih.

    ReplyDelete
  5. arafat mmg bangsat! bahasanya kasar2! sentiasa makan duit haram dari kerajaan. x sapa soh kau kerja gomen arafat! letak jwtn aje la..dasar anak haram jadah!! arafat dasar anak babi!! sial kau 7 keturunan rafat! moga kau & anak2 serta bini kau sentiasa tak tentu hala.. aku sumpah kau!! babi yg kurang ajarr!!

    ReplyDelete
  6. papagomo adalah antara blogger yang dikenali, tapi sebenar ada ramai lagi blogger seperti dia samada dari kerajaan atau pembangkang.

    ReplyDelete
  7. haihh..apa bangsat2,duit haram,sial suma ni si ONANY JULY 20: 11.59AM.

    Biasanya kalu ayat2 tolol macam tu anjing umngok tuh. Lain isu dikupas lain bahan bacaaan yg mampu digariskan.

    ReplyDelete
  8. UMNO/Bn barjaya tumpulkan minda rakyat agar ndak dpt kesan kegiatan YB2 mareka untok sapu wang nagara. Yg barjaya dilakukan setakat ini yalah timbul macam2 isu ( takda isu ponn) dan biarkan Utusex mareka tolong sebarkan. Lalu mareka yg bangang pun barjoget lah ikut rentak UMNO. kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Jadi blogger biarlah beretika.bukan cakap ikut sedap mulut je.

    ReplyDelete
  10. Bergaduh la sesama and in the end masing2 habuk pun tara dapat.

    ReplyDelete
  11. Hidup sangat singkat untuk membenci sesama, luangkan masa untuk berfikiran secara positif.

    ReplyDelete
  12. Walaupun begitu, tapi masih ramai lagi yang gemar ke blog papagomo..

    ReplyDelete
  13. masing2 ada parti pilihan, jadi apa boleh buat....

    ReplyDelete
  14. Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
    -DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009
    Haji Hadi berkata:
    “Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.
    Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

    Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
    Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
    Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”

    FAHAM TAK FAKTA NIH? JANGAN MUDAH LUPA DEMI RAKUS MENGEJAR CITA!

    AKU PEGANG MACAM2 STORY, FOTO, RAKAMAN SUARA, VIDEO PEMIMPIN2 PR YG MENDAKWA BERSIH TERMASUK PAS! AKU SABAR & TUNGGU ISYARAT AJE!! BILA NAK PRU NIH???

    *MALAI SI (LIM KIT SIANG, DAP, 1969)

    ReplyDelete
  15. Ko tak habis nak hentam bangsa, sampai bila bangsa nak maju..

    ReplyDelete
  16. BILA KAMU MENGATA PEMIMPIN KAMI..KAMI DIAM! TAPI BILA PEMIMPIN DI PIHAK KAMU NAK DILONDEH PULA, KAMU MULA GENTAR & X SERONOK!!

    STORIES YG KAMI SIMPAN INI ADALAH FAKTA BAGI MENUNJUKKAN BAHAWA ADA DI KALANGAN PEMIMPIN PR MMG HANCUSS!! JANGAN MENGATA PEMIMPIN2 KAMI TANPA KAMU CATAT BAHAWA YG MENDAKWA SUCI ITULAH LAGI TERUK!

    BETUL HJ HADI & NIK AZIZ BERMORAL! PUAS KAMI BERTANYA SESAMA KAMI TAPI MEMANG XDE! TAHNIAH. TAPI KESALAHAN LAIN SPT X PANDAI MENGURUS, TAK TARIK FATWA, STAF CULAS DAN MENYELEWENG, KAMI MEMANG ADA & SIMPAN.

    YG PENTING, KAMI DAH BERSUMPAH PADA KEM MEDIA BARU BAHAWA FAKTA2 YG ADA INI ADALAH SAMA DAN TAK DITOKOK TAMBAH! NO SUPER IMPOSE.

    JANGAN TERLALU EK! KAMI DIAM MENUNGGU ISYARAT! OK, GENG. KEKANDA**6791.2 MOHON SEMUA SAUDARA `3 L` SILENT! KITA SEMUA TUNGGU ISYARAT. BANYAKKAN BERIBADAT. ASSALAMUALAIKUM.

    ReplyDelete
  17. Bangsa melayu memang dah ketinggalan dek UMNO. 1Dunia dah tau mba.

    ReplyDelete
  18. Papa gomo ini antar blog yang banyak info berguna. Jika tidak percaya tengok sendiri ke blog papa gomo ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.