Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin menolak permohonan Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk mendapatkan injunksi terhadap pertubuhan ‘Hentikan Lynas Selamatkan Malaysia’ (SMSL) dan lima pihak lagi daripada terus menerbitkan artikel terhadap Lynas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara mengetepikan permohonan Lynas dengan kos RM5,000.
Dalam keputusannya, Hakim O’Hara berkata mahkamah, pada peringkat ini, tidak dapat menyimpulkan sama ada kenyataan itu adalah fitnah atau sebaliknya, sehinggalah mahkamah mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh.
Hakim mendapati kepentingan awam adalah elemen yang relevan dan bersetuju dengan hujah defendan bahawa orang ramai mempunyai hak terhadap maklumat itu.
“Keterangan afidavit di hadapan saya tidak cukup untuk menyakinkan mahkamah bahawa defendan akan gagal dalam perbicaraan,” katanya.
Dalam permohonan injunksi itu, Lynas memohon supaya defendan menarik balik artikel bertajuk ‘Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMLS Malaysian NGO statement Against Lynas’ dari laman blognya sehingga kes saman itu diselesaikan.
Pada 19 April, Lynas Corporation of Sydney, Australia, dan Lynas Malaysia memfailkan saman itu terhadap SMSL Sdn Bhd dan dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow, serta tiga sukarelawan iaitu Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu Bakar, berhubung artikel berbaur fitnah yang disiarkan dalam laman webnya pada 22 Mac.
Selepas keputusan itu, peguam defendan, Datuk Bastian Pius Vendargon memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos bagi pengurusan kes.
Sementara itu jurucakap SMSL, Tan Bun Teet melahirkan kegembiraan ke atas keputusan mahkamah dan menyifatkan ia satu kemenangan ke atas perjuangan rakyat san SMSL menentang Lynas.
Keputusan itu turut diraikan lebih 100 penyokong terdiri daripada penduduk Kuantan dan wakil-wakil organisasi masyarakat dengan membawa sepanduk untuk menujukkan perpaduan mereka terhadap tindakan fitnah Lynas.
“Ia adalah keputusan menggembirakan semua pihak. Kami lega dengan keputusan mahkamah sekaligus membuktikan kebebasan bersuara untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap kerajaan dalam menjaga kepentingan orang ramai dan negara,” katanya. -selangorku
Sunday, July 29, 2012
Mahkamah Tolak Permohonan Lynas Corporation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sisa buangan bahan nuklear ke radioaktif ke oleh LYNAS tu kenapa tak dbuang d negara asal mereka. Australia tu kan luas dan tapak kilang asal mereka pun jauh dr residensi d sana. kalau jauh dr nasyarakat pun mereka takut nak buang sisa buangan nuklear, apalah malangnya di Kuantan tu. Yg memang dekat dgn rumah org kampung.
ReplyDeleteDengar kata,komisyen ke atau duit aggreement ke dah dsebat oleh umno Pahang. Sebelum naiknya kilang itu lagi. Mereka ingat rakyat bodoh mcm setengah barua2 umno mereka. Kerana itu lah kilang LYNAS trpaksa didirikan juga dC2.
**Yassir Arafat
Sejauh mana selamatnya Lynas kepada persekitaran kita?
ReplyDeleteSuara rakyat juga harus didengari selain memikirkan keuntungan dan kesan Lynas untuk jangka masa panjang.
ReplyDeletePerlu utamakan keselamatan.
ReplyDeleteBadan kehakiman negara masih boleh dipercayai.
ReplyDeleteprojek lynas ada pro dan kontranya.
ReplyDeletePihak pakar patut mengumumkan status sebenar projek lynas ni.
ReplyDeletepastikan lynas benar2 selamat.
ReplyDeletePasti ada alasan kenapa ditolak.
ReplyDeleteHarap lynas tidak akan memburukkan lagi keadaan.
ReplyDeleteMahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah menolak permohonan Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk mendapatkan injunksi terhadap pertubuhan ‘Hentikan Lynas Selamatkan Malaysia’ Oleh itu, mereka tidak boleh menghalang artikel mengenai Lynas dipaparkan.
ReplyDelete14 Ogos ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pengurusan kes, semoga semuanya berjalan lancar.
ReplyDeleteApa pun keputusan mahkamah adalah yang terbaik.
ReplyDeleteKita tunggu apa yang berlaku seterusnyan mengenai isu Lynas yang ditolak oleh penduduk.
ReplyDelete