Wednesday, July 18, 2012

Dr Mahathir - Diktator atau Tidak?

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan tinjauan ke atas pengunjung blognya untuk mengenalpasti sama ada beliau dilihat sebagai seorang diktator.

Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc/blog itu meminta pengunjung menyatakan perkara yang telah dilakukannya sehingga disamakan dengan sifat dan perbuatan seorang diktator.

"Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi perdana menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator?"

Katanya, beliau sebelum ini menerima banyak gelaran termasuk "Mahazalim" dan "Firaun" yang dicipta oleh musuh politiknya.

Malah perkara itu juga sering ditanya oleh orang yang tidak bermusuh dengannya.

"Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator," katanya.

Mahathir seterusnya meminta pembaca membandingkan dirinya dengan beberapa bekas pemimpin negara lain yang pernah merangkul gelaran sama, termasuk bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang didakwa membunuh beribu ahli Ikhwan Muslimin dan mengumpul harta kekayaan yang besar.

"Musuh Mubarak tidak dibenarkan berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa bicara dan dihilangkan," katanya.

Mahathir berkata, tiada kebebasan bersuara atau akhbar bebas di bawah Mubarak dan jawatan presiden itu tidak pernah ditandingi orang lain selama 30 tahun Mubarak menjadi presiden.


Dunia Tahu Kamu Memang Seorang Diktator

ahathir kini cuba untuk mengelak label bahawa beliau seorang diktator sekalipun satu dunia sudah mengenalinya bahawa beliau memang seorang dikator!

NONEGambaran sifat autokratik Mahathir telah ditunjukkannya sejak beliau berkuasa pada tahun 1981 terutamanya pada akhir tahun 1980an ketika kedudukannya tercabar. Sejak 1980an, hubungan eksekutif dengan cabang-cabang kerajaan yang lain yang wujud dalam sistem demokrasi moden telah mengalami perubahan yang besar, akibat dari tindakan Mahathir selaku Perdana Menteri.


Pertama: Sejarah membuktikan bahawa kedaulatan dan kemuliaan raja-raja Melayu selaku ketua negara dan ketua negeri dilanggar oleh mereka yang hari ini beria-ia mempertahankan kedaulatan raja-raja.

Dalam ucapan di Parlimen pada 18 Januari 1993, Perdana Menteri pada waktu itu, Dr Mahathir meniup api kebencian rakyat terhadap raja-raja Melayu. Beliau mengugut untuk menghapuskan terus sistem beraja yang sedia termaktub dalam Perlembagaan.

“Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan,” kata Mahathir.

Seterusnya Mahathir, dengan sokongan Kabinet Umno dan BN, meluluskan usul imuniti raja-raja Melayu dilucutkan sekaligus memusatkan lebih banyak kuasa kepada eksekutif.

Kedua, Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

Pada tahun 1988, Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Seorang daripada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 mendedahkan bagaimana integriti badan kehakiman telah dicerobohi dengan campurtangan Mahathir.

Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa, Dr Mahathir mahu meminta Artikel 121 dalam Perlembagaan Persekutuan – satu peruntukan mengenai pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan kehakiman dan kerajaan

“Saya rasa beliau mahu memerintah seperti seorang diktator. Beliau (Dr Mahathir) sudah pun mengetuai badan perundangan (dan) beliau mahu badan kehakiman juga diletak di bawah kuasanya. Itulah niatnya,” kata Azmi.

Beliau berkata, Dr Mahathir sebenarnya sangat bijak “membunuh dua ekor burung dengan seketul batu”.

“Saya kata begitu kerana apa yang beliau lakukan sangat bijak kerana beliau mahu meminta perlembagaan dan meletakkan badan kehakiman di bawahnya,” tambah Azmi.

Ketiga, Seterusnya penyalahgunaan peruntukan I.S.A yang memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri menahan sesiapa sahaja tanpa bicara digunakan dengan sewenang- wenangnya terhadap musuh-musuh politik Mahathir terutama sekali dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas.
Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.

Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Keempat setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS pada tahun 1990, Mahathir dengan niat jahatnya menyekat pembangunan ke Kelantan. Beliau telah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri menghukum rakyat Melayu/Islam Kelantan kerana menolak UMNO/BN. Dengan menafikan konsep federalisma, beliau tidak segan silu membuat kenyataan yang mengakui bahawa partinya memang sengaja menyekat pembangunan di kelantan untuk mendapatkan semula sokongan terhadap UMNO/BN. (Rujuk video di bawah)

Kelima Lebih buruk lagi selepas PRU12 pada tahun 1999, apabila terengganu turut jatuh ke tangan PAS, Mahathir selaku Perdana Menteri telah tiba-tiba merobek dan menghapuskan perjanjian royalti di antara Petronas dengan kerajan-kerajaan Negeri pengeluar minyak termasuk kelantan dan terengganu dengan menggantinya dengan wang ehsan. Itu pun tidak diserahkan kepada kedua-dua kerajaan negeri tersebut semata-mata kerana ia dikuasai oleh PAS.

Selain daripada lima faktor di atas yang menunjukkan Mahathir seorang diktator, banyak lagi hal-hal lain seperti perkenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang merupakan buahtangan Mahathir selaku PM untuk menyekat mahasiswa dari bergiat aktif di dalam politik.

Ia tidak terhenti dengan AUKU, bahkan pemindaan terhadap Akta Rahsia Rasmi (O.S.A) untuk terus mengurangkan ketelusan dan pertanggungjawaban dalam proses birokrasi, manakala media massa perdana baik bercetak mahupun eletronik dikuasai oleh kerajaan atau parti pemerintah yang bertindak sebagai alat propaganda BN dan dalam masa yang sama sebagai instrumen untuk menekan pembangkang.

Itu belum lagi kisah bagaimana kamu mengatur strategi untuk menyebabkan Musa Hitam terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986, kemudian kamu atur lagi strategi untuk mengenepikan Ghafar Baba sebagai TPM pada tahun 1993 dan akhirnya kamu juga yang memecat Anwar Ibrahim sebagai TPM pada 1998.

Tiada seorang pun TPM yang selamat semasa kamu menjadi PM kecuali Abdullah Ahmad Badawi, itupun kamu kutuk dia habis-habisan selepas beliau menjawat jawatan PM.

Begitu juga kes-kes kroni-kroni UMNO yang kamu selamatkan daripada rasuah, campurtangan kamu dengan urusan SPR, tekanan-tekanan ke atas penjawat awam yang tidak memihak kepada kamu dan lain-lain.

Justeru itu Mahathir tidak perlu berdalih atau menunjukkan beliau seorang PM yang "bersih" sedangkan satu dunia mengenalinya sebagai seorang diktator moden yang kejam lagi zalim. Bagaimana kamu hendak menutup kebenaran itu wahai Mahathir?

23 comments:
Write comments
  1. salahguna DANA NEGARA utk menyelamatkan perniagaan anaknya???

    ReplyDelete
  2. Lain orang, lain pendapat. Mungkin ada yang rasa Dr Mahathir adalah diktator, ada yang tidak bersetuju.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana hasil tinjauan di blog CheDet? Berapa orang yang sokong bahawa Dr Mahathir adalah seorang diktator semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri?

    ReplyDelete
  4. diktator atau bahasa lainnya orang panggil 'kuku besi'....hahahaha.... mmg tak dapat dibuktikan bahawa tok det mempunyai kuku yg dibuat dari besi....

    ReplyDelete
  5. tapi kalu tanya balaci umno..mereka sokong diktator dr seorang tok guru. Tpi Tun M ni bukan jenis diktator , dia pengamal demokrasi tulen iaitu demokrasi trpimpin. Itu bagus bagi mnegelak kita dijual..hah hah..25 persen.

    ReplyDelete
  6. Yg penting..almarhum YDPertuan Besar Neg Sembilan sewaktu menjawat jawatan Timb YDP agong dulu...pernah diugut oleh seorang Menteri Kanan negara agar setuju dgn pindaan perlembagaan bg pnghapusan imuniti raja2 sekitar 25 tahun lalu. Dimana jika baginda tak setuju, menteri trsebut atas nama rakyat..akan humbankan sultan kelongkang jika tidak ttgn pindaan trsebut. Jelas siapa perderhaka kpd raja.. PAs atau UMNO? Walau saya seorangumno asal..kezaliman tetap mesti ditetntang dan bukan sekadar laungan.

    ReplyDelete
  7. dr M adalah hero malaysia! *masa i di dubai @ asia tengah, lelaki2 mesir amat hepi when i gelar mereka firaunin! firaun adalah idola mereka. from them i know - tidak semua firaun itu jahat.

    golongan wanita mesir pula amat bahagia bila kita gelar mereka zulaikun..tak caya, cubalah bersembang dgn mereka.. pemimpin UMNO adalah mereka yg berani, cekal, membantu, suka bersedekah, terbuka & ikhlas..

    hanya org2 PAS yg amat suka menyebut & menanamkan perasaan sebegini pd Tun. iri hati, hasad, emosi, berat sebelah, pemikiran tertutup..makin kurang ajar biarpun bersopan santun ketika bersekolah, jk sifat ini sentiasa ada dgn u, u mmg cacat @ miskin jiwa! sentiasa dimiskinkan oleh pemimpin2 yg beragenda.

    dr M banyak jasanya kepada agama, rakyat malaysia & watan! dia boleh minum arak..rasmi patung buddha besar di Asia tenggara mcm n.ajis, romen perempuan, songlap 999 billion duit malaysia @ bunuh mana2 pembangkang setiap hari, pada bila2 masa..TAPI DIA X BUATLAH. MMG DIA MORALIS.

    so, jgn tidak bersyukur Allah beri kita manusia yg berani, aktif, kritis iaitu Tun.

    putrajaya adalah hadiah dr M pada kita semua.. tq doc. u r our hero

    i skluarga+mertua insyaallah akan sokong & kempen utk BN semula.

    *cikgu sejarah

    ReplyDelete
  8. kita sendirilah menilai DR M pemimpin bagaimana.. tapi jgn lupa pada pembangunan dia lakukan.

    ReplyDelete
  9. Ada yang kata diktator tapi yang baiknya zaman pemerintahan Dr M tidak banyak berlaku kekecohan dan huru hara seperti sekarang ni.maksudnya tiap pemimpin tu ada pro dan kontranya juga.

    ReplyDelete
  10. Tun M memang hebat tapi dari sudut Perlembagaan Negara telah 'punahranah' angkara beliau. Sama2 kita faham jer la.

    ReplyDelete
  11. Sejarah Tun M dlm memimpin negara banyak sudah titik hitam yg dilakukan nya. Kezaliman BN kpd rakyat bermula zaman pertengahan beliau menjadi PM.Hala tuju UMNO yg dicipta jelas oleh bekas allahyarham Tun Razak, Tun Hussein Onn dan gaya kepimpinan berkesan oleh arwah TPM iaitu Tun Dr Ismail era 7oan..gagal diteruskan oleh Tun M pd saat terakhir beliau merajui negara. DEB gagal kerana kerakusan Menteri UMNO dizaman beliau. Hilangnya suara rakyat spt trmaktub dlm Perlembagaan Persekutuan juga musnah di era beliau. Betapa masjid mula malap dari diimarahkan juga dizaman beliau. Bagaimana berani beliau 'mempermainkan' raja2 melayu dan mengajar menteri2 beliau bagaimana cara utk mengaibkan raja2 melayu. Berapa ramai tuk2 guru agama di penjarakan di bawah ISA tetapi penjenayah negara bebas berkeliaran hingga sekarang. Banyak 'syarikat' kerajaan yg bertanggungjawab menjaga keperluan rakyat telah diberi kpd swasta dan kroni. Duit Petronas diminta begitu shj RM1b utk diberi kpd anak2 beliau. Betapa royalti 5% kpd TGanu ditukar kpd wang ehsan dan disapu juga oleh JKK UMNO. Akhir pentadbiran beliau pula, Blok L & M dpersisiran laut Cina Selatan telah diberi percuma kpd Brunei..

    i skluarga+anak menantu akan sokong utk humban BN kelongkang.

    * cikgu ilmu alam

    ReplyDelete
  12. Zaman Mahathir sudah berlalu biarlah dia menghabiskan masa tuanya dengan malalukan benda yang beliau suka.

    ReplyDelete
  13. Semasa pemerintahan beliau ada baik dan buruk, yang baik kita jadikan sebagai pembakar semangat kita dan yang buruk kita jadikan sebagai pengajaran, seperti pepatah, ambil yang jernih buang yang keruh.

    ReplyDelete
  14. “Dakwaan yang dilemparkan tidak boleh disamakan dengan diktator. Diktator yang dipimpin Dr Mahathir adalah diktator terpimpin, dalam erti kata yang sebenar pemimpin yang tegas dan berpegang kepada prinsip.
    “Kepimpinan sebegini diperlukan negara seperti Malaysia yang majmuk kerana sering dibelenggu sensitiviti kaum. Pemimpin seperti ini juga diperlukan negara yang mahu pembangunan berterusan tanpa terencat,” kata Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan kepada Sinar Harian.
    Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan Dr Mahathir boleh dilabel sebagai kepimpinan separuh diktator.
    Katanya, separuh diktator yang dimaksudkan adalah apabila Dr Mahathir telah melakukan beberapa perkara bercirikan kepimpinan diktator.
    Antara ciri yang dilabelkan Jeniri sebagai diktator adalah apabila Dr Mahathir telah menahan 106 orang termasuklah beberapa pemimpin pada 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
    “Ciri keduanya, apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal, urusan undang-undang mengenai penggunaan percetakan, penerbitan dan agihan penerbitan telah dicampuri Dr Mahathir, sekali gus menghalang penerbitan akhbar parti pembangkang semasa pemerintahannya,” katanya.
    Maksudnya “diktator terpimpim” atau “separuh diktator” adalah diktator. Tambahan kepada diktator sedia ada hanya ingin melunakkan cerita dan supaya agak berlapik dalam menyampaikan kata-kata. Jadinya taklah nampak sangat nak kutuk Dr Mahathir. Rujuk Wikipedia
    Jadi tak payahlah Dr Mahathir meminta pandangan dari pengunjung bolgnya lagi…

    ReplyDelete
  15. Diktator atau tidak orang tu masih lagi bawah undang2

    ReplyDelete
  16. dalam pemerintahan beliau tiada siapa yang berani mengadakan himpunan seperti perhimpunan Bersih, oren, Hijau..

    ReplyDelete
  17. terpulang pada pendapat masing2!

    4 me, bila dah x suka - gula pun didakwa garam!

    nik aziz, lim kit siang x pula didakwa diktator? sekurang2nya dlm parti mereka!!! kau orang check lah tindakan2 mereka! aku yg atas pagar ni ada catatan! atau kau orang dah makin mental blok?!!
    heh heh heh

    ReplyDelete
  18. kalu nik aziz diktator takkan polis berani tangkap seorang tok imam baca khutbah dmimbar d salah satu kampung dkelantan beberapa tahun lalu. Tangkapan dilakukan kerana ada org umno buat laporan tentang imam yg baca khutbah tu. Maknanya polis lg besar dr MB tu... Aduhai org umno, tok imam pun dipermainkan. sama spt kafir quraisy yg perlekehkan Nabi zaman2 dulu.

    ReplyDelete
  19. den raso takut bilo baco artikol mongonai Mahathir yaitu DR MAHATHIR.. DIKTATOR ATAU TIDAK ???. bOSAR MUSIBATNYO YO!

    ReplyDelete
  20. Saya yakin menteri kanan yg dimaksudkan oleh almarhum Tuanku Jaffar semasa memegang jawatan Timb YDP Agong dulu ialah MAHATHIR ni ler. Beliau dikatakan mengugut almarhum Tuanku utk dihumban ke longkang jika tidak setuju dgn pindaan perlembagaan yg menghapus imuniti raja2 dan senang dipermainkan oleh UMNO. Lepas tu tuduh pembangkang hina raja2, cuba menghapus institusi raja2 dan mcm2 lagi rekayasa cerita. BAHAYA sokong BN nih rupanyer yer...

    ReplyDelete
  21. Dr M perlu dicontohi dengan pentadbiran beliau. Kerana itulah kita Malaysia ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  22. Pentadbiran beliau mungkin perlu dicontohi tapi masalah utama ialah BN/UMNO dan hampir mengahncurkan pentadbiran kerajaan. Jadi tak tau apa yg perlu dicontohi lagi. Itu pengalaman org dlm jab kerajaan ler dan bukan masalah derhaka tetapi kenyataan yg bakal masuk dlm lipatan SEJARAH betapa UMNO/BN sudah tidak relevan lagi dlm dunia politik malah mentadbir negara pun.

    ReplyDelete
  23. DATUK SYED ALWI SYED NORDIN
    Lenggong, Perak
    HANYA orang lembap sahaja yang menjajakan nama Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator.

    Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr. Mahathir secara tidak langsung sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan secara langsung sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

    Memang benar beliau terlalu ketat menetapkan sasaran kerja pegawai dan menteri Kabinet. Semasa di Bahagian Pencen, saya pernah menerima arahan daripadanya untuk menyediakan kertas Kabinet pada pukul 4.30 petang dan perlu disiapkan malam itu juga untuk mesyuarat Kabinet pada keesokan harinya.

    Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya untuk menyiapkan kerja yang diberi, tanpa bantuan setiausaha kerana ketika arahan diterima melalui telefon, beliau telah pulang.

    Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana diberi peluang melakukan ujian seperti itu semasa saya bekerja sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pencen lagi.

    Semasa saya bekerja di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan di bawah Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim - iaitu sebagai Setiausaha Majlis Pembangunan Negara dan Setiausaha Kabinet mengenai Infrastruktur dan sebagai ahli dalam pelbagai mesyuarat penting lain, Dr. Mahathir sentiasa serius tetapi memberi peluang berbincang dengan bebas tanpa meninggikan suara.

    Arahannya mudah difahami dan sasaran kerja yang ditetapkannya sentiasa mencabar minda dan kesabaran.

    Kenapa begitu? Beliau pernah menyatakan bahawa 'minda seseorang itu kalau tidak dicabar atau tidak tahan diuji, tidak akan berkembang'.

    Berlainan pula Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam mesyuarat saya pernah menyaksikan beliau meninggikan suara menegur kesilapan seseorang termasuk Timbalan Menteri, ahli Exco Negeri Pulau Pinang dan Ketua Jabatan.

    Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi sasarannya. Dalam hal memberi keputusan Dr. Mahathir sentiasa konsisten berpandukan dasar yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan kerja kami di UPP menjadi 'mudah' walaupun tanggungjawabnya amat berat. Tetapi Anwar Ibrahim ada sekali sekala memberi kami kesulitan apabila keputusan dan arahannya bercampur baur dengan kepentingan politik.

    Walaupun saya bukan ahli politik, tetapi pilihan saya antara kedua-duanya sebagai ketua yang berwibawa dan berjiwa besar adalah Dr. Mahathir.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.