Sunday, July 29, 2012

Warner Music Terbit Album Sempena Aidilfitri

DI atas sambutan yang menggalakkan terhadap lagu-lagu raya malar segar, Warner Music Malaysia mengambil inisiatif dengan menerbitkan album khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Album yang berjudul Pilihan Hari Raya memuatkan sebanyak 23 buah lagu raya oleh barisan artis popular lama dan baru tanah air.

Antara lagu-lagu raya terbaik pilihan sepanjang zaman adalah Selamat Hari Raya dendangan Saloma, Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah), dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Dendang Perantau (P.Ramlee) dan Tangan Kuhulur Maaf Kupohon (Al Mizan).

Walaupun lagu-lagu lama sering menjadi tarikan utama, Warner tetap memeriahkan industri muzik dengan sebuah lagu baru berjudul Kemaafan Lebaran yang menampilkan Firdaus, Faris (Awanband) dan Youk (Bunkface).

Sebagai sebuah lagu rancak dengan ‘mood’ pop, Kemaafan Lebaran berinspirasikan elemen moden, sekaligus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu-lagu raya yang sedia ada.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu mix nyanyian DJ Dave iaitu Menjelang Hari Raya dengan penampilan istimewa Steve Thornton, DJ Nabila & Feeraz.

Dalam pada itu, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan ialah Takbir Raya, Seloka Hari Raya, Selamat Hari Raya, Suasana Di Hari Raya, Selamat Berhari Raya dan Bila Takbir Bergema.

Bagi yang ingin mendapatkan nada dering lagu-lagu daripada album ini, ia boleh didapati secara ekslusif oleh pengguna Celcom dengan hanya mendail *888*164166# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my.

Sementara itu, pihak Warner turut menampilkan album kompilasi VCD khas dengan memuatkan 14 buah klip video oleh artis-artis popular tanah air.

Antara klip-klip video yang dimuatkan ialah Salam Aidilfitri nyanyian Jamal Abdillah, Gurindam Di Pagi Syawal (Jay Jay), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz), Salam Dunia (M.Nasir), Kurniaan Di Hari Raya (Femini) dan Bingkisan Untuk Perwira (Khadijah Ibrahim).

-Mstar

12 comments:
Write comments
  1. Yg penting..lagu2 raya skrang cam lahabau. Pasang jer,terus tutop. Takder uhhmmp. Tapi bila lagu arwah TS P.Ramlee dan arwah Datuk Ahmad Jais..12 x ulang pun takper.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya. Bahangnya semakin terasa.

    ReplyDelete
  3. Lagu raya dulu lagi best

    ReplyDelete
  4. Yang penting raya meriah tahun ni..

    ReplyDelete
  5. Makin ramai on lagu raya pasti terasa sangat hari raya tu mahu dekat sudah

    ReplyDelete
  6. Meriah la raya tahun nie

    ReplyDelete
  7. suasana raya makin terasa.

    ReplyDelete
  8. Waaa bagusnya warner music, ini bermakna Hari Raya akan lebih meriah lagi.

    ReplyDelete
  9. Sama2 lah kita memeriah kan hari raya pada tahun ini.

    ReplyDelete
  10. Setiap tahun album baru dikeluarkan tapi lagu-lagu di dalam tetap sama. Baik merekod lagu-lagu perayaan baru untuk para pengguna.

    ReplyDelete
  11. Diharapkan Hari Raya tahun ini meriah sama seperti tahun-tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  12. Tidak lama lagi raya sudah. Tinggal beberapa hari saja lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.