Thursday, September 13, 2012

KWSP Digunakan Untuk Selamatkan Saham FGVH


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli 2.2 juta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) lagi oleh kerana harga saham gergasi perladangan jatuh menjunam lagi semalam sebelum pulih sedikit meningkat lima sen lebih tinggi.

Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55 semalam, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.


KWSP adalah salah satu pelabur asas FGVH dan telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus semalam.

Pengumpulan saham FGVH walaupun menurun sejak dua bulan lalu menyebabkan sesetengah pemerhati pasaran menganggap bahawa dana pencen terbesar di negara ini membantu untuk menaikkan saham kumpulan perladangan.

Harga FGVH juga membimbangkan beberapa peneroka Felda yang telah diberi pilihan untuk membeli saham pada harga runcit IPO pada RM4.45.

Dilaporkan pada 29 Ogos, kerajaan memperolehi peruntukan RM360.7 juta oleh Felda untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka sepenuhnya.

Peruntukan itu menyebabkan peneroka bebas daripada perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang mereka ambil untuk membeli saham dan peneroka akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong.

Walaupun saham-saham perladangan telah berada di bawah tekanan disebabkan kebimbangan mengenai harga minyak sawit yang lebih rendah, KL Kepong turun kira-kira empat peratus dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya kira-kira satu peratus berbanding dengan FGVH yang telah jatuh kira-kira 12 peratus.

FGVH melaporkan keuntungan mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.

Kumpulan itu juga berhadapan dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih benyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami kerugian dari segi produktiviti tan sehektar yang disenaraikan sebagai ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama di Malaysia.

Harga minyak sawit juga dijangka kekal lemah dalam tempoh terdekat oleh kerana stok penimbal Malaysia kekal tinggi dan negara ini juga menghadapi persaingan untuk eksport dari Indonesia.

Sesetengah penganalisis walaubagaimanapun mengambil perhatian bahawa FGVH menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen. -TMI

20 comments:
Write comments
  1. Ibarat ayah kalah main judi dia menggunakan wang simpanan anaknya untuk menebus kekalahannya. Beginilah perumpamaan yang kerajaan Najib lakukan kepada rakyat. Mungkinkah dimakan sumpah HARAMJADAH?

    ReplyDelete
  2. Kita harus BANGGA dengan UMNO kerana menjadikan Sabah negeri termiskin walau kaya dengan hasil buminya, menipu puluhan ribu rakyat Sabah dengan Amanah Saham Sabah sekarang ini UMNO guna wang KWSP simpanan rakyat untuk menyelamatkan saham FGVH. Itulah awal-awal lagi orang bantah tapi Najib DEGIL siap panggil orang Haramjadah. Siapa yang HARAMJADAH sekarang! Lontarkan UMNO/BN ke lubang tahi!

    ReplyDelete

  3. Kesihan. Sepanjang hayat ditipu UMNO.
    Kah.. kah... kah...
    Maklumlah,

    ReplyDelete
  4. Dah nak lingkup FGV...Mana Isa Samad Ninja Turtle tu....senyap je....dan Datuk Sabri dah pelingkup Sime Darby lari pulak kat Felda......memang depa ni haramjadah.....

    ReplyDelete
  5. Aduhai UMNO kamu kebas lagi duit kami dalam KWSP? Ini yang kamu katakan prihatin dengan masalah rakyat kenapa tak jual saja sri perdana kediaman rasmi Najib itu untuk menyelamatkan felda kan Najib yang maki orang Haramjadah kerana menentang penyeneraian felda!

    ReplyDelete
  6. Duit pekerja tidak patut diguna sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  7. Ini demi masa simpanan masa hadapan para pekerja.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. tahun ni EPF ada dividen n bonus? jgn pula jd mcm SAS...

    ReplyDelete
  9. kalau rakyaat di sana apa-apa pun semua dibantu,kalau padi tidak dapat mengeluarkan hasil yang sepetutnya pun ada bantuan pendapatan dari kerajaan(subsidi) tapi kalau kita disabah dan serawak kalau padi kita tidak ada hasilnya seperti diserang serangga,haram kerajaan tidak bagi bantuan,nah sekarang peneroka felda disana diselamatkan lagi oleh kerajaan berjuta-juta,kita disabah sudah lah barang-barang mahal dan harga getah tidak selaras dengan malaya haram tidak dibantu,bah sokong lagi lagi lah itu Barisan Najis,sudah lah ada ahli panel di bicara Kampus yang disiarkan oleh RTM yang menghina orang sabah dan serawak dengan mengatakan kita rakyaat sabah dan serawak ini hanya layak jadi petani dan nelayan,bah kasi tinggi lagi itu bandera....memeng tahab bebal lah kalau rakyaat sabah dan serawak tidak terasa penghinaan ini.

    ReplyDelete
  10. kalau wang rakyat mengalami kerugian, perlu gantikannya.macam saham SAS, apa jadi dengan pelabur dan wang mereka?

    ReplyDelete
  11. hakikatnya kalau kwsp tak beli saham felda tu, komperm gerenti saham FGV bungkus habis lingkup bersama peneroka felda. tapi dlm keadaan panik, dlm diam kerajaan gunakan pihak lain selamatkan benda yg menyusahkan saja. itulah ceritanya. sekarang ini, tali gantung untuk peneroka sudah tersedia cuma tak tahu bila peneroka akan tergantung. mudah saja..main saham ini mcm main judi juga kdg2 untung kdg2 rugi. yg bahayanya, bila dah rugi kemungkinan harta para peneroka akan berpindah milik dengan sendirinya kerana harta tu diletak sebagai cagaran. selamat maju jaya untuk peneroka felda.

    ReplyDelete
  12. Naik le sikit saham tu hari nih. Apa, hari nih ? Besok camne pulak ?

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  13. ada aku kisah? yg penting gaji aku dibayar tepat setiap bulan! apa yang diminta ditunaikan. nak minta `sisik` tu bro, biarlah pada `ikan` yg ada sisik...bukan pada nik aziz / karpal sing

    ReplyDelete
  14. Kenapa Najib diam hari itu bukan bising lagi panggil orang HARAMJADAH! Inilah yang UMNO perjuangkan selama ini menghakis wang rakyat. Memang tiada otak lah kalau orang masih sokong UMNO yang terang-terangan menggunakan wang KWSP menyelamatkan FELDA hasil KEBODOHAN mereka!

    ReplyDelete
  15. Kwsp jadi taruhan untuk menyelamatkan saham felda. Pencarum kwsp jadi mangsa kerakusan umno. ANAK menentang penuh penyenaraian felda di bursa malaysia, namun dengan angkuh umno dan najib tdk memperdulikan risiko yang di hadapi. Masa penyenaraian saham felda naik melepasi rm5.5 daripada 4.55. Tetapi sekarang trend penurunan terus berlaku. Baguslah rakyat pun akan semakin benci dgn umno.

    ReplyDelete
  16. Sampai bila UMNO rakus merampas duit rakyat? Wang simpanan rakyat dalam KWSP pun habis nak kebas. Ibarat ayah mengeluarkan simpanan anaknya untuk berjudi. Ini bapa DAYUS namanya! Jadi kerajaan yang ada sekarang juga kerajaan DAYUS menggunakan wang rakyat KWSP!

    ReplyDelete
  17. wang pekerja harus dijga dgn baik.

    ReplyDelete
  18. Baguih nye..UMNO nih minta derma dr pahlawan UMNO atau juak2 mereka kat kg nun. Kump duit dan serah pd felda. Jgn usik duit org PR kalau segala aktiviti pembngkang seolah2 dikacau oleh BN. Cukai minta dr semua rakyat tapi kebebasan rakyat jika tidak atas nama UMNO, akan dsekat atau dganggu. Sebab pembangkang pun kena anjur program TAKNAK PETRONAS. Sebab apa, duit petronas yg kita isi minyak tu konon nak tolong produk negara rupanya UMNO sapu duit dr petronas. Biasanya UMNO akan guna duit dr Lemb.Tabung Haji atau Petronas atau KWSP. Pernah jg duit Baitumal pun spt yg dcuri oleh Datuk Yusof Nor dulu. Satu kes nyata yg menjelaskan KENAPA KITA TIDAK BOLEH (HARAM) SOKONG BN.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  19. di sebabkan pencacai dan penjilat yang mc skong ini kerajaan,suma rakyat yang mencarum di kwsp terbabit..kalu kurang punya kwsp ja yang kena nda apa la...kasi sokong lagi la itu bn...kahkah

    ReplyDelete
  20. pemimpin2 Pakatan juga tidak mustahil akan menggunakan dana KWSP untuk melaksanakan semua janji2 mereka.. atau mungkin mereka terpaksa menggunakan dana IMF..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.