Thursday, September 13, 2012

'P'raya DUN S'gor tidak serentak dengan PRU13'

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

NONEMajlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

"Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar," katanya. -MK

16 comments:
Write comments
  1. Nampaknya PR cuba mengubah apa yang telah sedia ada.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Apa motif sebenar itu masih tidak pasti lagi. Apa pun kita tunggu saja apa yang akan dimaklumkan seterusnya mengenai perkara ini.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hihihi...bagi la apapun alasan. mmg beribu lagi alasan yang boleh diberi anwar! tapi, nyatalah kamu orang mmg suda takut!!! ramai rakyat di negeri itu sudah marah2..bengang & trtipu

    kau cakapla tuhan pun salah..ndak ambil nyawa c najib!

    logiut c anwar

    ReplyDelete
  4. PR takut kalah sebab tu taknak buat serentak.

    ReplyDelete
  5. Inilah yg bakal memningkan kepala Najib. Dia ingat dia cerdik sebab boleh tipu rakyat melalui SPR rupa2nya MB PR lagi cerdik dan berakal. Sebenarnya ssetgh rakyat Malaysia ni takyah BN tipu pun,memang mereka yg akan tipu mereka sendri. Tapi bg penyokong PR, sekilas ikan diair suda ku tahu jantan betina. Jgn satu masa nanti PATI tu yg brtindak memampuskan SPR dan BN. Utk penyokong UMNO takyah PATI bg mampus pun, mereka sendiri akan pupus dicelah2 rimbunan sampah sarap.

    ReplyDelete
  6. Memang bn tak yakin lagi sebab tu dgunakan SPR dan JPN brmatian utk talian hayat merekah.

    ReplyDelete
  7. MB Selangor dedahkan hmpir 500 ribu pengundi baru tlh brjaya dwujudkn oleh SPR. Taktik itu memang brjaya dan trbukti brkesan kerana TGanu jatuh dr tgn PAS pd PRU ke 12 dulu melalui kaedah yg sama. Post mortem PRU ke 12 dulu mndapati pengundi PAS tidak hilang sama spt BN tetapi PAS mendapati pertambahn pengundi baru hmpir 200%. Tidak selari dgn penambahan kependdukan rakyat satu2 daerah/negeri. Ada kg org Nyammar dan Bangladesh pun sekarang dTGanu tu. Itulah realiti kehidupan sebuah parti bernama UMNO/BN

    ReplyDelete
  8. saya org sabah bah:

    napa la kita bengap sangat,undang2 malaysia ada peruntukkan kerajaan gnegeri untuk bikin electian sendiri...kerajaan negeri selangor suda banyak kali buat aduan pada itu SPR,tapi nda di layan baca la dlm blog2 dan forum di internet jgn sealu mendengar tv3 suku astro punya berita...mana ada aduan kerajaan negeri selangor didalam tu....

    ReplyDelete
  9. isu pilihanraya berasingan itu timbul sejak tahun lepas lagi.. masa tu ada khabar angin kononnya kerajaan pusat mahu mengawalkan PRU..

    ReplyDelete
  10. jika Pakatan dibenarkan buat pilihanraya berasingan, adakah mereka akan buat awal atau selepas pilihanraya kerajaan pusat??

    ReplyDelete
  11. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today called on the people in Selangor to develop a new sense of awareness that the state's administration will be better off under Barisan National (BN).

    ReplyDelete

  12. Muhyiddin, who is also BN deputy chairman, said after ruling the state for four years, the Parti Keadilan Rakyat-led government had proved that there were too many visible weaknesses and problems that they could never solved.

    ReplyDelete

  13. "The prime minister and other BN leaders have repeatedly gone to the ground to meet with the people in Selangor. It is crystal clear that the people are disappointed with all the fuss. There is no moment of peace in Selangor.

    ReplyDelete

  14. "There are more politics than works. Even water woes are being politicised. The people are fed up and they think that it is high time to give the opportunity back to BN," he told reporters after attending the 'Mesra Rakyat' programme at Lembah Subang PPR flats.

    ReplyDelete

  15. Present were Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar, who is also Selangor BN deputy chairman, and Selangor BN coordinator Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.