Thursday, September 13, 2012

RM30000 Selesai Kes Dadah?

PENGEDAR atau penagih di Lahad Datu tidak perlu risau jika tertangkap kerana khidmat boleh runding yang disediakan; sebagaimana kes Pengerusi Parti Komponen BN yang hanya perlu membayar RM30,000 sebagai upah buang kes dan mengelakkan dirinya didakwa di mahkamah?

Menurut maklumat yang Paparazzi terima daripada 'Whistle Blower' di dalam IPD Lahad Datu, Pengerusi Parti Komponen berkenaan telah ditangkap ketika khayal setelah menghisap Syabu bersama sejumlah besar Syabu yang kemungkinan untuk kegunaannya atau dipasarkan kepada pelanggannya dalam serbuan ke sebuah Pusat Hiburan. Hasil pemeriksaan air kencingnya 'Positif'.
Bagaimanapun, ketika berada di dalam Lokap Balai Polis Lahad Datu, Pengerusi Parti Komponen BN berkenaan telah ditawarkan 'Pakej Pembebasan' setelah membayar sejumlah 'Wang Tebusan'.

Paparazzi agak terkejut jika Ketua Polis Daerah, Superintenden Samsuddin Mat tidak tahu menahu tangkapan berkenaan dan wang tebusan untuk membebaskan Pengerusi Parti Komponen BN 'dikenduri' anggota bawahannya?

Mungkin agak hebat juga kedudukan kewangan Pengerusi Parti Komponen BN di Silam ini kerana isterinya dapat menyediakan RM30,000 sebagaimana yang diminta oleh 'Anti-Narkotik' pada malam itu juga bagi mengelakkan suaminya di hadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu pada keesokan harinya.

Kes ini berlaku tiga bulan yang lalu tetapi Paparazzi memerlukan masa untuk menjalankan siasatan bagi menentukan kes ini bukan fitnah dan mempunyai asas yang kukuh kerana pada mulanya Editorial Sabahkini.net menolak artikel ini sebelum Paparazzi menamakan tersangka (tidak dapat didedahkan di sini).

Oleh itu tidak hairan jika 'Pawa' dan 'Nordin' masih menjadi 'Raja Syabu' di Lahad Datu kerana semuanya boleh dirunding? Sebelum ini seorang Pegawai Kanan Polis dan NGO turut beroperasi di sebuah rumah berdekatan Taman Katak, Lahad Datu.

Parlimen Silam mempunyai Tujuh Pengerusi Parti Komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC, Gerakan, LDP, UPKO dan PBRS; hanya Ketua Polis Daerah yang tahu kebenaran kes ini; tetapi entah mengapa tidak dilaporkan, malah rekod tangkapan turut dipadam?

Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

12 comments:
Write comments
  1. susahlah untuk membentras dadah kalo ada mainan org2 dalam, harap para penguatkuasa jgn tidur atau pura-pura tidur atau buat2 tida tau..!

    ReplyDelete
  2. Duit adalah segalanya. Tapi janganlah kita lupa akan tanggungjawab kita yang telah diamanahkan.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Apa yang kita tahu amanah itu lebih bernilai dari segalanya. Harap pihak berkuasa akan menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Memang itu realiti polis dSabah walau 'mungkin' bukan semua. Ada juga yg dah jadi Ketua Polis Daerah pun selepas brtahun2 kerja nya 'pau' budak2 dadah dSabah. Nak duit senang jer,tangkap keldai dadah atau mat gian lepas tu minta kautim..dapat duit . Kalau dadah tu drampas,mereka pulak jual selepas tu. Walhasilnya, dadah "tak hilang didunia". Itu dr sudut NYAMAN. Kalau dilihat sr sudut NYAWA...mereka tak bole brkeras sgt sebab turun temurun dah brgelumang dgn dadah dan melibatkan warga asing pun. Mereka bole bunoh sesiapa yg cuba halang kegiatan mereka dan lari balik negara asal. Contoh Tuan Pegawai daerah Lahad datu sendir lah. Kalau Semporna nun , tak payah risau. Majlis daerah pun lebih teruk dr sekolah tadika dSemenanjung trmasuk dr segi IQ dan cara bekerja dr peg atas smpai bawah. 2x5 jer.

    Mantap dan tepat sekalih artikel di atas.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  5. Polis tu manusia juga,bukan malaikat . Bila nama manusia...dia ada jiwa,raga,nafsu serta aqal. Segala yg ada dkawal oleh aqal. Tapi sifat manusia yg trkenal adalah NAFSU. Jd kalau hari2 nengok kawan jer sebat duit, takkan tak telan air lior kawan2 lain yg 1Pejabat.

    ReplyDelete
  6. dakwaan ni prlu ada bukti kukuh, jgn sekadar tulis2 tanpa bukti.

    ReplyDelete
  7. ANONYMOUS Sept 13 : 4.21 PM ni kaki tidor mcm Pak Lah Badwi jugak. Dunia dah tau malah budak kecik pun dah tau malah org babuk pun dah tau halehwal pak polisi, dia barcakkap "sila bawa bukti , jgn tulis2 aje". Budusss.

    ReplyDelete
  8. patutlah rokok, minuman keras seludup, dadah sukar untuk dihapuskan kerana segelintir penguatkuasa yg lebih megutamakan keuntungan drp tugas yg diamanakan sifat negatif ini ibarat turun temurun dari org lama kpd org baru...! hanya Rezeki yg HALAL sja perlu dinikmati agar kejadiannya baik..

    ReplyDelete
  9. OOoo.. duit ni ler utk dberi pd Mat Negro tu mau dbeli apa2 share kat Nigeria tu kot.

    ReplyDelete
  10. sumbat masuk media dulu baru mau siasat ka?? macam hukum dulu, bicara kemudian..

    ReplyDelete
  11. hati2 saja la buat tuduhan tu.. jangan sampai kena saman berjuta2..

    ReplyDelete
  12. Rambut sama hitam, hati lain-lan,
    Siapa hantu?!siapa malaikat?!
    Buat baik, dengan niat jahat.......
    Buat jahat dengan niat baik.........
    Fikir-fkirkan la..........
    Yg penting , moga kita semua dapat hidup aman sejahtera

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.