Wednesday, September 5, 2012

Pak Samad: Polis mahu siasat puisi Janji Demokrasi

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata polis hari ini meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.

''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

himpunan janji democracy 310812 samad said mat sabuTambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.

''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya.

"Hari ini dia beri surat surat, hari ini dia mahu saya datang. Kena hormatlah saya yang sudah tua.

"Mereka meminta hadir hari ini, tetapi saya sudah berunding dan akan hadir esok, pada pukul 3 petang," kata Pak Samad lagi.

Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih itu jugas berkata, beliau tidak dapat hadir untuk siasatan hari ini kerana mesyuarat gabungan NGO tersebut juga berlangsung pada petang ini.

Dalam perhimpunan yang dihadiri 10,000 orang pada malam tersebut, Pak Samad membaca satu sajak bertajuk Janji Demokrasi dan turut bercakap kepada para wartawan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad memberitahu pemberita pada malam itu bahawa pihak polis akan "menyiasat kemudian" sama ada Pak Samad telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak tersebut.

NONEPolis membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta semasa perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Pasukan itu setakat ini menahan dua individu termasuk seorang siswa kolej swasta yang didakwa menunjukkan punggung pada gambar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa perhimpunan tersebut.

Seorang lagi yang ditahan merupakan seorang gadis berusia 19 tahun yang didakwa memijak gambar berkenaan dalam perhimpunan sama. -MK

29 comments:
Write comments
  1. untuk pru 13 ini semua golongan semua tua,muda,dewasa,remaja,kanak2 samaada di suruh atau tidak telah melakukan protes kepada kerajaan/parti BN dalam apa juga isu,....jadi kita kana sokong untuk menjadikan kerajaan/parti sekarang ini menjadi parti pembangkang pada PRU13 NANTI....!

    ReplyDelete
  2. Hairan aku dengan kerajaan sekarang ini baca puisi pun kena siasat tapi orang yang maki orang dengan HARAMJADAH tak kena siasat! Perang Bikini tarian K Pop separuh lucah tak kena siasat! Alahai apa dah jadi dengan PUISI pun UMNO takut!

    ReplyDelete
  3. Harap Datuk A Samad Said akan bekerjasama dengan polis mengenai isu tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.

    ReplyDelete
  4. Pasukan itu setakat ini menahan dua individu termasuk seorang siswa kolej swasta yang didakwa menunjukkan punggung pada gambar gambar Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri.

    Belajar ke tahap tinggi-tinggi pun masih begitu tidak bertamadun.

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH MALAYSIA NEGARA PERTAMA DI DUNIA YANG MENYIASAT ORANG BACA PUISI. AKAN JADI SEJARAH DI DUNIA NEGARA MALAYSIA YANG MENGARAH POLIS MENYIASAT ORANG BACA PUISI KALAU TARIAN K POP SEPARUH BOGEL ANJURAN UMNO TAK PERLU SIASAT!

    ReplyDelete
  6. Bangganya aku negaraku Malaysia negara pertama di Dunia yang menyiasat rakyatnya yang membaca puisi.

    ReplyDelete
  7. Sekarang nak baca puisi rasa takut, nanti kena soal siasat pula. Lagi bagus tengok k-pop, tak di siasat. Kepada penganjur k-pop, bila lagi anjur program belia k-pop, tak sabar nak tengok, anjur puisi tak nak nanti kena siasat.

    ReplyDelete
  8. Merela melakukan perkara seperti ini, mrmberi pandangan bahawa mereka tidak berpelajaran dan tidak cukup nilai2 murni.

    ReplyDelete
  9. Tindakan tidak bermoral itu tidak patut dicontohi. Ada banyak lagi cara yang betul dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  10. Memang tidak patut remaja itu melakukan sedemikian.

    ReplyDelete
  11. Cari mereka yang menghina pemimpin dengan sedemikian.

    ReplyDelete
  12. Kita minta setiap malam diadakan Tarian K Pop separuh bogel baru meriah generti tidak kena siasat tidak macam baca puisi.

    ReplyDelete
  13. Kalau baca puisi dan tunjuk punggung pada gambar PM dan Isteri kena siasat yang ugut bunuh Nik Aziz dan Hadi Awang tak siasat. Yang bakar gambar Lim Guang Eng pun tak siasat. Baru aku tahu ada dua undang-undang pula di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  14. Veteran tentera yang adakan tariang punggung depan rumah Ambiga pun tak kena siasat fasal mereka itu sokong UMNO.

    ReplyDelete
  15. Kalau tidak salah, siasatan tidak akan memberi apa2 kesan.

    ReplyDelete
  16. Ramai belia yang sangat emosi sehingga kejadian huru hara

    ReplyDelete
  17. Negaraaakuu, tanahh tumpahnya darahhhku. Rakyat hiduppp bersatuu dan maju.Rajaa kitaa selamaat bertakhtaaa..POORAH UMNGOKK. Baca pisi pun salah ker? Tiada permit, kan majlis tu utk sambutan Hari Kemerdekaan negara. Tak suka ke rakyat yg ada semangat patriotik? Bangsat punya omno!!

    ReplyDelete
  18. KUALA LUMPUR, 5 Sept — Bekas pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesilapan dalam perlantikan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

    Bekas polis itu berkata ketelitian dan kesungguhan Dr Mahathir dalam meletakkan piawaian akhlak dan ekspektasi kebolehpercayaan yang begitu tinggi terhadap individu yang akan menggantikan beliau sebagai PM seharusnya turut terpakai dalam perlantikan peguam negara juga.

    Mat Zain merujuk kepada memoir bekas PM itu yang bertajuk Doctor in the House dalam bahasa Inggeris dan Doktor Umum dalam bahasa Melayu, dimana Dr Mahathir menjustifikasikan tindakan beliau memecat Anwar oleh kerana bekas timbalan perdana menteri itu dikatakan mempunyai masalah akhlak dan moral.

    “Tun Mahathir dilihat mengikuti dengan rapi keputusan-keputusan mahkamah, khususnya jika melibatkan Anwar, sepertimana yang terdapat dalam memoir Doktor Umum.

    “Namun begitu, kita berasa musykil bagaimana Tun boleh terlepas pandang keputusan penting yang menyentuh kelakuan Gani yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria vs PP [2001] 3 CLJ. Diperturunkan seperti dibawah;

    ReplyDelete
  19. Pak Samad jangan disentuh..!!! jgn diidera, jgn dipukul... rakyat akan bangun..jgn kurang ajar dgn rakyat.. sudah lama rakyat bersabar.. jgn uji kesabaran rakyat..jika benarpun utk melindungi tuan UMNO.. tak perlu menjadikan Pak Samad Kambing Hitam...Rakyat mengenali yg mana permata asli dan yg mana permata palsu .

    ReplyDelete
  20. aku sependapat dgn kau..,apalah HAPRAK punya undang2....,baca puisi dan sajak pun tak boleh..HAAAARGHTUIII.....!!!

    ReplyDelete
  21. di bawah pemeritahan sekarang sastrawan tidak lagi bebas berpuisi dan berjuang untuk kebenaran...semua ini adalah kekangan demokrat palsu...karya yg bernilai akan padam dan karya yg memuja dan lagi sesat diangkat...inikah jadah yg kita ada dewasa ini...siapakah pembunuh demokrasi ini, yg membunuhnya wajib dibunuh...ini alasan yg kita ada...membujur lalu melintang patah

    ReplyDelete
  22. "Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya."

    dia mendera pihak polis boleh pula..

    ReplyDelete
  23. "Hari ini dia beri surat surat, hari ini dia mahu saya datang. Kena hormatlah saya yang sudah tua."

    pandai pula dia minta hormat.. ada dia hormat pemimpin negara? macam mana kalau gambar dia yang kena pijak atau tunjuk punggung?

    ReplyDelete
  24. deklamasi sajak suatu jenayah? jgn susah, x lama lagi, tidur dlm rumah sendiri pun akan jadi jenayah berat juga...

    ReplyDelete
  25. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman Monday called on the people of Sabah, especially the younger generation, not to be influenced by the syndrome of hatred for the leadership to the extent of stepping on pictures of national leaders.

    ReplyDelete
  26. kalau bersalah pasti akan dapat hukuman. semoga tiada yang sengaja cuba untuk mencetuskan keadaan huru-hara di negara ni.Peace no war!

    ReplyDelete
  27. Melihat satu sudut yg lain, Malaysia cam negara kartun jer. Itu jika tak mau melihat dr sudut diktator ler.

    ReplyDelete
  28. Baca puisi pun kena siasat.

    ReplyDelete
  29. Kenapa mereka yang suka timbulkan ketegangan agama dan kaum tidak disiasat?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.