Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya ramai yang suka meletak atau menyimpan air gas coca cola terutamanya di dalam peti ais, betul.. lagi sejuk lagi enak di minum.. tapi ramai yang tak tahu bahaya mungkin di hadapi jika meletakkan tin coca cola dalam freezer.
Terdapat satu kes berlaku di mana tin coca – cola itu mengeras dan meletup. Lihat gambar di atas.
25 ogos yang lalu, seorang anak menderita luka di mulut dan pipinya, akibat tin coca cola-nya meletup kerana disimpan di freezer. Dan dia terpaksa menerima 38 jahitan, 31 jahitan di pipi dan 7 jahitan di bibir dan mulut. Sadisnya luka itu.. Bayangkan betapa deritanya dia apabila kejadian itu berlaku.. Nasib baik pecahan tin coca cola itu tidak mengenai matanya. Ibu si anak ini telah menyebarkan foto ini, agar kejadian serupa tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun..
P/s: Jadi kepada yang suka menyimpan atau meletak tin air gas ni di dalam freezer baik hentikanlah, mungkin kita tidak pernah kena tapi kebarangkalian untuk kena itu sangat tinggi, jadi berhati-hatilah. Mohon sebarkan artikel ini kepada orang ramai supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa. -lamankongsi
Wednesday, September 5, 2012
Bahaya Simpan Air Tin Berkabonat Dalam Peti Ais
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang bahaya meletakkan air tin berkabonat dalam freezer, harap cerita ini dijadikan satu pengajaran kepada semua untuk mengelakkan perkara yang sama daripada berlaku lagi.
ReplyDeletePerkara ini berlaku 1 dalam seribu. Jadi kepada semua kena berhati2.
ReplyDeleteMemang bahaya jika menyimpan dalam freezer.
ReplyDeleteKalau tempat beku tu memang bahaya. Tapi kalau setakat simpan tempat yang sejuk macam di kedai tu. Rasanya ok.
ReplyDeleteKita semua perlu berhati-hati
ReplyDeletegood info.. memang patut dikongsi bersama dan disebarkan..
ReplyDeleteBeringat sebelum kena..kalau mau simpan minuman cukuplah setakat disimpan di tempat sejuk bukan dibekukan.
ReplyDeleteBetul ka tidak ni? Anyway, berhati hati la selalu.
ReplyDeleteBoleh bagi info sebab tin carbonate tu meletup.Koleh boleh jawapan yg scientifik sikit.
ReplyDeleteminuman berkarbonat mmg diketahui tak baik untuk kesihatan.
ReplyDelete