Wednesday, September 5, 2012

Samseng Serang pejabat KEADILAN

Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.

“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. -KD







24 comments:
Write comments
  1. Takut kalah pilihan raya la 2

    ReplyDelete
  2. Apa bukti mereka bahawa samseng-samseng ini adalah orang UMNO?

    ReplyDelete
  3. Tidak salah kalau PR membawa rakyat menentang kerajaan menerusi perhimpunan ganas Bersih, sehingga kekecohan dan hura hara berlaku.

    ReplyDelete
  4. Inikah yang Najib katakan sedikit masa dulu PERTAHANKAN PUTERAJAYA HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR?

    ReplyDelete
  5. Do not repay evil for evil.

    ReplyDelete
  6. Jika tidak suka @ tidak puas hati dengan seseorang kita doakan sahaja agar beliau sedar dengan kesalahannya dan bersedia untuk berubah.

    ReplyDelete
  7. Jangan tunjukkan bahawa kita lebih jahat dari mereka tetapi tunjukkan kepada yang lain kita adalah terbaik dari mereka.

    ReplyDelete
  8. Tidak ada manfaatnya jika kita membalas mereka dengan kejahatan kerana ini tidak akan menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  9. Harap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

    ReplyDelete
  10. Ini bukan kerana kalah tapi kerana bendera Malaysia yang cuba ditukar oleh PR.

    ReplyDelete
  11. Memang terhebatlah sampai jadi macam ini. Tidak patut lah gaduh-gaduh. Semua ini cuma perangkap untuk menaikkan nama pakatan sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. betulkah samseng UMNO atau sabotaj saja??

    ReplyDelete
  13. Belum pun PRU13 sudah macam itu kalau UMNO kalah dalam PRU13 entah apa jadi mungkin itu yang Najib KATAKAN pertahankan puterajaya hingga ke titisan darah yang terkahir!

    ReplyDelete
  14. Budaya samseng macam ni tidak patut wujud dalam masyarakat kita. mereka yang terlibat ni wajar kenakan tindakan undang2.

    ReplyDelete
  15. Apa bukti tu orang2 Umno

    ReplyDelete
  16. Anwar dah bayar untuk naik imej sendiri.

    ReplyDelete
  17. Kalau bukan samseng2 umno...kenapa mereka hendak serang pejabat PKR ? Sekarang musoh politik PKR adalah BN/UMNO dan bukan PAS atau DAP. Tetapi jgn silap,jika pejabat UMNO dserang, belum tentu serangan tu dtg dr PKR atau PAS jauh lg DAP. Spt yg telah berlaku d Pej Ketua Umno Bhgn Cheras,bukan shj pejabatnya malah dgn Datuk AlHabshee sekali kena warning/ugutan. Rupanya samseng tu dr kelompok upahan Shahrizat Jalil yg pasang samseng utk serang Datuk tu kerana buat statement kurang senang trhadap lembu2 NFC. Yg dok bakar gambor KM PPinang sedikit masa lalu tu siapa? Bukan PAS jauh sekali PKR. Serangan dtgnya dr PERKASA rejim sekutu UMNO/BN yg sentiasa jahat. Trbaru,yg serang majlis tazkirah DS dAloq Setaq baru2 ni...ahli PERKASAM Kedah yg ketuanya adalah ahli UMNO Kedah.

    **888

    ReplyDelete
  18. UMNgOk pernah bilang demonstrasi bukan budaya negara ini...siapa jilat balik ludah sendiri???

    ReplyDelete
  19. Kenapa bendra kita sama JALURnya dgn bendera USA? Negara Yahudi dunia tu. Memang patut kalu kita kembali kepada asal iaitu bendera Sang saka yg pernah dbawah oleh perwakilan negara ke satu Persidangan di Afrika pd zaman lampau.
    ** yassir arafat

    ReplyDelete
  20. Siapa2 pun boleh buat macam ni. Saja untuk tarik publisiti.

    ReplyDelete
  21. Takkan begitu naif nak serang dan cemarkan parti yang diwakili?

    ReplyDelete
  22. "Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini."

    ingat Anwar tu anugerah tuhan? kalau pembangkang serang kerajaan dan negara boleh pula..

    ReplyDelete
  23. itu baru sekumpulan kecil.. kalau sampai 200 ribu orang?? alamat, meroyan la pembangkang tak henti2..

    ReplyDelete
  24. jgnlah bersikap seperti samseng.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.