Tuesday, September 11, 2012

PRU13: Benarkah SPR sudah siap sedia?

Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Sinar Harian 8 September 2012) sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kini menanti tarikh pembubaran Parlimen.

Betulkah? Sedangkan apa yang diketahui umum semacam ada percanggahan antara persediaan SPR dengan cadangan penambahbaikan pengurusan pilihan raya.

Lebih-lebih lagi apabila membandingkan antara lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan kesanggupan SPR dan persetujuan pihak kerajaan melakukan penambahbaikan menerusi penubuhan cadangan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC).

Sekiranya mengambil perhatian apa yang dinyatakan pengerusi SPR, iaitu “persediaan yang dibuat telah mencapai 85 peratus dan selebihnya hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.” Ini bermakna semua lapan tuntutan penambahbaikan tersebut sudah dibuat. Termasuklah kesemua cadangan PSC sudah diambil kira.

Logikkah penegasan pengerusi SPR bahawa “yang belum siap hanya tunggu Dewan Rakyat dibubarkan untuk proses tempahan dan beli peralatan.” Jika meneliti kepada lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan syor PSC, maka ini suatu kenyataan yang mengelirukan bagi warga negara yang ingin melihat proses pilihan raya pada PRU13 untuk pertama kali berlaku secara adil, bersih dan telus.

Ingat semula tuntutan BERSIH 3.0

Asas yang mengelirukan itu ialah kerana di hadapannya telah ada dua kumpulan fakta penambahbaikan yang memerlukan komitmen pelaksanaan oleh SPR dan pihak kerajaan sendiri. Pertama, lapan tuntutan BERSIH 3.0 dan keduanya, 22 syor pihak PSC yang ditubuh sendiri oleh kerajaan.


Mengingati 28 April 2012 yang lalu, berlaku rangkuman sejarah demokrasi di Malaysia yang penuh tragis di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebuah demokrasi yang cuba ditegakkan atas lapan tunutan bagi mencapai impian proses pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

Lapan tuntutan itu ialah:

1. Bersihkan Senarai Undi,
2. Mereformasikan Undi Pos,
3. Gunakan Dakwat Kekal,
4. Akses Media Bebas dan Adil,
5. Masa Kempen Minima 21 Hari,
6. Kukuhkan Institusi Awam,
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor.

Sementara itu pihak penganjur BERSIH 3.0 dilaporkan berkata, hanya penggunan dakwah kekal untuk dicalit pada jari telunjuk pengundi sahaja yang sebenarnya sudah dilayan. Ia bermaksud, hanya 12.5 peratus sahaja urusan penambahbaikan proses pilihan raya untuk PRU13 nanti yang diambil tindakan oleh SPR atau kerajaan.

Walaupun begitu pihak SPR dikatakan sudah memberi perhatian juga untuk melakukan reformasi pengundian pos melalui cadangan pengundian awal (advance voting). Namun di sebaliknya, ada pula peraturan yang membolehkan isteri tentera yang asalnya bertaraf pengundi biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Tindakan ini sudah dianggap bertentangan dengan semangat penambahbaikan yang diperjuangkan oleh gerakan BERSIH 3.0.

Justeru sehingga kini, belum ada apa-apa peraturan rasmi mengenai pengundian awal yang boleh diteliti. Sementara pihak parti pula masih belum menerima apa-apa panduan rasmi daripada SPR. Apa yang didedahkan dalam kursus anjuran SPR hanyalah tatacara mengundi melibatkan penggunaan dakwat kekal. Sedangkan tatacara pengundian awal masih tergantung dan apakah persidangan parlimen terdekat ini bakal diusulkan tatacara berkenaan?

PSC hanya helah?

Pada 2 Oktober 2011, PSC ditubuhkan yang keanggotannya melibatkan ahli parlimen dari wakil parti termasuk Pakatan Rakyat. Ia dipengerusi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili. Hasil kajian PSC sebanyak 22 syor telah dibentangkan di Dewan rakyat pada 3 April 2012. Topik penting 22 syor itu melibatkan:

1. Rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos
2. Pengundi luar kawasan
3. Tarikh pembubaran Parlimen
4. Kerajaan sementara
5. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran
6. Akses media yang bebas dan saksama
7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan
8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar
9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya
10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
11. Memperkasakan kedudukan SPR
12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR
13. Pengasingan fungsi utama SPR
14. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak
15. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
16. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media
17. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun
18. Memanjangkan tempoh berkempen
19. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
20. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik
21. Peruntukan dana kepada parti politik
22. Sistem pilihan raya baru.

Penilaian syor PSC

Majlis Peguam Malaysia pula mendapati syor yang disenaraikan PSC adalah positif dan langkah yang betul, tetapi tiada syor komprehensif bagi merealisasikan pilihan raya yang adil dan bebas. Antara yang dipertikaikan ialah kegagalan menangani daftar pemili. Dalam hal ini, SPR telah menyatakan enam daripada 10 syor awal tidak diterima. Sementara beberapa syor gagal diperincikan seperti akses kepada media. Ia mungkin disebabkan Laporan PSC itu diluluskan tanpa perbahasan terperinci dan tiada komitmen balas pihak kerajaan.

Apa pun dikatakan hanya satu tuntutan yang ditolak PSC, iaitu tuntutan berkaitan masa berkempen yang dipanjangkan kepada minimum 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama dan memerlukan kos yang tinggi. Penolakan ini sepatutnya disokong oleh penerima syor akses media yangh adil. Malangnya ia tidak berlaku demikian. Apa yang diterima hanyalah kesanggupan membenarkan tempoh berkempen selama 7 hari sebelum ini dipanjangkan kepada 10 hari sahaja.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan ada sebahagian besar daripada 22 syor yang dikemukakan oleh PSC melibatkan soal dasar, yang melibatkan keputusan kerajaan dan pembabitan agensi-agensi lain dalam membuat keputusan. Oleh itu, pelaksanaan dijangka memakan masa. Malah, pelaksanaan sebahagian besar syor PSC juga memerlukan persetujuan kerajan, selain memerlukan pindaan perlembagaan. Atas asas ini, pihak SPR berpendapat sebahagian besar syor tidak dapat dilaksanakan ketika PRU13.

Realitinya, penubuhan PSC sudah dilihat sebagai helah kerajaan kononya sedia melayani tuntutan BERSIH 3.0. Ini kerana, tidak berlaku suatu perkembangan yang benar-benar positif atas segala PSC yang menyumbangkan kepada pelaksanaan pilihan raya yang adil, bersih dan telus sebagai mana diimpikan banyak pihak.

PRU13 bakal tiba


Walau pun pihak SPR dan kerajaan dominasi Umno hari ini masih liat untuk melakukan penambahbaikan proses pilihan raya, adat undang-undang yang diamalkan pilihan raya tetap diadakan.

Bayangan mandat semasa Kerajaan dominasi Umno dikatakan akan berakhir pada 28 April 2013. Jika Parlimen dibubarkan pada tarikh akhir ini, maka PRU13 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu atau sebelum 28 Jun 2013.

Mungkin tarikh yang tragis boleh dipilih jika pilihan raya hendak diadakan pada tahun hadapan ialah pada 13 Mac 2013 bersamaan 13.3.13 sebagai mengenang persitiwa transisi politik negara yang berlaku pada 13 Mei 1969.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/

43 comments:
Write comments
  1. Melihat kpd 8 parkarah yg dituntut di atas, tiada sebab utk kerajaan BN kata NGo Bersih tu haram. Parkara yg dtuntut tu pulak dlm mana2 agama pun, itulah seruannya. Apa lagi dlm Islam. Itu pun, balaci2 umngok tak nampak ker?

    ReplyDelete
  2. Drp 12 juta pengundi, ada 42 000 org hantu. Malah SPR ndak mau mansuhkan nama hantu2 itu mbah. Dia kata sikit jer. Bukan masalah sikit tapi itu penipuan maknanya betul le SPR tu Suruhanjaya Penipu Rakyat. Dmana yg 42 000 org tu jika diagihkan sikit2 ke kawasan yg dmenangi PR dlm lingkungn 1000 org ke bawah, confirm BN menang 100 % kerusi Parlimen Malaysia dgn cara penipuan. Itu kerja sial SPR.

    ReplyDelete
  3. aku mau tungu komen dr pecacai bn dan musa aman...baru aku tembak dia...kahkah

    ReplyDelete
  4. SPR telah gagal maka sedialah menjawab dipadang masar nanti.

    ReplyDelete
  5. SPR kena pastikan PRU akan berjalan dgn adil dan bersih.

    ReplyDelete
  6. senarai pengundi kena dikemaskini.

    ReplyDelete
  7. Apa2 pun SPR memang perlu bersedia menghadapi PRU13

    ReplyDelete
  8. PSC lebih tahu perkara yang terbaik perlu ada dalam peraturan PRU

    ReplyDelete
  9. Harap SPR akan melaksanakan 8 permintaan daripada Bersih.

    ReplyDelete
  10. Pastikan pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar, bersih dan adil.

    ReplyDelete
  11. Tidak perlulah Pembangkang cuba memutarbelitkan cerita untuk kepentingan peribadi semata-mata.

    ReplyDelete
  12. November appearstobeasuitable time for the general election when important factors, including logistics, will align, political analysts said. By then, the 2013 Budget would have been presented onSept28and haj pilgrims,whostart leaving for Mecca on Sept 17, will be home,” said political analyst Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

    ReplyDelete

  13. An election has never been held in December, January and February for a number of reasons, such as the monsoon and the use of school facilities for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) examinations in November and December.The only November polls had been in 1999, on Nov 29. The only time election had coincided with the haj season was in 1986. Then, the general election was held on Aug 3 while Hari Raya Aidiladha came 13 days later. This year’s Hari Raya Aidiladha is on Oct 26.

    ReplyDelete
  14. According to the Education Ministry website, SPM starts on Nov 5 and ends on Dec 6, meaning it begins as the last haj flight lands and ends around the time of the monsoon.The New Straits Times asked Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, chairman of the Election Commission, if logistically, the election could be held in November.

    ReplyDelete
  15. Najib was accompanied by Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman in the meeting, which combined the Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Beluran and Batu Sapi divisions. Musa is Libaran Umno divisional chief and Sibuga state assemblyman.

    ReplyDelete
  16. Najib said there was no reason why BN could not repeat its success in the next election because it had delivered on its promises and had a transformation plan for the people.Rallying the Umno base, he said: "Umno is strong and ready. The party is now 66 years old, while in Sabah, it has existed for 22 years. Six multiplied by 11 and two multiplied by 11, and 11 multiplied by 5 is 55."

    ReplyDelete
  17. "The party was not formed on the streets or through demonstrations. It was not formed for people who are power crazy or greedy for posts or money. Instead, it was formed out of noble intentions to unite the people," he said. Before the party was formed, Najib said many Malays belonged to different organisations, mostly representing their communal groups, such as the Javanese, Boyans and Bugis.

    ReplyDelete

  18. Najib said they were divided during the British colonial era, whereupon they kept to their own community."When Umno was formed, it united everyone under the party."Umno survived all these years because it hinges on good and noble values as well as principles. It is bigger than any communal group we belong to."History has shown leaders come and go. No one is bigger than the party."

    ReplyDelete

  19. Calling on the people to reaffirm their mandate to the BN government, Musa said the opposition only knew how to make a lot of empty promises."This is what they are good at, making empty promises and inciting the people to get involved in demonstrations or create confusion among the people by spreading lies.

    ReplyDelete
  20. untuk tidak menerima kekalahan pru13 nanti maka alasan salahkan spr telah dicipta awal2 lagi.

    ReplyDelete
  21. SPR ( Suruhanjaya Penipu Rakyat ). Tolong daftar hantu, PTI serta warga asing jadi pengundi sah dan menangkan KERAjaan haramjadah. Bukan alasan nak salahkan SPR tapi itulah hakikatnya. JPN pula yg tolong keluarkan ic warganegara kpd warga asing lalu mereka ini jd warganegara dlm masa singkat. Bukan nak salahkan JPN pulak tapi ini soal kedaulatan negara. Banyak sudah penempatan warga asing yg jadi warga negara segera brselerak dseluruh negara. Lain kali sila brjalan ke seluruh negara, baru bole barcakap mbah...baru nampak kamurang cardikk.

    ReplyDelete
  22. Aku tak sabar lagi nak lontarkan UMNO/BN ke lubang najis kerana menggunakan wang KWSP untuk menyelamatkan saham FELDA yang baru-baru ini Najib pertahankan dengan menyumpah orang yang menentang penyenaraian itu dengan haramjadah! Sekarang HARAMJADAH kau Najib mengizinkan wang rakyat KWSP untuk menyelamatkan saham FELDA!

    ReplyDelete
  23. pecacai unmgok...pr tidak takut pada kekalahan,kerana pr memang sering mengalami kekalahan,cuma yang takut pada kekalahan cuma bn umngok dan pecacainya saja..terutama di sabah ialah musa aman dan kroni2nya...confirm berpindah kerumah baru kalau pr menang..dimana?di penjara sg buloh atau kajang,satu sel dgn mahadet dan nujib...kihkihkih

    ReplyDelete
  24. Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum – memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

    Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik “masalah yang tidak dapat diselesaikan” pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

    Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
    Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

    Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

    Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

    “Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar,” katanya.

    ReplyDelete
  25. hoi SPR; ayam n kucing saya belum daftar lagi!!!

    ReplyDelete
  26. "Penambahan pengundi di Selangor yang cukup tinggi. Mengikut angka terkini hampir 500,000 (lima ratus ribu) pengundi baru berada dalam daftar Suruhanjaya Pilhanraya Malaysia (SPR) dalam tempuh masa empat tahun. Siapa yang melakukaan?. Mungkin manusia yang berwajahkan syaitan melakukan. Betul dan tepat Tun Mahathir bersabda "parti UMNO/BN parti syaitan yang dikenali".

    Tepat keputusan yang dibuat oleh menteri besar Selangor Tan Sri Khalid dan saf pemimpinan Pakatan Rakyat tidak ikut serta dalam membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat. Salah satu alasan ialah SPR gagal membersihkan daftar pengundi Negeri Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara dengan mudah memberi kad pengenalan biru kepada bangsa asing .

    SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia adalah ajen utama dalam perubahan dan penambahan pengundi baru disetiap negeri dan daerah. Inilah kerja jahat dan kerja samseng berwatakkan syaitan yang dikenali didsokong dan disokong sepenuhnya dari kalangan pemimpin UMNO/BN bermula dari perdana menteri dan JKKK.

    ReplyDelete
  27. kalau sudah siap sedia, sudah tiba masanya untuk melaksanakan pilihanraya. semoga PRU dijalankan dengan bersih dan adil.

    ReplyDelete
  28. berkenaan dengan tuntutan ke 7 dan ke 8, macam mana sekali pun usaha dilakukan, jangan harap la boleh dipersetujui oleh pembangkang.. selagi pembangkang gagal merampas kerajaan selagi itu tuntutan ke 7 dan 8 itu tidak akan hilang..

    ReplyDelete
  29. jika pakatan menang sekalipun ada bukti2 bahawa pilihanraya kotor, mereka tetap akan cakap pilihanraya adil dan bersih.. begitulah hipokritnya pembangkang ketika PRU12 lalu..

    ReplyDelete
  30. 'Projek Pengundi Hantu' : Jabar Khan Napi dakwa dirinya diperalatkan

    Tuan Haji Jabar Khan Napi mendakwa dirinya telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Beliau juga dengan jelas menyatakan bahwa mereka telah mencipta satu kelompok grass roots (akar umbi) sehingga mengakibatkan beliau dan rakan-rakannya ditahan dalam tahanan ISA pada tahun 1996-1999.

    Dalam kes ini, Haji Jabar juga mengakui telah dikambing hitamkan oleh pihak-pihak berkenaan. Kesahihan isu ini tidak dinafikan oleh beliau sendiri bilamana saudara Roos Deen, seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah dalam daerah Kota Belud bertanyakan projek yang mereka ciptakan. Apa yang beliau mampu jawab ialah, "Benar! menyesal tiada guna".

    Soalan Cepu Emas!!

    * Siapa yang Haji Jabar maksudkan mereka itu yang memperalatkan beliau sehingga jadi kambing hitam?

    * Siapa mereka grass roots (akar umbi) yang Haji Jabar ciptakan itu?

    * Dan, projek apa yang saudara Ross Deen maksudkan yang Haji Jabar tidak nafikan?

    Bah memang sudah bersedia untuk BN menang selasa macam disabah,amati lah pengakuan dari tuan haji jabar khan napi ini

    ReplyDelete
  31. Tuntutan Bersih adalah tuntutan George Soros.. bukan rakyat di negara ini..

    ReplyDelete
  32. Malaysians residing overseas might be able to vote at the 13th General Election as amendments to the election regulations will be tabled during the current parliament sitting.

    ReplyDelete
  33. Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof that the EC had checked with the Attorney-General and found that there was no need for a constitutional amendment.

    ReplyDelete

  34. “All that is required is an amendment to the election regulation and the forms must state that overseas Malaysians must come back to Malaysia at least once in five years to be eligible to vote,” he said at a press conference.

    ReplyDelete

  35. In the past, the Election Commission is studying the need to amend laws to allow Malaysians overseas to be postal voters.

    ReplyDelete

  36. Its chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said that an amendment, if required, could be presented for Parliament's approval in its next sitting.

    ReplyDelete

  37. He said the EC was also looking into conditions to be imposed on Malaysians overseas.

    ReplyDelete
  38. This include requiring them to return to Malaysia at least once in five years after the date that Parliament was last dissolved.

    ReplyDelete
  39. At present, only full-time students and their spouses based overseas, as well as civil servants and their spouses working abroad, are allowed to apply to be postal voters.

    ReplyDelete

  40. This has led to complaints by those who are not within the category, such as private sector employees working overseas.

    ReplyDelete

  41. So far, about 20,000 have registered to be postal voters, according to the EC.

    ReplyDelete

  42. A Parliamentary Select Committee on electoral reform which presented its report to Parliament in April, among others, recommended that all Malaysians living or working overseas be allowed to vote by post.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.