Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.
"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.
Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA
Tuesday, September 11, 2012
Polis Buru Samseng Kencing Poster Pemimpin PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yg ni ker yg dikatakan oleh Tun M ..syaitan yg baik tuh?
ReplyDeletemereka yang bersikap biadap ini harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteHarap polis akan berusaha menyiasat mereka yang kencing poster pemimpin PR.
ReplyDeleteSemoga samseng yang terlibat dalam perbuatan seperti ini akan bertaubat.
ReplyDeletesepatutnya rakyat M'sia yang terkenal dengan adab dan tatasusila lebih menjaga tingkah laku.
ReplyDeletediharap polis dapat menangkap mereka tu
ReplyDeleteJangan biarkan orang tersebut terlepas.
ReplyDeleteMereka ini patut dikenakan tindakkan undang-undang. Polis perlu adil kepada semua.
ReplyDeleteVeteran Tentera yang buat senaman punggung depan rumah Ambiga tak kena siasatkah? Kalau tidak nanti ada orang buat senaman punggung depan rumah kediaman Najib? Nanti salahkan siapa pula?
ReplyDeleteCuba hitung berapa bulan dah kes ini berlaku...baru sekarang bertindak? Kes gambar Najib dipijak...hanya selang satu malam pelaku terus ditangkap. Kes kencing Bena Nik Aziz dah bebulan lamanya..itupun minta bantuan org ramai..kenapa tak tangkap terus dirumah pelaku? Nasip baik Malaysiakini ada simpanan peristiwa tersebut. Yg Polis tendang, terjang, lempang, rampas kamera peserta bersih tak cari pelakunya ke?
ReplyDeleteTindakan seorang anak muda yg melondehkan seluar dan menonggengkan punggung pd gambar Najib diambil tindakan serta merta, penghinaan terhadap pemimpin2 pembangkang yg dilakukan sejak 2009 mana hasilnya ? PDRM sewajibnya menjadi sebuah institusi yg memelihara keharmonian dan keselamatan rakyat jelata pelbagai kaum namun pihak Polis hanya menjadi orang suruhan penguasa UMNO. Mereka harus menginsafi bahawa mereka bekerja untuk rakyat, mereka menerima gaji dari wang rakyat bukan UMNO bayar gaji mereka
ReplyDeleteperogol [yg sudah didapati n mengaku bersalah] pun boleh bebas, apa lagi minor offence spt ini...lagi pun, bukan ka AG pun ada tali di hidung???
ReplyDeletesemakin menjadi2 samseng ni. bukan saja ada pada pembangkang, dalam BN pun ada.
ReplyDeletesedangkan peliwat dan penyokong tegar LGBT pun boleh terlepas, inikan pula kesalan minor seperti ini..
ReplyDeletebaguslah pihak polis bertindak.. kalau tidak ada tindakan, nanti meroyan pula pemimpin2 pembangkang..
ReplyDelete