Tuesday, September 11, 2012

Wanita Dipaksa Melacur Di Selamatkan

LABUAN: Nasib lima orang wanita warga asing yang dijanjikan bekerja sebagai pelayan restoran mendakwa telah ditipu oleh sebuah agen pekerjaan di sini apabila mereka dipaksa melacurkan diri di sebuah pusat hiburan.

Kes itu terbongkar apabila salah seorang dari wanita berkenaan membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu pada 6 September lalu.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman, berkata berikutan dengan laporan itu polis Labuan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, DSP Lim Nee Kon telah membuat siasatan dan menyerbu sebuah rumah kediaman pekerja pusat hiburan berkenaan.

“Hasil daripada pemeriksaan itu, polis telah menemui seramai 22 orang wanita dimana lima daripada mereka mengakui dipaksa untuk melacur sebelum diselamatkan oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Adzhar berkata, kelima-lima wanita berkenaan telah dihantar ke rumah perlindungan di Kota Kinabalu, manakala selebihnya di siasat.

Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007.

Sementara itu dalam satu kes yang berasingan, polis telah memeriksa seramai 74 lelaki dan 61 wanita di sekitar rumah sewa di Jalan Tenaga dalam satu Operasi Cegah Jenayah di sini pada 7 Sepotember lalu.

Katanya, operasi yang diketuai oleh DSP Douglas Nyeging Taong bersama lapan anggota itu bermula dari jam 3 pagi hingga 7 pagi.

Katanya, hasil daripada pemeriksaan itu, polis telah menahan lima lelaki dan tiga wanita untuk siasatan lanjut selepas kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1957.

Adzhar berkata, operasi sedemikian akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengesan pendatang tanpa izin di Labuan.

Dalam perkembangan lain, Adzhar berkata Polis Wilayah Persekutuan Labuan berazam untuk mendekati dan berinteraksi secara terus dengan masyarakat sebagai usaha ke arah memberikan keyakinan masyarakat mengenai tanggungjawab polis.

Selain itu katanya, usaha ini juga dapat membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah di samping mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh orang ramai.

“Usaha seperti ini membolehkan kami memberi nasihat mengenai langkah langkah keselamatan yang sekaligus boleh mengurangkan kadar jenayah … walaupun kadar jenayah di pulau ini masih terkawal, namun usaha pencegahan perlu diperingkat dari awal dan secara berterusan dari semasa ke semasa,” katanya kepada media selepas mengetuai program High Profile Policing peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Labuan Walk awal pagi kelmarin.

Hadir sama, Timbalannya, DSP Douglas Nyeging Taoung dan beberapa pegawai kanan polis yang lain.

Adzhar yang baru saja mengambil alih jawatan sebagai Ketua Polis Labuan daripada Superitendan Saiman Kasran pada awal September lalu turut menjelaskan akan mengambil pendekatan dengan mengadakan operasi banteras jenayah lebih agresif.

Tindakan itu katanya, adalah bertujuan bagi memastikan Labuan sebagai sebuah bandar yang selamat serta bebas daripada semua kegiatan jenayah.

Katanya, sejak beliau mengambil alih awal bulan ini, polis telah menjalankan pelbagai operasi banteras jenayah termasuk yang terbaru berjaya menyelamatkan beberapa wanita asing yang dipaksa melacurkan diri oleh sebuah agen pekerjaan yang sebelum ini menjanjikan pekerjaan sebagai pelayan restoran.

Pada masa yang sama katanya, pihaknya juga akan menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan rakan media.

Ini kerana katanya, media memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat berguna kepada masyarakat di samping dapat membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar kes jenayah.

-Sabahkini

14 comments:
Write comments
  1. Dimana ? Labuan, Sabah. EEhmmpp. Hidup Sabahan. PATI pob bole banyak dan 'ayam' pon bole tahan. Bagus ler...kekalkan BN/UMNO. Hidup umporno.

    ReplyDelete
  2. sindiket pelacuran makin menjadi, ia kena dibanteras.

    ReplyDelete
  3. Pekerja asing perlulah bijak menilai agen pekerjaan luar negara yang menjanjikan pekerjaan yang bagus serta gaji lumayan.

    ReplyDelete
  4. Harap pihak polis akan berusaha membanteras kegiatan perdagangan manusia.

    ReplyDelete
  5. Human trafficking harus dibanteras dan ditangani dengan bijak

    ReplyDelete
  6. Operasi serbuan perlu kerap untuk kurang masalah perdagangan manusia.

    ReplyDelete
  7. Inilah yang banyak berlaku sekarang ini. Agen menipu warga asing dengan perkerjaan di Negara kita ini.

    ReplyDelete
  8. Pihak bertanggungjawab harus menyiasat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Tak tau ke Labuan adalah 'pulau koboi'; semuanya ada; dari pusat perbankan, sampailah ke pusat urut dan pelacuran. bebas cukai la katakan... tapi pelacur tiada cukai! hahahahha.

    ReplyDelete
  10. GRO terlalu banyak di labuan..harap pihak berkuasa dapat membedung perkara tersebut sebaiknya

    ReplyDelete
  11. ini BN la yg salah! logiut!!!

    ReplyDelete
  12. Kalau kat Selangor tu..jawp nya gegak gempita 1Alam ler gamaknya dek UTUSEX.

    ReplyDelete
  13. Anonymous said...
    September 14, 2012 4:00 PM

    kalau pelacuran di selangor dan PP, Pakatan la yang salah kan?

    ReplyDelete
  14. nasib baik seorang terlepas.. dapat juga buat laporan polis.. kalau tidak, selama2nya jadi pelacur..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.