Monday, October 10, 2011

Rasuah Berleluasa Di Taman Sabah?

LAWATAN mengejut LCF-TSMP yang diadakan oleh Waris Pulau Sibuan pada 9 Oktober 2011 diketuai oleh Timbalan Pengerusi LCF-TSMP, Mohd Noor Imam Jiarah bersama beberapa Waris Pulau Sibuan dalam kawasan Tun Sakaran Marine Park mendapati terdapat kegiatan pelancongan secara haram yang dibuat oleh pihak Taman Sabah ke pulau berkenaan, setelah mendapati lebih dari 10 buah bot Pelancongan yang mendarat di pulau berkenaan dengan muatan setiap bot antara 10 hingga15 orang setiap bot.

Dengan kemasukan pelancong lebih dari 100 orang ke Pulau Sibuan setiap hari tidak termasuk 7 pulau yang lain (Bohey Dulang, Maiga, Sebangkat, Tatagan, Mantabuan, Pulau Gaya dan Selakan) Penyediaan Pos Pendaftaran Pelancong di Pulau itu oleh Taman Sabah, nampaknya memang SAH bahawa kutipan wang dari para pelancong mendapat restu dari pihak pengurusan Taman Sabah sejak beberapa tahun lalu.

Pihak LCF-TSMP yang mendapati Pulau Sibuan diletakkan dalam Zon Merah ‘No Entry’ sebelum ini; tetapi Pengurusan Taman Sabah melanggar sendiri PELAN PEMULIHARAAN yang telah mereka gariskan dengan menguatkuasakan kemasukan peraturan ke Pulau itu kepada Waris dan memberi ruang selesa kepada Pelancong.

LCF-TSMP menganggarkan pungutan setiap seorang pelancong RM50 dari pengusaha pelancongan atau dalam kes Pulau Sibuan RM50 x 100 Pelancong x 30 hari = RM15,000 sebulan dipungut untuk 1 pulau, namun aktiviti yang melanggar peraturan sendiri ini dibenarkan oleh Taman Sabah dengan meletakan Pos pendaftaran di sana.

Dalam Lawatan LCF-TSMP, Timbalan Pengerusinya telah memberi amaran kepada Pegawai Pos Taman Sabah di Pulau itu supaya menghentikan kegiatan mereka mendaftar pelancong dan menghalalkan peraturan yang haram untuk menipu para waris dengan memungut keuntungan dari Hak waris.

Jesteru itu Buku Pendaftaran Pelancong di Pulau itu telah dirampas oleh waris dan diharap Pihak Taman Marin Tun Sakaran dapat menghentikan kegiatan keji dan menipu waris ini berterusan.

Pihak waris juga telah menulis SURAT KETETAPAN (Seperti mana yang dilaporkan dan Sabahkini.net) yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Taman Sabah minggu lalu dan menghantar salinan rasmi kepada Pejabat Daerah Semporna, Pejabat Tanah, Taman Sabah Semporna dan Ibu Pejabat Polis Semporna dua hari lalu, serta menghantar salinan melalui email kepada TYT Negeri Sabah, Menteri Pelancongan, Pembantu Menteri Pelancongan, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sabah dan juga Ketua Menteri Sabah minggu lalu.

-Sabahkini

34 comments:
Write comments
  1. Rasuah ada di mana-mana saja. Bukan saja di Sabah, di Sarawak juga ada, di semenanjung juga ada, di luar negara juga ada.

    ReplyDelete
  2. Pikah berkuasa seharus mengambil tindakan supaya kegiatan haram seprti ini diberhentikan. Hukuman diambil jika ada golongan yang masih mengekalkan aktiviti sebegini.

    ReplyDelete
  3. PErlu disiasat punca-puncanya sebelum mengambil tindakan. Menteri pelancongan seharus mengambil perhatian terhadap aktiviti sebegini, jika boleh, kerja-sama dengan golongan ini supaya menjalankan aktiviti yang mengikuti undang-undang dan golongan ini juga boleh meneruskan perkhidmatan kepada pelancong.

    ReplyDelete
  4. Aktiviti rahsuah memang berleluasan bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh negara. Golongan ini masih giat sebab tiada bukti yang sah untuk membuktikan mereka menjalankan aktiviti yang haram. Pihak berkuasa perlu berusaha lagi supaya aktiviti haram dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  5. "Pihak LCF-TSMP yang mendapati Pulau Sibuan diletakkan dalam Zon Merah ‘No Entry’ sebelum ini; tetapi Pengurusan Taman Sabah melanggar sendiri PELAN PEMULIHARAAN"

    Tindakan perlu diambil segera agar ekosistem laut tidak terancam disebabkan aktiviti sebegini. Keindahan alam semula seharus dipelihara dan ini adalah tanggungjawab semua pihak.

    ReplyDelete
  6. Jangan-jangan pihak berkuasa juga salah satu member dari golongan ini! Walaubagaimanapun, siasatan perlu diambil agar masyarakat tidak membuat jangkaan yang negatif terhadap mana-mana satu pihak.

    ReplyDelete
  7. Benteras Rasuah, pastikan c perasuah dan yang dirasuah sama2 diberkas dan hukuman setimpal dikenakan!

    ReplyDelete
  8. Kesedaran dalam diri masing2 harus ada bagi mengelak daripada berlakunya rasuah.

    ReplyDelete
  9. Siasatan harus dilakukan agar semua yang berlaku dapat dibongkarkan dengan jayanya.

    ReplyDelete
  10. sebaiknya jika siasatan dibuat unuk mengetahui apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  11. sebarang isu yang perlulah diselesaikan agar ianya tidak terus berlarutan..

    ReplyDelete
  12. rasuah harus kita benteras hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete
  13. pihak Pengurus Taman perlu jalankan tanggungjawab dengan amanah. jangan pentingkan keuntungan sendiri.

    ReplyDelete
  14. beberapa pihak bersubahat dalam hal ini untuk kepentingan sendiri. apapun, perlu siasat perkara ini dengan lebih teliti.

    ReplyDelete
  15. Aktiviti rasuah perlu dipantau selalu, tindakan perlu diambil terhadap mereka yang tersabit, perasuah dan yang dirasuah perlu juga diambil tindakan.

    ReplyDelete
  16. Ikan kecil perlu ditangkap, malah, ikan besar di luar sana juga perlu ditangkap. Kami mengharapkan "zero rasuah"..

    ReplyDelete
  17. Siasat sebelum tindakan diambil.

    ReplyDelete
  18. Semua aktiviti rasuah seharus diambil tindakan, rasuah besar and kecil juga perlu diambik tindakan. Rasuah berkeupayaan meruntuhkan sebuah negeri maupun negara. Ini merupakan kes yang amat serius.

    ReplyDelete
  19. Kerajaan seharus mengharamkan semua aktiviti rasuah pihak Taman Sabah, mencari kaedah supaya golongan ini mencari pendapatan melalui saluran yang betul dari sisi undang-undang.

    ReplyDelete
  20. Mana2 pun rasuah dan ia bukan senang untuk diatasi.

    ReplyDelete
  21. Kalau orang atasan tidak main rasuah, yang di bawah pun tidak juga ikut.

    ReplyDelete
  22. Aik?? Ini pulau milik Waris Pulau Sibuan ka??? macam mana dia boleh mewarisinya??? Taman2 Sabah di bawah kej negeri, biarla kej negeri dapat duit utk rakyat. apa punya pewaris...

    ReplyDelete
  23. harus siasat perkara ini sama ada betul atau tidak...
    jangan buat tuduhan tanpa bukti yang kukuh..

    ReplyDelete
  24. kira ok la tu dia bawa pelancong ke Pulau Sibuan, membantu mempromosikan pulau Sibuan..

    ReplyDelete
  25. diharapkan perkara ini disiasat dengan segera..nnti jd isu panas lagi...

    ReplyDelete
  26. Bah apa lagi kalau cukup bukti terus pergi buat laporan sana SPRM. Jangan cakap saja tidak ada guna kalau cakap tapi tidak ada bukti.

    ReplyDelete
  27. Rasuahlah boleh menghancurkan ekonomi kita. Percayalah.. Selagi ada rasuah maka negara kita akan terus jatuh prestasinya.

    ReplyDelete
  28. Kalaulah SPRM betul-betul dan bersungguh-sungguh menangani rasuah, rasanya tidak mustahil rasuah tidak lagi berleluasa. Ini semua dari semangat dan kesungguhan SPRM sendiri melaksanakannya.

    ReplyDelete
  29. Saya hairan juga kenapa tiba-tiba boleh timbul Waris-waris ni.. hhmm...

    ReplyDelete
  30. Tapi takpalah, yang penting hal ini harus disiasat dan kebenaran didedahkan. Jangan dibiarkan saja.

    ReplyDelete
  31. Isu rasuah harus ditanggani dengan bijak kerana rasuah mampu menjahanamkan ekonomi kita. Macam yang si karmala cakap selagi ada rasuah maka negara kita akan terus jatuh prestasinya.

    ReplyDelete
  32. So tindakan tegas perlu dilakukan jika dakwaan yang dibuat ini betul.

    ReplyDelete
  33. Semoga kementerian pelancongan dapat campur tangan dalam hal ini dan menyelesaikan masalah yang timbul.

    ReplyDelete
  34. kesedaran sivik megenai hal ini adalah penting selain hormat pada etika pekerjaan masing2..seberat mana tindakan yang diambil pun tiada guna sekiranya xda kesedaran dari diri sendiri kerana rasuah berlaku dalam hidup mana2 manusia di muka bumi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.