Friday, June 22, 2012

Airasia Nafi Anjur Judi Loteri

"Kami mendapat tahu bahawa orang ramai dan penumpang kami telah menerima emel yang menjemput mereka mengambil bahagian dalam program loteri atau program Baucar Membeli-belah 1Malaysia yang didakwa dianjurkan oleh AirAsia," kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan.

Program loteri itu datang daripada satu entiti yang memanggil dirinya "AirAsia (Ibu pejabat serantau Asia-Pasifik) dengan alamat Tingkat bawah, Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Jalan Lapangan Terbang Lama, Tanjung Aru Sabah, katanya.

Entiti itu membuat dakwaan palsu bahawa ia menganjurkan "Program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia 2012" dengan hadiah tunai US$130,000 bagi pihak AirAsia.

Program Baucar Membeli-belah 1Malaysia itu pula menawarkan baucar AirAsia bernilai RM5,000 dan memujuk penumpang untuk memberikan butiran peribadi mereka.

AirAsia menafikan penganjuran apa-apa program dan ia tidak memberi tanggungjawab kepada mana-mana syarikat, organisasi dan syarikat perjudian untuk menganjurkan apa-apa program loteri atau baucar bagi pihaknya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ia telah membuat laporan polis dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak lama lagi tentang perkara itu. (Bernama)

5 comments:
Write comments
  1. Duit cukai kaut banyak2.....LCCT sesak macam (*&^%$#...tambah gerai sana sini...kerusi tak cukup.....kalau bawak baby nak dapat air panas pon susah nak bancuh susu.....makanan mahal macam UMNO....

    ReplyDelete
  2. Mmg tambang nya murah, tp byk benda kenak charge... nya ambik untung kt sia.... pandei juak air asia tok... even booking seat pun kenak charge RM10...

    ReplyDelete
  3. Hehe.. kalau nak tipu pun.. tengokler saper.. ni Tony Fernandes nak ditipu.. cuba tipu ahli UMNO dgn buat tawaran palsu.. yg dicop diatas letterhead. 'Tawaran Palsu' terang dan jelas.. tapi kerana UMNO.. pasti ada yg akan ditipu....

    ReplyDelete
  4. Kawasasn bebas cukai, siapa yg dapat lesen??/ tidalk lain dan tidak bukan, mereka adalah UMNO..Oreang UMNO beragama islam menjuak arak di kawasan bebas cukai..... halal ker atau haram????

    ReplyDelete
  5. Mereka berani memperdaya penumpang ( bukan tipu cuma prdaya ) dgn declare harga murah sebab kerajaan BN kan baik dgn kaum pemodal / kapitalis bukan dgn rakyat. Contoh ke KK RM49.00 jer. Tapi tak bole duduk kalu tak beli 'seat' dan 'no. seat'. Sepatutnya kalu tambang tu dan tentu utk seat dan nombor sekali ler. Apa kejadah nya pulak kena beli lain harga. Kita beli tambang tentu nak naik dan kalu naik tentu nak duduk. Bahalol punya meniaga. Kan jelas memperdaya penumpang. Bagasi pulak lain harga dan sedikit masa dulu saya rasa free jer semua tu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.