Saturday, June 2, 2012

Keras Hati? TG Nik Aziz Jawab Harussani

“Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.

Nik Aziz yang ‘naik angin’ dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.

“Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.

“Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. -hm

1 comment:
Write comments
  1. Mfti Perak Tan sri Harussani, jk beliau ulama yg bersih dn mmperjuangkn islam didalm kerajaan UMNO/BN dia perlu lntang menegur dan mmprbetulkn kesalahan bnyk pemimpin UMNO/BN trmasuk perbuatan mereka hnya asyik mmbuat fitnah,mgaibkan org dn mgeliruhn umat islam. Kita rkyat biasa boleh mmprsoalkan aqidah dan pndiriannya didalm kerajaan bnyk bersekongkol dalam perbuatn fitnah dn rasuah srta salah gunakuasa selain pemimpin UMNO/BN bnyk yg terlibat dg SKANDAL permpuan. Apa pndpt Tan sri Harussani dg perhimpunn BELIA UMNO tp ada K-POP dwarnai dg hiburn luar negara berbnding HIMPUNN HIJAU anjuran PAS tnpa hiburn tetapi dg ceramah agama dn sholat hajat mana yg Harussani perlu sokong?....Shafie apdal dan Shamsudin masing2 dg prmpuan gundik simpanan yg mghabiskn wang rakyat dblnjakn untk prmpuan tnpa ambil tahu kemiskinn rakyat?...Najib trlibt dg kes pmbunuhan altantuyah?....Musa aman bnyk kes salahgunakuasa?...Apa sudhnya tindkn pd taygn Video lucah?....apa tindkn trhadp shaiful sumpah laknat?....Apa tindakn pd Gani patail?...apa tindakn pd Musa hasan angkat tilam pemalsuan tuduhan?..Apa Tindkan pd Dr Mahathir salah gunakuasa katanya Datuk seri Anwar tidak bersalah?.....Apa tindkn pd rahim nor mata lebam Anwar?....masihkah Tan sri Harussani sggup bersekongkol dg mnjual agamanya kpd kepala BABI perosak negara dn agama?.......Knapa Datuk seri Najib TAKUT DEBAT dg Datuk seri Anwar Ibrahim?.......apa pndapt Org yg sokong UMNO/BN mmbabi buta dalam hal ini semua?.....Apa msaalah penyokong UMNO/BN tak dapt fikirkn semua ini? dulu sy tertipu jd pnyokong kuat UMNO/BN!!! ISTGFAR BNYK2 YG MMASIH SOKONG UMNO/BN KIAMAT BELUM DATANG MGAMBIL NYAWA KELIAN YG TRLMBAT. Jk ada yg prlu dkgsi tglkn mesj atau hubungi no 01114114364

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.