Saturday, June 9, 2012

Pakatan akan tambah RM24b untuk kebajikan

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi gambaran kasar ke atas usaha yang akan dijalankan Pakatan Rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya umum akan datang, termasuk menambah RM24 bilion untuk kebajikan rakyat.

Katanya, tindakan itu antara lainnya memerlukan kerajaan menurunkan kadar hutang dengan mengurangkan pembaziran, yang dijangka memberi penjimatan sehingga RM37 bilion.

Beliau antara lain menggariskan sasaran:

  1. Mengurangkan pembaziran – RM28 bilion
  2. Mengurangkan bajet Jabatan Perdana Menteri – RM4 bilion
  3. Menyalurkan pendapatan permit AP kepada perbendaharaan – RM1.9 bilion
  4. Penjimatan subsidi untuk penjana tenaga bebas (IPP) – RM3.1 bilion
Katanya, jumlah itu bukan ditambah-tambah, tetapi boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti pendidikan dan kesihatan umum, katanya dalam satu program dialog bersama 1,000 orang golongan usahawan dan profesional di Petaling Jaya hari ini.

-MK

2 comments:
Write comments
  1. Cukuplah 55 tahun BN memerintah..
    BN upama jentera BURUK yg dah terlalu banyak rosak.. kos baikpulih terlalu tinggi..repair .. rosak.. repair rosak.. kos terlalu tinggi..

    Tukar kereta baru.. lebih baik..

    Marilah sama sama kita membentuk sebuah MALAYSIA YANG BARU..

    ReplyDelete
  2. Yes..DSAI..u are excellent in economic.
    MENGAPA SINGAPURA LEBIH KAYA DARI M'SIA?
    MENGAPA M'SIA TAMBAH MISKIN DARI S'PURA?
    MENGAPA..MENGAPA..MENGAPA..
    Sbbnya..
    Mereka tahu harga brg keperluan bukan selamanya ditahap sama.
    Mereka tahu sistem kapitalis akan membebankan rakyat tp mereka terpaksa akur kerana itu order dunia..
    Tp mereka bijak..kerana S'pura sejak 30 tahun terdahulu mula meningkatkan nilai matawang mereka..Klu dulu nilai matawang mereka dgn m'sia sama tp sekarang nilai matawang mereka 2.4 kali ganda tinggi.
    Jadinya walaupun harga produk meningkat tapi mereka membeli dengan harga yg serupa dulu kerana nilai matawang mereka.
    Tapi di M'sia nilai matawang kita terus merudum berbanding S'pura..kerana apa? Kerana nilai matawang kita terlampau banyak ketirisan..HASIL PERBUATAN LANUN-LANUN yg mengaku memperjuangkan rakyat!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.