Pakatan Rakyat yakin semakin dekat ke Putrajaya apabila mendakwa sudah  selamat di 105 daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan  raya umum ke-13.
Jumlah yang dianggap selamat itu hanya kurang enam kerusi untuk menewaskan BN dengan majoriti mudah."Saya  rasa kalau dengan momentum ini, lepas soal PTPTN (Perbadanan Tabung  Pendidikan Tinggi Nasional) ... kesilapan Datuk Seri Khaled (Nordin)  tarik balik pinjaman, kita boleh lepas majoriti mudah.
"(Jumlah)  105 itu adalah perkiraan dan bacaan kita buat beberapa bulan lepas dan  dalam masa sebulan ini lebih banyak sebenarnya isu yang berpihak kepada  Pakatan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual saluran  atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi.
Beliau  juga berkata, untuk 105 kerusi Parlimen tidak menjadi masalah dan PKR  sememangnya membuat perkiraan dengan teliti mengenai perkara ini.
Pakatan sekarang mempunyai penguasaan 75 kerusi dalam parlimen berbanding BN sebanyak 137 dan bebas 10 kerusi.
"Katakanlah  ada lima hingga enam kerusi yang boleh bertukar tangan sebab menang  tipis dahulu... tolak kerusi yang mungkin akan bertukar tangan, campur  kerusi yang mungkin akan dapat balik. Jadi tak sukar untuk pertahankan  80 hingga 85 kerusi di Semananjung kecuali Johor," jelasnya.Menurut  Rafizi lagi, tiga negeri utama yang menjadi tunggak kemenangan BN iaitu  Johor, Sabah dan Sarawak juga mempunyai peluang untuk Pakatan peroleh  separuh daripada kerusi yang ada.
"Katakanlah kita menang  sembilan (kerusi Parlimen) daripada Johor... sembilan Sarawak... dan  Sabah lima. Ini semua bahaya dan akan jatuh ke tangan Pakatan.
"Ada  ura-ura di Sabah ada gelombang tokoh politik tempatan mahu berpisah  daripada BN. Kalau itu berlaku, paling kurang (Pakatan dapat) 110  (kerusi).
"Ini semua jumlah paling konservatif. Paling minima  untuk Pakatan. Kita tak boleh lari daripada angka ini semua. Untuk dapat  100 hingga 105 kerusi Parlimen tidak mustahil. Soalnya sekarang, macam  mana nak dapat 10 lagi kerusi untuk majoriti mudah.
"Kalau mereka panggil minggu depan (pilihan raya) kita lebih daripada bersedia," katanya lagi.
Sebelah kaki di S'gor, sebelah di T'ganu
Pengarah  Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding pada  pilihan raya umum akan datang tetapi belum menetapkan lagi kawasannya.
"Kalau  ikut saya, saya berminat untuk tidak bertanding dan teruskan dengan  kehidupan saya. Itu kebenarannya. Saya tidak pernah ada rancangan untuk  jadi ahli politik begini."Harapan untuk bertanding ada disampaikan dan saya tak boleh lari," kata Rafizi ketika ditemubual di saluran atas atas Radio Bangsar Utama malam tadi.
Beliau bagaimanapun berkata, perlu menunggu keputusan parti.
"(Sama  ada) Terengganu, saya tak boleh kata. Itu keputusan parti. Tapi kalau  saudara tengok dekat mana saya dok buat ceramah, saya rasa anda boleh  tahu.
"Ia boleh jadi di Selangor atau Terengganu. Sebelah kaki di Selangor sebelah lagi di Terengganu.
"Itu saya perlu tunggu arahan dan keputusan parti. Tapi saya akan bertanding untuk pilihan raya akan datang," katanya lagi.
-MK
Tuesday, June 12, 2012
Pakatan yakin menang di 105 kerusi Parlimen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 




hahahaha biarkan si luncai terjun dgn labu2nya.cerita begini selalu diwar2kan sblom pilihanraya.syok sendiri la lu
ReplyDeletesaya amat berharap saudara Rafizi akan masuk bertanding PRU13 nanti dan insallah saudara pasti akan menang.
ReplyDeletepencacai umngok / BN memang telahlama diulit mimpi indah BN. Tak boleh terima hakikat perubahan. Tiada istilah HIJRAH dlm jatidiri mereka. Tau tak apa dia RM250 juta ? Tau ke apa dia RM589 juta ? Apa jadi dgn saham krjaan dlm felda yg dijual hingga 60 % pegangan kpd 'org lain' Kenapa ? Kes lampau, PERWAJA, bagaimana kesudahannya. Sudah la pencacai umngok, kalu nak hurai 7 hari 7 malam tak habis tapi yg 'best'nya.. ANWAR IBRAHIM juga dicerca bg kes yg telah dibuang oleh Mahkmah sendiri. Itulah menunjukkan dangkalnya melayu dlm brpolitik dibandingkan dgn rakyat negara2 jiran kita yg kita kata dtinggal ke blkang dlm arus pembangunan negara.
ReplyDeletePR jangan terlalu yakin, bertanding la dulu baru cakap besar.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteJune 13, 2012 11:41 AM, aper pun U menyalak kat sini. I reply "whatever"
jgn terlalu yakin, kita tgk pakatan berjaya atau tidak.
ReplyDeleteRamalan dan andaian hanya untuk menyenangkan hati tapi realitinya nanti mengecewakan.apapun, usaha selagi ada masa:)
ReplyDeleteDakwaan ada pemimpin BN keluar parti tu hanya khabar angin.
ReplyDeleteJangan over confident sangat.
ReplyDeleteSPR kena pastikan pilihan raya kali ini bebas daripada pengundi hantu dan manipulasi.
ReplyDeleteBiasa kalu pemimpin BN nak keluar parti dn masuk pembangkang memang susah sebab banyak fail rasuah menanti anda..keluar la kalu ada berani..yg masuk pembangkang ni hanya mereka yg otak cerdik jer..itu kata bekas PM kita bukan kata saya.
ReplyDeleteBaik kita tunggulah dan lihat sama ada Pakatan Rakyat mampu mendapat mandat daripada mahoriti pengundi pada PRU-13.
ReplyDeleteRasanya BN juga yakin mereka akan terus mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia pada PRU-13 nanti, kita tengoklah siapa yang mendapat lebih banyak undian.
ReplyDeleteMenang atau kalah nanti itu memang adat satu pertandingan nanti.
ReplyDeleteKeyakinan sahaja tidak mencukupi, harus ada usaha untuk memenangi kerusi itu.
ReplyDeleteRakyat yang akan menentukan menang dan kalah sesebauh parti itu.
ReplyDeletePastikan tidak ada penyelewengan yang berlaku sepanjang pilihanraya diadakan.
ReplyDeletebegitulah halnya pembangkang di negara ini.. suka sangat mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. tapi bila mereka kalah, liat pula mengaku kesilapan..
ReplyDeletekalau tanya dengan saya, saya akan cakap BN akan terus memerintah selepas PRU13 termasuk berjaya merampas negeri2 yang ditadbir oleh Pakatan hari ini..
ReplyDeleteThe Umno President said the crisis signified that the conflict among party leaders was becoming increasingly serious.
ReplyDelete"It looks like there's a serious split in the Selangor PKR leadership. Otherwise we won't hear of people resigning suddenly. I believe people can weigh the situation for themselves.
ReplyDelete"A party which is capable of providing a solid and stable administration would inspire confidence within the country and abroad," he told reporters after chairing the Umno Supreme Council meeting at the Putra World Trade Centre.
ReplyDeleteAsked if the crisis was due to problems faced by certain individuals within PKR's leadership, Najib responded that," It’s up to each person to reach their own conclusion but it looks like the conflict is becoming serious."
ReplyDeleteOn whether the situation would give Barisan Nasional (BN) the advantage to regain Selangor, he said BN was constantly working to succeed nationwide.
ReplyDelete"As a party, we need to display our advantages as to why the people should select us. We need to display them until they are confident BN is the best choice.
ReplyDelete"What's important is that we will continue to work, to ensure a strong and solid government, able to achieve the transformation which is proceeding well," he concluded.
ReplyDeleteGua Musang member of parliament Tengku Razaleigh Hamzah has called on the people to give a big victory to the Barisan Nasional (BN) in the upcoming 13th general election and enable it to continue its development agenda for the country.
ReplyDelete"The decision is in the hands of the people and I believe they will favour the present government," he said while opening Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh 3 Parent-Teachers Association's annual general meeting here on Friday.
ReplyDeleteTengku Razaleigh, who is also Gua Musang Umno chairman, said the Gua Musang constituency had enjoyed much development including new schools through the government's commitment to bring progress to the people.
ReplyDelete