Adakah penipuan besar-besaran akan dilakukan dalam pilihan raya umum sehingga pemimpin Umno berulang kali menuduh Pakatan Rakyat akan berdemonstrasi jika tewas, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"(Timbala Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ulang semula tuduhan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan mendakwa Pakatan akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.
"Kenapa? Adakah penipuan besar-besaran sedang dirancang dan akan dilakukan dalam pilihan raya akan datang sehingga kerap sangat memberikan isyarat awal PR akan kalah," soal beliau.
Muhyiddin ketika melancarkan jentera Barisan Nasional Kuala Lumpur semalam, menyetujui pandangan Dr Mahathir yang menuduh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu merupakan pemula kepada kekacauan pilihan raya.
Bagi Mohamad, beliau sudah menjawab tuduhan itu dalam ucapannya semasa Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar Jumaat lalu.
Dalam ucapannya itu, beliau mengulangi penegasan bahawa PAS memilih demokrasi untuk ke Putrajaya.
Malah, katanya lagi dalam ucapan itu, walaupun penindasan demi penindasan dihadapi, PAS tetap menjunjung demokrasi dengan berceramah, memberi kuliah, menyebarkan risalah, berforum dan mencetak akhbar.
PAS, katanya lagi, terus komited dengan demokrasi walaupun ahli-ahlinya dipenjara dan dibunuh.
Hadirin yang hadir dalam himpunan itu melaung tanda setuju apabila Mohamad berkata kerajaanlah yang memaksa rakyat keluar ke jalan raya.
"Rakyat keluar ke jalan raya adalah pilihan pemerintah. Pemerintahlah yang selalunya memaksa rakyat keluar ke jalan raya.
"Mereka menipu dalam pilihan raya, mereka tipu daftar pemilih.
"Kalau ini kerajaan lakukan bererti kerajaan Barisan Nasional mengundang rakyat ke jalan raya," kata Mohamad dan disambut dengan gemuruh oleh ratusan ribu yang hadir dalam himpunan itu.
-HD
Monday, June 4, 2012
Penipuan besar-besaran dalam PRU-13?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebelum pas kalah teruk dlm pru 13 mereka dah sediakan alasan tersebut terlebih dahulu.jangan mimpi lah pas nak memerintah,baru brapa kerusi sj.
ReplyDeletesy buka business membekal COFFIN khas utk UMNgOk, 10 tempahan pertama FREE!!!
ReplyDeletesebenarnya tahun 2008 lagi Pakatan Rakyat dah berjaya kuasai Putrajaya. Hanya kerana talian hayat BN pd SPR dan JPN shj yg menyelamatkan maruah mereka dr tercalar ( memang dah calar pun ). SPR boleh ujudkan pengundi hantu dan pengundi warga asing hanya dgn IC yg dikeluarkan oleh JPN. Di TGanu dah ada kampung orang Nyammar sekarang setelah dpt IC palsu dan berjaya brsekongkol utk tmbangkan PAS yg naik tahun 2004.Skarang di Selangor tlh ujud hampir ratusan ribu pengundi warga asing yg diberi IC palsu oleh JPN utk didaftarkan oleh SPR sebg pengundi. Belum lg undi pos dimana sewaktu saya di Kem Sg Ara, Penang awal 90an, seorg kopral saja diarah mengundi satu kotak besar undi pos utk BN. Itu baru satu Parlimen jer. Fakta jelas..melayu bodo utk brfikir sebab mereka rasa AMAN nyer Malaysia dek ulik mimpi UMNO..didepan mata pemimpin mncuri harta negara,undang2 yg ada tidak menyakinkan rakyat,ulama' dihina tapi perompak/lanun negara bebas keliaran dn banyak lagi kebejatan berlaku.
ReplyDeletesemuanya alasan bagi org yg tak menerima kekalahan.semuanya ajaran si jubur tu yg pakar putar belit n pakar klentong.nama parti pun Party Klentong Rakyat.kita tungu dan lihat pru 13 nanti siapa yg tersungkur.selamatkan malaysia dari diperintah oleh org yg rendah moralnya
ReplyDeleteIni Kali Lah ayo kita tukar ini BN(Barang Naik)di PRU 13,Parti tua otak dah kecut dan fikiran sempit.Undi asal bukan BN/UMNO.
ReplyDeletepencacai umno nampak dungu dn tak pandai brhujah sebenarnye. DSAI nak turun hrga minyak , hapus tol itu yg di cerca. Pelik sungguh melayu, tak pandai brpolitik dan asyik diulit mimpi indh oleh umgnok/BN. Kita berdebat beri pendapat..diA BRDEBAT hanya kata org klentong..apa dia klentong tu ntah lah. Bnayak lg janji kesejahteraan rakyat dihulur...cuba dulu baru tau..ini awai2 dah kata klentong...eh eh eh bodoh sungguh melayu skrang..
ReplyDelete