Saturday, June 9, 2012

PM : Kerajaan Sentiasa Buat Perubahan Untuk Golongan Muda

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan dari masa ke masa bagi memenuhi aspirasi dan tuntutan golongan muda di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata seseorang anggota kerajaan ataupun ahli politik itu tidak boleh kaku dan beku dengan cara dia melaksanakan tugas, tetapi mesti berani membuat perubahan dan adaptasi kepada keadaan semasa.

Katanya, sebagai Perdana Menteri, beliau juga sedar bahawa golongan muda di negara mahukan supaya kerajaan menyediakan peluang-peluang untuk mereka berkembang dan membentuk masa depan yang lebih baik.

"Golongan muda ini mereka hendak supaya kerajaan negara ini dapat menyediakan peluang untuk mereka, dalam bidang pendidikan, kemahiran, keusahawanan, kreativiti dan sebagainya, supaya bila mereka dewasa nanti, hari esok adalah lebih baik dari hari ini," katanya pada majlis "Twitter Meet Up" sempena sesi 'TanyaNajib' di perkarangan Stadium Bukit Jalil di sini, Sabtu.

Najib hadir bersama anaknya Norashman Razak. Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu.

Najib berkata, rakyat di Malaysia merupakan antara masyarakat dunia yang paling aktif dalam media social. Justeru, kerajaan mesti juga ikut rentak wahana golongan muda dengan menguna pakai media sosial untuk mendekati golongan ini.

Katanya, untuk memahami golongan muda dengan lebih baik, beliau juga mempelajari lingo golongan ini khasnya singkatan seperti 'lol' (laugh out loud), 'tgif' (thank god it's friday) , 'omg' (oh my god) dan 'fyi'(for your information).

"Yang penting, kita faham golongan muda dan kita tahu apa yang patut kita lakukan untuk mengisi aspirasi dan kehendak golongan muda di negara ini.

"Saya berharap golongan muda akan lihat bahawa BN ialah kerajaan untuk orang muda," katanya dan menambah bahawa beliau merasa bertuah kerana dapat bersemuka dengan golongan muda yang selama ini hanya berinteraksi dengannya menerusi laman twitter.

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga menjawab beberapa soalan yang dikemukakan kepada beliau melalui akaun Twitternya.

Menjawab soalan mengenai program transformasi untuk golongan muda, Najib berkata kerajaan akan terus mewujudkan pergerakan sosial untuk golongan muda melalui pendidikan dan peluang untuk mereka berkecimpung dan cemerlang dalam kerjaya.

Mengenai idola beliau, Perdana Menteri memberitahu idola tersebut merupakan Allahyarham ayahnya, yang juga Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein kerana katanya, ayahnya telah mengorbankan segala-galanya termasuk nyawa beliau sendiri untuk negara.

Beliau juga ditanya mengenai negara yang bakal menjuarai Euro2010 yang mana beliau meramalkan Sepanyol sebagai juara.Najib juga berkongsi cara beliau kekal bertenaga dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Katanya, beliau mengekalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman di gim tiga hingga empat hari seminggu selama sejam setiap kali.

Terdahulu, beliau turut mengunjungi gerai dan menyertai beberapa permainan iaitu bola keraanjang dan bola sepak bersama pengunjung acara itu. - BERNAMA

4 comments:
Write comments
  1. bukan pendekatan baru yg anak muda mahukan. rakyat mahukan pentadbiran yang telus, bebas rasuah, open policy, dan pemimpin yang berkemampuan membawa negara kearah negara maju. sebuah kerajaan yang memberi bukannya satu kerajaan yang merampas!!!

    ReplyDelete
  2. kami mahu pemimpin yang telus dan tak korup ... contohnya macam ahmadinejad ... kereta buruk , rumah buruk dan suke mendekati rakyat , gaji die pun die rak ambik ... kami mahukan sebuah kerajaan islam terbina di malaysia ni , bukannya islam sekadar doa pada perasmian majlis ... bagi aku remaja sekarang ni tak perlukan pemimpin yang tahu perkataan LOL dan menyokong pasukan bolasepak ...

    ReplyDelete
  3. Pada 16hb Jun Najib dijadualkan melawat Keningau jadi kita minta Najib dibawa naik kereta melalui jalanraya Kimanis Keningau supaya Najib sendiri dapat melihat JALNRAYA MAUT Kimanis Keningau itu barulah dapat peruntukan serta merta membaiki jalanraya maut itu. Apa macam Datuk Sairin Karno setuju tak dengan cadangan saya ini.

    ReplyDelete
  4. seruju dgn syor di atas. Tapi masalahnya boleh kah pencacai umno terima hakikat PM haramjadah mereka dimalukan. DS Anwar dimalukan malah brkali2 di aibkan tak per, jadi Tok Jib dah la weehh..marah umno nanti dia kata tak kenang budi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.