Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata artis tempatan perlu diberi keutamaan untuk membuat persembahan peringkat kebangsaan seperti ketika sambutan Hari Belia Negara 2012.
Katanya, artis dan seniman itu perlu diberi keutamaan, selaras dengan slogan untuk mendahulukan rakyat seperti yang diuar-uarkan kerajaan.
"Kalau kita buat hari belia antarabangsa, mungkin wajarlah kita menjemput artis luar negara buat persembahan.
"Kalau hendak beri peluang kepada artis luar negara biarlah berpada-pada. Kalau ada peluang, dahulukan artis tempatan," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau juga percaya ekonomi tempatan akan tumbuh dengan lebih rancak jika wang sebanyak itu kekal di dalam luar negara dan dibayar kepada artis tempatan.
Malah, katanya lagi, wang sebanyak itu juga akan membolehkan lebih ramai artis tempatan membuat persembahan pada sambutan berkenaan.
Katanya, artis tempatan perlu diutamakan, tidak kira jika bayaran itu dibuat oleh penaja atau kerajaan.
Pelakon muda itu turut menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan menunjukkan sikap anti-artis luar negara.
"Saya selaku Presiden SENIMAN, yang merupakan kumpulan pendesak untuk memperjuangkan artis tempatan, perlu bersuara kerana artis lain takut akan digam jika mereka bercakap (tentang perkara ini)," katanya.
Beliau mengulas isu berhubung kos sehingga AS$300,000 (RM900,000) untuk membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) untuk membuat persembahan di sambutan tersebut.
Jumlah tersebut dinyatakan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed, susulan dakwaan bahawa persembahan kumpulan K-pop tersebut dibayar dengan harga tinggi berbanding artis tempatan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini turut menyatakan bahawa kos yang ditanggung penganjur, Stadium First Sdn Bhd untuk membawa kumpulan tersebut - Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja.Malaysiakini sedang mendapatkan penjelasan Shabery berhubung perincian sebenar mengenai jumlah bayaran kepada artis K-pop dan artis tempatan yang membuat persembahan di program anjuran kementerian itu. -MK
Apa boleh buat Zed UMNO suka yang porno-porno jadi kena ambil artis korea yang macam pakai seluar dalam saja supaya terliur menteri-menteri UMNO.
ReplyDeletekita harus sedar bahwa FAKTAnye ialah..kjaan suka rakyat trhibur dgn kelalaian,mabuk dunia agar senang pemimpin kebas harta negara. Kena tahu juga jika sesiapa ingin jadi ustaz utk sedarkan masyarakat, ustaz itu kena tangkap. Contoh jelas depan mata, malah pencacai UMngok yg ketara caci ulama' lebih drp menteri tu sndri.
ReplyDeleteartis sendiri x cukup bagus @ lebih suka pengaliran keluar RM???
ReplyDeleteSebelum program Himpunan 1 Juta Belia di Putrajaya tu..Ketua Setiusaha
ReplyDelete( KSU) Kementerian Belia Dn Sukan( KBS) kata akan ada himpunan sejuta belia dgn mengimport 2 kump rock hebat dr Korea dimana penampilan mereka sebenarnya menggambarkan kemajuan negara mereka yg dicapai. Dgn harapan negara kita bole belajar dan meniru konsep yg digunapakai oleh Korea dlm memajukan negara. Mana konsepnya ? Malah kalu ada pun, budaya kita dgn budaya masyarakat Korea & Jepun memang jauh bezanya. Nilai kemajuan mungkin ada tapi tahukah masyarakt kita menilai dimana letaknya kemajuan dlm muzik mereka tu ? Adakah terletak pada hurufnya kah atau kerisnya kah ? UMNgok kalah 3-0..