Saturday, June 2, 2012

SPRM Pula Diminta Kenakan Anwar?

Pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.

Raja Petra seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.

Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja. Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribuu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.

Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononnya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib.

Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.

Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan. Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat sesuatu menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?

Menurut laporan Panel Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.

Menurut pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu? Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.

Saya tertarik dengan penjelasan SPRM itu sesuatu kes jenayah (rasuah) tidak ada tarikh lupus. Ini bermakna kalau selepas ini kerajaan UBN tumbang kerajaan baru boleh mengarahkan polis, SPRM dan peguam negara membuka semula segala macam kes yang dilipat di bawah karpet sebelum ini.

Kenyatan Mustafar itu seakan siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar apabila Anwar menolak luapan nalurinya?

Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar atau membuka segala macam kasus membabitkan Anwar dan para pemimpin PKR lain. Kita kena faham kedudukan UBN kini yang makin mendesak dan sudah berjalan atas bara api.

Logiknya sekira dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Sang pemberi fail itu adalah orang pertamah yang pecah amanah dan menyalahgunaan kuasa. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.

Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah UBN dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya. Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti.

-http://msomelayu.blogspot.com/

2 comments:
Write comments
  1. hebatnye ujian Allah kpd insan bernama Anwar Ibrahim..masya allah. Klu kita tengok sejarah lampau baik zaman nabi Muhammad..kpd zaman Khalifah dan zaman mazhab hanafi,maliki, hanbali dan syafie, mereka semua dipenjara kerana tidak bercakap spt kehendak pemimpin. Jadi berbalik pd isu DSAI ini, perkara pokok adalah beliau cuba menghalang kebejatan pemimpin negara dan cuba membela hak rakyat..lantas beliau bukan shj difitnah malah cubaan dibunuh melalui racun arsenik. Yg pelik, ramai juga melayu dangkal yg mengiyakan fitnah trsbut tnpa brpaksi pd undang2 Islam yg Tuhan gariskan. Sebab itu UMNO bole hidup lama di Malysia, hasil kedunguan Melayu itu sendiri. Kalu di Jepun, sudah lama terkubur kerana apa, nilai masarakat jepun yg mulia walau mereka bukan Islam

    ReplyDelete
  2. AI bukannya malaikat. apa yg dibuatnya semasa jd TPM? sudah beribu pendedahan yg dilakukan oleh RPK, knp x ada pihak yg challenge? klu setakat menafikan tuduhan n mengelak drpd isu sebenar, siapa2 pun boleh buat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.