Thursday, June 7, 2012

Sultan Kelantan sokong tuntutan royalti

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.

Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.

Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.

Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.

“Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.

Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” Hisahmuddin mengulas.

Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.

Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.

Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.

-HD

5 comments:
Write comments
  1. apa dah jadi dgn Ust Nasharuddin ( bekas Timb Presiden PAS ke yg kalah pemilihan PAS ) juga seorg MP Bachok, Kelantan tu ? Kenapa nampak mcm org UMgnok yer,kecewa dlm pemilihan parti.Kalah pemilihan turun la bawah dan support dr bawah,biar pemimpin dipilih buat kja pemimpin. Baru nmpak cerdik setaraf dgn title parti Islam. kalau zaman Nabi dulu berduyun2 pemimpin kafir quraish masuk Islam sebab kehebatan Nabi SAW dan rasa xde satu pun seberang masuk kump kafir quraish setelah brsama nabi SAW. Ini pulak pemimpin gerakan Islam kecewa dan bercakap senada dgn kump sekular setelah gagal pemilihan parti.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana UMNO, Sultan Kelantan pun sokong tuntutan royalti minyak untuk negeri Kelantan kalau tak layan tuntutan itu derhaka namanya.

    ReplyDelete
  3. UMNO mana ada istilah derhakaa..pernah kata NATANG (binatang) pd sultan mizan di TGanu..ada sapa heboh. Media kera jaan UMNO kata ada tangkapan kes tu dan kena hukum pun, betul ke dah kena ? Anwar Musang dulu siap tabal sultan kelantan yg baru gara2 nak tnjok pendekar, apa tindakan UMNO ? Takder.

    ReplyDelete
  4. ampun tuanku...allahuakbarr!

    drp ahli umno..dulu, kini& selamanya

    ReplyDelete
  5. Saudara-saudara sekalian percayalah,



    Kita menentang PAS, bukan kerana nama dia PAS. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia lama membangkang kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan pemimpin yang rendah moralnya, pemimpin yang menyokong Seks Bebas dan pemimpin yang menipu demi hendak berkuasa. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menolak hukum Allah mengenai liwat dan zina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.