Saturday, July 14, 2012

PRU 13 : Najib Kurang Yakin Menang?

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com

23 comments:
Write comments
  1. kami sebagai rakyat juga sudah muak dan nak muntah dgn tektik BN/UMNo bila masa PR nak dekat. masa tu lah wakil rakyat kita sanggup garu kurap kita di badan .....tpi bila dah menang dan memerintah haram nak nampak muka tapi mula nak menunjuk-nunjuk dgn kereta mewah dari hasil wang rakyat .

    ReplyDelete
  2. Aku yakin BN akan mendapat 2/3 majoriti .HIDUP BN

    ReplyDelete
  3. Saya pula amat yakin PR Akan keputrajaya pru13.....sbb apa saya pernah ramal pru12 BN menang tapi tak dap at 2/3 waktu tu lepas kursus btn isi borang kajiselidik ....n ternyata ramalan say a betul

    ReplyDelete
  4. SELAGI PM MELAMBATKAN PRU-13.IANYA AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA UMNO-BN ITU SENDIRI.BAGI DIPIHAK PR IANYA MENAMBAHKAN LAGI KESELESAAN UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA.INI KERANA PENDEDAHAN SATU DEMI SATU PENYELEWENGAN UMNO-BN TERBONGKAR.DAN INI MENAMBAHKAN LAGI KEBENCIAN R'YAT TERHADAP KR'JAAN PIMPINAN NAJIB.......

    ReplyDelete
  5. sekarang ini rakyat dalam keadaan ragu2 dgn kerajaan.. UBat yang paling elok adalah :

    wujudkan satu suasana persaingan yang adil.. bagi pihak lawan merasa apa itu makna pemerintahan negara... kemudian bersaing... kerajaan akan lebih bertenaga dan rakyat akan menang... sekiranya ini tidak berlaku... ikan jerung akan lebih besar... ikan bilis dipijak pijak... :)

    ReplyDelete
  6. Lebih baik PRU13 dilambatkan kerana ia memberi masa/persediaan utk Rakyat berfikir dgn lebih waras utk memilih PR.

    ReplyDelete
  7. Tidak apa yang hendak dipertahankan kecuali harta kekayaan pusaka negara di kalangan golongan rakyat atasan, justeru rakyat bawahan perlu kuatkan tekad untuk pastikan set parti baru naik jadi pentadbir dan pengurus di Puterajaya pada PRU13 nanti.

    Rakyat tidak rugi dengan memilih PR kerana mereka punyai banyak janji untuk rakyat.Jomlahlah ramai-ramai kita bertukar kepada baru

    ReplyDelete
  8. Masih ramai rakyat yang menyokong UMNO, jangan risau bah Datuk Najib.

    ReplyDelete
  9. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk membuat pengundian secara bijaksana pada PRU-13.

    ReplyDelete
  10. BN tetap akan menang. Percayalah.

    ReplyDelete
  11. Tidak selah beri wang kepada rakyat tetapi lebih baik jika mana2 kelemahan yang ada dalam pentadbiran turut dibaiki.

    ReplyDelete
  12. Tidak ada salahnya beliau memanggil kesemua mereka kerana setiap perjuagan perlu ada strategi.

    ReplyDelete
  13. Harap apa yang telah dibincangkan adalah untuk kebaikkan bersama dan bukannya untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  14. saje je.. najib nak londehkan kepincangan PR di Selangor! rumah urut, arak, sindrom kelesuan PAS, hudud PAS Selangor.. bukan najib takut, tapi tunggu khalid ibrahim berani bubar jeh!! baru parlimen dibubarkan! Selangor adalah kekuatan UMNO..kini lesu akibat dicuri PR! negeri Selangor dah merosot padahal ia membawa wajah UMNO! UNISEL pun digadai & dipolitikkan.. khalid tu dah tergagap2.

    btw, jika hati dah busuk.. gula pun kau kata garam, kan?? huhu huhuhu

    *silent je.. tp tetap yakin & undi BN!! hidup BN- dlu, kini & selamanya

    ReplyDelete
  15. kita tgklah apabila PRU diadakan, sana kita tau sapa menang.

    ReplyDelete
  16. Najib yang kurang yakin menang atau PR yang semakin rasa tertekan sekarang??

    ReplyDelete
  17. Betul atau tidak cerita ni. Nampaknya PR pun telah tertekan juga tu

    ReplyDelete
  18. Tanggungjawab beliau untuk mengekalkan kuasa pemerintahan BN di M'sia.

    ReplyDelete
  19. Datuk Najib harus membuktikan yang beliau mampu mempertahankan kerusi BN ini di Malaysia sebagai kerajaan.

    ReplyDelete
  20. "..kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan.."

    sebagai pemimpin nombor satu negara, eloklah mempunyai sikap rendah diri seperti ini.. jangan jadi seperti pemimpin2 pembangkang yang suka sangat mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding..

    ReplyDelete
  21. rakyat juga sudah muak dengan isu2 yang dimainkan oleh media pembangkang.. jarang sekali mereka tampil dengan idea2 yang boleh membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka atau idea2 yang boleh digunakan untuk memajukan ekonomi negara ini.. asyik2 puji parti sendiri dan kutuk parti lawan.. itu saja la isu mereka dari dulu hingga sekarang.. patut la masalah air bersih di kelantan susah sangat mahu selesai..

    ReplyDelete
  22. United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) president Tan Sri Bernard Dompok has expressed confidence that the ruling Barisan Nasional (BN) will emerge victorious in the upcoming general election, particularly in the Sabah state election. He said based on the people's support, Sabah remained a BN stronghold and called on the people, especially the Kadazandusun Murut (KDM) community to stay put in BN for a common good. "No doubt that BN is strong in Sabah, but it cannot be denied that there will be challenges in the urban and sub-urban areas. "But I'm confident BN will ultimately emerge victorious in the coming election," he said during the launching of the Iftar (breaking fast ceremony) and 1Malaysia Ramadan contribution at the Information, Communications and Culture Ministry's Integrated Complex (KPKK) in Kepayan. Dompok, who is also Primary Industries and Commodities Minister, also refuted his former Upko deputy president Datuk Wilfred Bumburing's claims that 40 per cent of the Upko leaders had left to join Pakatan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.