PENULIS Kontroversi, Mutalib M.D menegur Standard Operation Prosedur (SOP) Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang tidak mesra saksi apabila telah mengarahkan seorang Pegawai Polis Cawangan Khas dari Sabah, Inspektor Razali Abdul Habi dan rakannya (tidak dikenali) datang ke penginapan beliau di Kuala Lumpur sekitar jam 11.55 pagi kelmarin untuk memberi keterangan berhubung RCI di Balai Polis berdekatan.
"Setahu saya, Polis tidak terlibat dengan RCI dan agak ganjil jemputan ke Balai Polis untuk memberi keterangan secara berseorangan; sedangkan ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti pada 2006 di Parlimen Malaysia, hampir semua jawatankuasa hadir termasuk Lim Kit Siang dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok," kata Mutalib yang kurang senang dengan 'jemputan tidak beradat' berkenaan oleh seorang pegawai polis berpangkat rendah.
Memandangkan RCI ditubuh di bawah perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agong, maka sewajarnya Panel RCI menghantar notis rasmi seperti yang beliau terima daripada Jawatankuasa Khas Parlimen pada 2006.
"Saya sedia beri kerjasama kerana ini masalah negara. Janganlah meremehkan prosedur dan gunalah budibicara. Saya tahu polis ada kuasa siasat sesiapa sahaja, tapi ini masalah RCI. Mereka tahu di mana saya tinggal dan saya rasa Ketua Cawangan Khas Sabah tahu bagaimana cara untuk menghubungi saya. Tetapi oleh kerana polis tidak terlibat, maka beliau tidak menghubungi saya," kata Mutalib dengan nada kesal kerana Panel RCI menyalahguna kuasa polis.
Kata Mutalib, setelah beliau mendapatkan pengesahan daripada Ketua Cawangan Khas Sabah dan Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, barulah DSP Ahmadi menghubungi beliau memaklumkan bahawa beliau mengarahkan Inspektor Razali mencari saya untuk mendapatkan alamat dan nombor telefon.
"Jika ini cara mereka mendapatkan saksi, saya fikir tidak ada yang mahu berikan kerjasama. Sekarang sudah zaman IT, semua maklumat berada di hujung jari dan saya pengendali laman web Sabahkini.net. Mereka boleh mendapatkan maklumat peribadi saya daripada Jabatan Pendaftaran Negara atau hanya menghubungi Ketua Cawangan Khas Sabah," kata Mutalib yang belum bersedia memberi keterangan kerana beliau sibuk menyiapkan buku baru yang bakal terbit menjelang PRU-13.
Sehubungan itu, Mutalib menggesa agar Pengerusi Panel RCI Sabah, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong memantau siasatan yang dibuat oleh jawatankuasa khas dan AJK kecil yang dilantik agar tidak menimbulkan suasana tegang dan berjalan dalam keadaan harmoni.
"Buat sementara waktu mereka tidak perlu mencari saya jika mereka belum membaca kesemua buku dan artikel yang saya tulis dalam Sabahkini.net," kata Mutalib yang mencadangkan agar Panel RCI membaca buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk DiSewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir.
Menurut Mutalib, beliau tidak bermaksud mengajar Panel RCI menjalankan kerja mereka, tetapi mereka harus mengerti cara yang paling mudah menyelesaikan masalah Pendatang Asing dan Kerakyatan Songsang di Sabah yang berlaku sejak tiga dekad lalu dalam masa enam bulan ialah dengan membaca kesemua bukunya dan artikel yang beliau siarkan dalam www.sabahkini.net
"Segala rahsia ada dalam kesemua buku saya. Kesemua buku ini tidak pernah dicabar dan ada yang diterima sebagai bahan bukti di mahkamah. Jika tidak faham barulah tanya saya. Saya bukan bekerja dengan RCI dan saya tidak punya banyak masa melayan RCI. Siasatan saya selama hampir 15 tahun dan bukti yang saya kemukakan berdasarkan sumber yang sahih dan bukan direka cipta," kata Mutalib yang membuat keputusan hanya akan memberi keterangan di hadapan panel dan bukannya di hadapan perseorangan; itupun setelah mendapat jemputan rasmi daripada RCI.
Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN (sabahkini)
Thursday, November 1, 2012
Penulis Kontrovesi Tegur SOP RCI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berlari dalam karong dan baca cerita katun bukan omong kosong tepi bila tikus baiki labu orang marah bilakah siapnya, biarkan si Luncai terjun dengan labu labunya. ..SUMPITAN.
ReplyDeleteRCI tembirang + gula2 GE13 shj...dear fellow sabahan, jgn jd buduh lagi, kio...
ReplyDeleteRCI set up to tackle the illegal immigrant problem in Sabah, will begin its hearing proper on January 14, 2013 as investigation is now almost complete.
ReplyDeleteRCI chairman Tan Sri Steve Shim Lip Kiong said that the commission has listed 48 names to be called as witnesses during the hearing.
ReplyDeleteSo far RCI have 48 names but the list is not finalised as more witnesses might be called to the hearing
ReplyDeleteShim, a former chief judge, added that the investigation was proceeding smoothly
ReplyDeleteI certainly hope that the RCI will resolve the illegal immigrants issue
ReplyDeleteThe Royal Commission of Inquiry (RCI) on Sabah's illegal immigrants will begin hearing evidence from witnesses from Jan 14 next year.
ReplyDeleteAt least 48 witnesses have been identified through investigations to provide evidence during the hearing, RCI chairman Tan Sri Steve Shim said after chairing the first meeting of the five-member panel at the High Court complex here Thursday.
ReplyDeleteThe commission had been asked to complete its probe in six months under eight terms of reference, including determining the number of immigrants in Sabah that were given MyKad or citizenship and if these were done legally.
ReplyDeleteIt would also investigate if the issuance of MyKad or citizenship was according to the law and whether immigrants holding MyKad, temporary identification receipts or citizenship documents had illegally been registered into the electoral rolls.
ReplyDeleteThe commission would also probe if the authorities had taken any action or made any improvement to standard operating procedures (SOP), measures and regulation to prevent any infringement of the law.
ReplyDeleteIn its investigation of such SOP, measures and regulation, the commission is to take into account international standards and norms used in Malaysia and recommend any amendment or change to improve these.
ReplyDeleteIt will also check the reasons for the increase in the state's population of Sabahans living here, including those given MyKads and citizenship through late birth registration, foreign workers and their families, illegal immigrants and refugees, and their impact on the electoral roll.
ReplyDeleteJangan saja macam RCI TBH yang bagi keputusan TBH TIDAK DIBUNUH DAN TIDAK MEMBUNUH DIRI.
ReplyDeletePakis di Keningau yang baru dapat IC walaupun baru dua tahun tinggal di sabah tidak masuk dalam siasatankah?
ReplyDeleteSuruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah mengadakan mesyuarat pertamanya dengan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong di bilik mesyuarat Bangunan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
ReplyDeletePenubuhan jawatankuasa berkenaan dan pelantikan pengerusi serta anggota RCI diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini pada 11 Ogos tahun ini untuk menyelesaikan sama sekali masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
ReplyDeleteBercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Shim mengumumkan bahawa pendengaran sebenar akan bermula pada 14 Jan tahun depan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.
ReplyDeleteMengenai jumlah saksi yang akan dipanggil memberi keterangan di hadapan jawatankuasa RCI itu, beliau berkata: “Semua saksi, yang kami fikir relevan, akan dipanggil memberi keterangan.
ReplyDelete“Kami masih memperincikan senarai saksi tetapi saya dimaklumkan setakat ini sudah ada 48 saksi dan lebih ramai yang akan dipanggil,” katanya. “Sesiapa saja yang boleh memberi kepada kami maklumat yang relevan boleh datang memberi keterangan”.
ReplyDeletejika beginilah.. siasatan RCI akan menemui kegagalan....
ReplyDeleteRCI kena dilaksanakan dgn telus.
ReplyDeletejgn ada salah guna kuasa.
ReplyDelete