Wednesday, June 6, 2012

LDP Puji Najib Berhubung RCI

PRESIDEN LDP, Datuk Liew Vui Kiong berkata tindakan karismatik dan usaha gigih Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing harus disambut baik oleh semua pihak.

"Inilah jalan terbaik untuk menyelesaikan isu besar yang tertangguh sejak sekian lama dan menjadi modal lapuk pembangkang setiap kali menjelang PRU," kata V.K Liew dalam satu temuramah khas dengan Sabahkini.Net ketika diminta pandangannya berhubung keputusan Perdana Menteri memenuhi aspirasi rakyat Sabah.

Bagaimanapun kata V.K.Liew, untuk menyelesaikan kes ini bukan semudah yang disangkakan kerana isu ini sudah lama berlarutan dan berakar umbi dalam sistem sosial dan menjadi ancaman keselamatan negara setelah generasi pertama melahirkan beberapa generasi berikutnya; apatah lagi tanpa sistem dokumentasi yang betul.

"Apapun terpulanglah atas kebijaksanaan Perdana Menteri untuk mengambil langkah pengawasan dan pencegahan selanjutnya agar tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan kepada rakyat Sabah," kata V.K.Liew yang menyanjung tinggi keberanian Perdana Menteri mengumumkan penubuhan RCI ketika kemarahan rakyat Sabah memuncak; apatah lagi ketika Malaysia berada di ambang PRU-13.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI (sabahkini)

7 comments:
Write comments
  1. RCI akan dilaksanakan oleh UMNgOk/BN? siapa sanggup korek kubur sendiri? LKV ni belum pun apa2 sudah start hisap butu haji logiut najib!!!

    ReplyDelete
  2. Datuk Liew patut terima kasih pada Pakatan Rakyat kerana desak najib buat RCI...Kalau pembangkang tak kuat dan desak sampai hari kiamat pun RCI tak akan dibuat..Itupun baru statment sahaja elaum lagi ada hitam putih....Mungkin 5 tahun lagi baru buat......Siapa tak kenal otak taik UMNO mana dia orang boleh buka pekong sendiri tentang PATI di Sabah....Datuk kalau nak puji Najib salah tenpatlah......Atau datuk Liew nak bodek sebab PRU dah dekat....Asal Bukan UMNO orang Sabah kena prihain.....

    ReplyDelete
  3. kalau dalam siasatan RCI itu terdapat pemimpin UMNO yang terlibat memberikan IC palsu kepada PTI apamacam beranikah kerajaan tangkap penjanayah ini....jangan harap lah kerajaan berani...salah satu untuk RCI ini berkesan adalah mengubahkan kerajaan sedia ada kepada kerajaan baru,nah baru lah dia orang kepanasan bontot dan salah satu juga tumpuan RCI ini adalah dikawasan kemabong sebab mengikut yang punya cerita ada penduduk dari kalimantan yang berbangsa murut mendapat IC dan menjadi pengundi dikawasan itu...untuk pengatahuan penduduk murut tagol banyak yang berasal dari kalimantan indonesia

    ReplyDelete
  4. patut kena siasat siapa bunoh seorng pengarah JPN Sabah sedikit masa dulu kerna enggan keluarkan ic projek spt prmintaan BN waktu..ada peg krajaan jujur ikhlas memang brmasalah bg UMNO/bn..so kena bunoh. ada siapa tahu ?

    ReplyDelete
  5. kalabakan pun ramai murut, Timor Timur dn Pakistan. Takpe lah sebab peribumi di situ suka perkara itu dan teruskan undi BN. Dpat kayu sedikit utk buat rumah secara free..itu yg mereka trpesona dgn BN. Kalabakan tu kalu brlaku perang menuntut hak..kena berambus peribumi disana. Undang2 memang tak trpakai di situ kot. Penjenayah bangsa Timor yg buat kes di Tawau atau seumpamnyer kemungkinan dari situ sebab bila kena tangkap..lokasi adalah Kalabakan. Tidur semua ke atau bangang peribumi di sana ?

    ReplyDelete
  6. rci sebab dah dekat pru 13.knpa tidak dari dulu.temberang saja tu.

    ReplyDelete
  7. berapa ramai cigu polis n kakitangan kerajaan lain yang asal usul mmg PTI..mcm mana RCI sudah terlambat ni...bangang...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.