Wednesday, June 6, 2012

Sekatan Pinjaman PTPTN Untuk Pelajar UNISEL

Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.

Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.

Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.

Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.

Pinjaman 'ditangguhkan'

Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."

Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.

Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.

"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.

'Mangsa politik'

Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.

"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.

Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."

Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.

"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor. -mk

5 comments:
Write comments
  1. skurang2nya apa yg mereka perjuangkan dgn berdemontrasi tu dah berhasil,tp kesian dgn mereka yg memerlukannya tp watodo kerajaan mrk jgk yg menyokong tak perlu diberi ptptn tu

    ReplyDelete
  2. knp x bekukan utk seluruh negara? double standard apa yg dimainkan UMNgOk/BN???

    ReplyDelete
  3. Pakatan RAKYAT (PR)beritahu kalau mereka berjaya mengambil alih kerajaan pusat (putrajaya)maka dlm masa satahun pinjaman PTPTN di tiadakan (di hapuskan)sekarang PR belum pegang tampuk negara,PRU KE 13 PUN belum diadakan,maka bukan urusan PR tentang masalah itu,ia nya menjadi tanggungjawab kerajaan yg ada waktu ni,PR tak boleh di salahkan,kenapa takdpt nyamuk ,kelambu dibakar,dan takdpt tanduk telinga d pulas??ini kah di ajar oleh Agama?DENGKI,BUSUK HATI sesama Agama,kalau ia pun nak mansohkan tunggu selepas PRU ke 13,kalau UMNGOK masih memerintah ,nak kekalkan atau naik kan pinjaman itu urusan kerajaan yg memerentah..tapi majoriti pengundi berazam ABU pada PRU KE 13.

    ReplyDelete
  4. DANA PTPTN kan duit Rakyat. Kenapa pula cuba sekat DUIT RAKYAT UNTUK RAKYAT?

    ReplyDelete
  5. itu maknanyer uMngok tak pandai brpolitik. Kan saya dah kata UMngok ni masih kuat malah memang kuat cuma mereka kalah di bbrapa DUN/MP sebab mereka bodoh brpolitik. Contoh jelas apa yg saya gariskan sebelum ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.