Friday, June 8, 2012

Najib Ditekan Untuk "Wang Tebusan" Taib Mahmud?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB )telah mendengar tuntutan-tuntutan dari 21 buah NGO dari sembilan negara untuk bertindan terhadap Malaysia kerana gagal untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud.

Tekanan antarabangsa terhadap Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk mengheret Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud telah menuju satu langkah baru apabila NGO-NGO dari sembilan buah negara bertemu dengan pegawai-pegawai PBB dalam satu "mesyuarat tertutup untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh mengenakan tindakan terhadap kerajaan Malaysia.

NGO juga mengemukakan satu surat aduan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, yang menuduhan kerajaan Malaysia sengaja dan aktif melindungi Taib Mahmud dan ahli keluarga beliau daripada pendakwaan jenayah yang mereka gambarkan sebagai "ketua pelaku” dalam pembalakan besar-besaran di Sarawak".


21 NGO dari Malaysia, Switzerland, Austria, Belgium, Jerman, Norway, United Kingdom, Nepal dan Australia yang mendakwa bahawa Malaysia merupakan anggota yang telah membuat perjanjian kepada UNCAC (Konvensyen Menentang Rasuah PBB) dan UNTOC (UN Convention against Transnational Organised Crime), telah secara sistematik melanggar obligasinya di bawah perjanjian antarabangsa anti-wang haram.

Selepas pendedahan BMF bahawa Taib dan keluarganya didakwa memiliki atau memegang kepentingan perniagaan di lebih 400 buah syarikat di 25 buah negara dan pusat kewangan luar pesisir. Pengumpulan kekayaan "tidak dapat dijelaskan" telah dikaitkan dengan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak Taib sejak tahun 1981.(baca sarawakreport.org). Taib juga pada masa yang sama telah memegang jawatan Menteri Kewangan Negeri dan Menteri Sumber Asli Negeri, memberikan kuasa yang amat memberangsangkan.

SPRM masih membisu

Tiada tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia, bahawa pada Disember lalu, sebuah gabungan NGO yang sama telah menyediakan bukti terperinci jenayah Taib kepada pihak berkuasa Malaysia dan menggesa mereka untuk menangkap dan mendakwa Taib dan ahli keluarganya.

"Tetapi Peguam Negara, Ketua Polis dan SPRM gagal untuk memberikan jawapan atau mengulas mengenai rintihan NGO itu. "Ia juga mencatatkan bahawa SPRM nampaknya tidak berdikari".

Ia tidak mempunyai kawalan yang sebenar, tetapi nampaknya digunakan sebagai alat untuk menjaga gabungan Barisan Nasional dalam kuasa, yang mana Taib adalah seorang penyokong utama.

-http://reformisanakmuda.blogspot.com

5 comments:
Write comments
  1. Bodoh.anjing umno xleh kesan harta taib.

    ReplyDelete
  2. kalu pembangkang yg ada cerita rasuah, bukan main lagi sprm, polis dan hakim2 umno/bn berebut rebut tak kira siang, malam atau hujan pi serbu mau interbiu konon. tapi kalau pihak umno/bn yg ada isu rasuah, segala spesis sprm, polis dan hakim2 jadi bisu, tuli dsb. aku heran betul rakyat mesia masih lagi mau sokong BN. ini kali lah kau BN, umban kau dalam tong taik!!

    ReplyDelete
  3. Bilalah si tua ini nak undur diri pada pilihanraya umum Sarawak yang lalu si tua ini kata nak undur diri selepas pilihanraya umum sarawak tapi sampai sekarang belum mengundurkan diri.

    ReplyDelete
  4. kalau PR, kes yg dah tutop 5 tahun lepas, ada hati SPRM nak bukak fail baru. Kalu BN yg dah brlambak bukti katanya TIADA KES. Bagus juga kalu PBB nak masuk campor kes KM Sarawak. Bukan kes KM jer..SPRM pon biar mreka perhati balik 'functional' nya. Aduhai..tanahair ku. Bakal muflis ( spt kata Idris Jala ) di hancosskan oleh BN/UMNgok.

    ReplyDelete
  5. sudah, sudah lah taib! imej kekayaan anda memberi liabiliti pada kepimpinan negara yg berintegriti..mesra rakyat! dah lama dah. semua yg sebaya anda dah resign..anda bukan sultan!

    letak jawatan, ye? kita bukan nak menongkat langit!!

    assalamualaikum.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.