Saturday, July 7, 2012

Artis masuk PAS, yakin mampu buat kejutan PRU-13

Sokongan para artis terhadap PAS jadi suatu fenomena. Bukan seorang, masih ramai yang akan istihar sertai PAS. Mereka yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu lakukan perubahan di negara ini. Ikuti wawancara wartawan AZIZ MUDA bersama hero filem Leftenan Adnan, Haire Othman pada 28 Jun lalu.

Boleh saudara ceritakan kenapa mengambil keputusan masuk PAS?

HAIRIE OTHMAN: Ini semua bertolak atas kesedaran diri sendiri. Kita semua ada tanggungjawab untuk memilih. Setelah saya kaji yang mana satu parti yang juga perjuangan yang patut kita ikuti, saya memilih PAS. Setelah memilih PAS, dapatlah saya bersama-sama dengan jemaah PAS. Sebagai orang Islam, kita mesti menyokong perjuangan Islam sebab itulah yang dituntut oleh Allah ke atas kita.

Sesetengah pihak mendakwa artis masuk PAS kerana nak cari glamour atau nak jadi calon. Bagaimana pandangan saudara dalam hal ini?

Itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas. Tapi itulah, tuduhan-tuduhan dan tohmahan semacam dah menjadi sifat orang Melayu. Kalau kita buat perkara baik, dituduh macam-macam, seolah-olah buat benda baik ini macam tak penting. Mereka lebih suka kalau kita terus buat benda yang tak elok. Kepada orang-orang Melayu yang bersifat seperti itu, kena tarbiyahlah (mereka) sikit. Bagi orang Melayu, kalau kita buat benda baik, mereka akan cuba mencari segala kesalahan kita. Mereka suka mengungkit kembali benda-benda lalu yang tak baik yang kita lakukan. Benda-benda tak baik itulah yang hendak dilondehkan. Pada hal tak perlulah kita nak bercerita benda-benda yang lepas. Hanya dapat dosa sahaja.

Tuduhan cari glamour dan jadi calon tak logik...

Menuduh artis masuk PAS kerana nak cari glamour adalah sesuatu yang tak logik. Dunia glamour bukan berada dalam PAS. PAS adalah parti Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen, bukannya mencari glamour. Begitu juga jika menuduh artis masuk PAS kerana hendak menjadi calon. Itu tak masuk akal sama sekali. Dalam politik kalau hendak menjadi calon, bukan boleh menjadi calon macam itu sahaja. Mesti adalah prosedurnya. Kalau nak jadi calon mestilah memegang jawatan-jawatan tertentu dalam parti sama ada di peringkat kawasan, negeri dan Pusat.

Kalau nak jadi Menteri Besar, mestilah menang wakil rakyat peringkat dewan undangan negeri (Dun). Begitu juga untuk menjadi menteri, mestilah memegang jawatan penting dalam parti di peringkat pusat dan menang Parlimen. Kalau nak bertanding Adun pun, sekurang-kurangnya mesti memegang jawatan penting parti di peringkat kawasan. Nak jadi calon mestilah ikut prosedurnya. Itulah antara prosedur penting yang mesti diikuti. Tapi artis bukannya memegang apa-apa jawatan dalam parti. Jadi mana boleh nak jadi calon? Tanpa pegang apa-apa jawatan dalam parti tiba-tiba nak jadi calon, itu tak logik sama sekali.

Bagaimana saudara melihat kebangkitan rakyat, khususnya dalam menyokong PAS dan Pakatan Rakyat?

Saya yakin ada kesan baiknya apabila artis masuk PAS. Malah kawan-kawan saya dari kalangan artis pun turut memberikan sokongan terhadap saya. Mereka juga ingin ikut jejak langkah saya menyertai PAS, tetapi kebanyakannya ada yang tidak berani untuk menyatakan sokongan secara terbuka. Sungguhpun begitu, mereka mengakui secara ikhlas yang mereka juga sebenarnya ingin masuk PAS secara terbuka macam saya. Cuma buat masa ini mereka masih tak berani mengambil langkah seperti saya.

Maklumlah, dalam dunia seni ni banyak tekanannya. Jika dah masuk PAS, banyaklah halangan yang akan dikenakan oleh pihak-pihak tertentu ke atas artis itu. Senarai hitamkan namalah, tak bagi adakan persembahan bagi program-program tertentu, tak bagi keluar TV dan sebagainya. Berbagai-bagai sekatan dan tekanan yang akan dikenakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyekat sumber rezeki dan populariti artis terbabit. Samalah juga jika kakitangan kerajaan menyokong PAS. Mereka akan ditukar ke tempat lain dan sebagainya. Artis pun macam itu juga.

Persepsi artis-artis ini apabila Pakatan Rakyat memerintah...

Ada juga dari kalangan artis yang cakap kepada saya, jika PAS dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 nanti dan dapat menawan Putrajaya, mereka akan beramai-ramai masuk PAS. Tapi saya cakap tak betullah macam itu. Bila dah menang dan dapat menawan Putrajaya barulah nak masuk PAS, itu dah tak betul. Sepatutnya jika kita betul-betul menyokong PAS mesti masuk PAS dari sekarang, bukannya bila dah menang baru nak masuk PAS. Apalah maknanya? Itu dah tak betul dari segi perjuangan. Untuk masuk PAS, seseorang artis itu memerlukan kekuatan yang tersendiri. Bila masuk PAS, kita bukan kena fikir pasal parti sahaja, tetapi juga diri kita sendiri. Kita mestilah berhijrah.

Berhijrah daripada yang tak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik. Itu semua adalah tuntutan Allah ke atas diri kita sendiri, bukan untuk parti sahaja. Apabila artis dah masuk PAS, tak bolehlah nak terus melakukan perkara-perkara tak baik lagi. Tak bolehlah nak pergi karaoke lagi. Tapi kita kena berubah. Malah tujuan kita masuk PAS itu juga sebenarnya adalah untuk berubah kepada lebih baik. Dalam masa yang sama, kita kenalah bekerja, bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk perjuangan.

Apa rasanya sejak menjadi sebahagian daripada keluarga PAS...

Saya bersyukur kepada Allah. Banyak maknanya berada dalam PAS. Berada dalam PAS bermakna saya dah tak boleh lagi melakukan perbuatan biasa yang tak baik. Nanti orang kata itukah orang PAS? Orang akan nampak PAS, bukan kita sahaja. Jadi dua-dua saya kena jaga. Alhamdulillah, dengan itu diri kita akan terjaga dari melakukan perbuatan yang tidak baik. Sekarang apabila berjumpa dengan rakan-rakan artis, saya lebih banyak bercakap kepada agama. Bila kita berkawan dengan orang yang selalu pergi ke masjid, kita juga akan ikut ke masjid. Inilah kehidupan yang kita nak cari sebenarnya.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia artis hingga ramai yang masuk PAS muktahir ini?

Tak ada apa yang berlaku, macam biasa sahaja. Tapi keseluruhan dunia seni ini macam itulah, tak berubah. Bayaran kepada artis tak pernah direview sejak 20 tahun lepas. Barang-barang naik harga, tapi bayaran kepada artis begitu juga, kerja pula semakin banyak. Industri seni di negara kita sekarang bukan tambah maju, tapi di tahap lama juga. Alaf baru jika dibayar RM2 juta atau RM3 juta, itu maknanya tak majulah. Dalam politik pula ada artis yang berterus terang. Tapi kita kena yakinlah, rezeki itu Allah Taala yang beri. Kepada yang tak yakin, kena 'cover line' lah.

Kita harap mereka akan menyokong perjuangan PAS, tapi biasalah bagi yang nak cari makan, mereka tak berani berterus terang. Ada yang kata punca artis masuk PAS kerana sebelum ini jiwanya kosong. Jadi bila masuk PAS jiwa akan terisi dengan kebenaran dan kerohanian. Tapi hati yang kosong itu sebenarnya bukan artis sahaja. Sesiapa sahaja yang nak cari ketenangan, kenalah ingat kepada Allah. Dalam perkara ini tidak kepada artis sahaja, tapi merangkumi semua orang Islam. Bila masuk PAS, bermakna kita akan bersama-sama dengan jemaah yang lebih besar. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan jemaah PAS yang lebih besar.

Pandangan saudara melihat keupayaan PAS untuk mara ke Putrajaya?

Saya rasa lebih yakin. Bila kita tengok sendiri kajian dalam Facebook dan Twitter, insya-Allah kita akan mendapat kemenangan majoriti nanti. Sekarang kalau kita tengok kempen di sebelah sana (Umno-BN) pun nampaknya dah berubah. Dulu pemimpin-pemimpin Umno dan BN kata, "Kita akan rampas semula negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat." Tapi sekarang mereka dah tak cakap macam itu lagi. Sebaliknya mereka kata, "Kita akan pertahankan Putrajaya." Ini menunjukkan mereka semakin sedar, Umno-BN semakin lemah dan semakin hilang sokongan rakyat. Ternyata ada impak yang besar bagi kekuatan PAS dengan kemasukan artis ke dalam PAS.

Kepada pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun, bila artis masuk PAS, mereka nampak. Mereka akan raikan artis itu. Bila masuk Umno, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tak tengok pun kita. Tapi masuk PAS, artis itu akan diraikan oleh pemimpin-pemimpinnya. Semalam pun (27 Jun 2012), saya diraikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tok Guru Nik Aziz tanya saya, "Masuk PAS untuk apa?" Dia memberikan kepada saya bimbingan dan turut dijelaskan kepada saya tentang dasar perjuangan PAS. Menurut pegawai-pegawainya, selalunya Tok Guru Nik Aziz hanya jumpa orang sekitar lima atau enam minit sahaja sebab dia sentiasa sibuk dengan jadual hariannya, tetapi dengan saya diraikan cukup lama sehingga hampir sejam.

Apa respons Tok Guru?

Tok Guru Nik Aziz begitu suka berjumpa dengan saya. Saya cukup terharu bila diraikan begitu rupa. Kami bersembang panjang dalam pertemuan itu. Jika saya berada dalam Umno, tak mungkin saya akan diraikan sebegitu rupa oleh pemimpin Umno atau BN. Sekarang setelah menjadi ahli PAS, jadual saya penuh dengan ceramah, terutama pada waktu malam. Selepas Aidilfitri nanti, terdapat pula ustaz dari Kelantan yang juga berada dalam barisan kepimpinan PAS untuk turut menyusun jadual ceramah saya, bagi membolehkan saya turut sama memainkan peranan membantu PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya pada PRU-13 akan datang.

-Detikdaily

13 comments:
Write comments
  1. PAS nak gunakan nama Artis untuk menarik undi.

    ReplyDelete
  2. Adakah artis-artis seperti ini mempunyai kelayakan unutk menjadi pemimpin yang baik jika mengikuti parti politik?

    ReplyDelete
  3. bukan masalah PAS nak guna artis tarik pengundi tapi artis tu dah sedar lalu mereka yg naik pentas PAS dan disitu nampak kesedaran mereka iaitu bukan shj cahaya islam, tapi kezaliman umngok dlm BN. Kalau kezaliman MCA atau MIC kita terima sebab mereka non-malay. Tapi kezaliman dlm bentuk fitnah , memenjarakan orang melayu dlm ISA, mencuri harta negara dan banyak lagi yg tak sepatutnya dan oleh parti melayu keatas orang melayu. Mereka ( artis) itu datang kepada puak/golongan islam..bagus le.Apa masalahnya?

    ReplyDelete
  4. Kini,bekas S/Usaha DUN Perak pula yg berjinak2 dgn PAS. Beliau salah seorang yg trpaksa trlibat dgn runtuhnya kerajaan rakyat dPerak dan naiknya KERAjaaan Haramjadah. Org utama yg nampak cam barua umno waktu itu ialah SUK Perak dgn dibantu oleh SU DUN tadi. Sebenarnya sesiapa shj nampak kebaikan PAS dan kerajaan rakyat dPerak cuma sikap bongkak dlm jatidiri seseorg tu shj yg menghalang. Tak pelik lah saban waktu ada shj peg2 kerajaan yg pencen dlm kategori Utama apatah lagi seorg pegawai kanan polis brminat dgn PAS. Kita seharusnya menilai KENAPA ramai bekas2 pembesar negara baik dr tentera,polis, ketua2 kemnterian/jabatan,YB2 dr UMNO itu sendiri(trmasuk bekas Menteri),artis2 yg selama ini asyik berhibur...hatta warga Cina dan India juga brjuang dlm wadah PAS dan paling terharu ada YB brbangsa Cina yg pandai memetik ayat2 suci alqur'an. Org umno tak suka sebab dia tuduh mencemarkan kesucian alqur'an, sebab mereka hanya tahu mempertandingkan bacaaan shj dan menang dpt ribuan ringgit sbg upah. Sebab tu UMNgok takboleh hayati apa yg Tuhan ARAHKAN dlm kitanNya.

    ReplyDelete
  5. Artis masuk PAS tidak semestinya peminat2 dorang pun ikut masuk PAS.

    ReplyDelete
  6. Sokong dan undi PAS dapat masuk syurga.

    ReplyDelete
  7. PAS seolah menggunakan para artis untuk dptkan sokongan.

    ReplyDelete
  8. Hairie Othman yang kena tangkap khalwat dulu ni, kan? Hampeh

    ReplyDelete
  9. Tidak tergugat ka kerjaya sebagai artis? mungkin lepas ni tidak keluar TV lagi.hehe

    ReplyDelete
  10. Ramai pula artis ni memilih parti berasaskan agama. ramai suda yang insaf:)

    ReplyDelete
  11. Artis masuk politik tidak kemana juga sokongan. Biar pun sejuta artis masuk politik sokongan bukannya sebab minat tapi sokongan atas politik dan kepercayaan untuk mentadbir negara. Tidak sama hiburan dan juga politik ini. Ini satu yang berbeza.

    ReplyDelete
  12. ""Sesetengah pihak mendakwa artis masuk PAS kerana nak cari glamour..""

    siapa la yang buat soalan bodoh ni kepada artis?? atau soalan bodoh ini datang dari wartawan PAS sendiri, bukannya orang ramai?? artis memang sudah sedia glamour la.. lebih glamour dari pemimpin2 politik seperti Nik Aziz..

    ReplyDelete
  13. berkesan juga la strategi PAS.. menggunakan agama Islam sebagai pendekatan untuk menarik sokongan.. macam mana pula jika selepas ini ada parti yang menggunakan pendekatan agama lain untuk menarik sokongan politik??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.