Saturday, July 7, 2012
GMI bidas Twitter menteri dalam negeri
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas tulisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Twitternya yang memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar.
GMI menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai "tidak mahu bertanggungjawab untuk membebaskan tahanan tersebut yang sedang mogok lapar".
Setiausaha GMI, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kenyataan seumpama itu "sudah dijangka" oleh pihaknya sejak tahanan terbabit melancar mogok lapar Mei lalu.
"Sebelum ini dia kata mogok lapar itu pilihan sendiri... (Satu) kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sendiri tahu bahawa beliau ada kuasa untuk bebaskan tahanan.
"Yang jadi penentuan (ialah) sama ada (guna) budi bicara (beliau) untuk mengambil tanggungjawab membebaskan tahanan ataupun tidak.
"Kalau beliau menunjukkan kenyataan sebegini, kita nampak beliau tidak mahu bertanggungjawab dan membiarkan tahanan mogok lapar," katanya.
Ahmad Syukri yang juga koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengulas kenyataan menteri itu dalam Twitternya malam tadi.
Tertanya-tanya langkah menteri
Hishamuddin yang juga naib presiden Umno menulis: "pilihan mereka, lamb chops pilihan aku" ketika mengulas tweet seorang pengguna lain berbunyi "Amboi tahanan ISA mogok lapar kau makan lamb chops..."
Ahmad Syukri menggesa Hishammuddin mencontohi amalan di negara luar seperti Carlifonia yang menubuhkan jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah mogok lapar di penjara Pelican Bay.
"Tetapi kenyataan yang keluar daripada mulut menteri kita begitu (mengenai lamb chops)," katanya sambil menegaskan pihaknya akan meneruskan pendedahan dan tekanan terhadap kerajaan membebaskan tahanan kerana "itu sahaja pilihan yang ada".
Mengulas sikap diam Hishammuddin daripada mengulas isu mogok lapar, Ahmad Syukri berkata hal demikian menunjukkan kerajaan tidak bersungguh untuk menyelesaikannya.
Bahkan, tambahnya, semua pihak tertanya-tanya kini mengenai tindakan kerajaan sama ada untuk membebaskan awal tahanan atau menilai situasi tahanan dalam kem tersebut setakat ini.
"Adakah ada satu jawatankuasa atau satu badan khas ditubuhkan untuk melihat (kes itu) atau menilai untuk membebaskan awal atau tidak.
"Langsung (tidak ada). Semua orang tertanya-tanya apa yang Kementerian Dalam Negeri buat," kata Ahmad Syukri.
-MK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hishamudin ni jenis manusia apa ????? langsung tak ada sekelumit perikemanusiaan dihatinya ... inilah akibatknya anak bangsawan jadi menteri...
ReplyDeletemntri mcm ni xkn rasa dnyut nadi kesusahn rkyt.dia xpernh dok dlm pnjara..sbb tu aku kta yg lyk jdi PM adalah DSAI sbb prnh rasa apa yg rkyt susah rasa..pilihan aku PR... UBAH SEKARANG !!!
ReplyDeleteISA telah dengan lantangnya disebut oleh PM di dewan parlimen.."DIMANSUHKAN"..Kenapa masih ada yang ditahan...sebagai seorang menteri yang kononnya berjiwa rakyat..secara terangnya menunjukan sikapnya yang sebenar melalui kata2. Tidak langsung mahu memahami perasaan keluarga tahanan apa lagi tahanan itu sendiri..Tiada langsung keadilan kerana tahanan ini tidak dibicarakan..
ReplyDeleteISA perlulah dimansuhkan seperti dijanji oleh Perdana Menteri kita.
ReplyDeleteDiharapkan Kem ISA Kamunting akan ditutup.
ReplyDeleteharga bg keangkuhan pemerintah adalah airmata warga rakyatnya. tetapi ini bukan sekadar keangkuhan, malah bukti ketidakpunyaan walau sedikit rasa manusiawi dalam bongkak dan bebal si pemegang kuasa ini. maka kalau luorg geli dan jijik pada anjing kurap, yg ini lebih lagi harus dijauhi!
ReplyDeleteTunggulah nanti, bila UMNO/BN telah tersungkur dalam PRU, bersamakah kita lihat apakah lamb chop atau makanan apa yang akan di makan oleh si menteri bapok sekor nie....
ReplyDeletebetul ka tu twitter Hishammuddin?? laman2 sosial macam tu sukar untuk dipercayai. siapa2 pun boleh create akaun twitter.
ReplyDeletementeri cakap berapi tapi PONDAN. Tapi dia nih confirm takkan 'lari' dr BN/umngok..sebab salah seorang menteri yg banyak rekod utk dibawa ketengah andai masuk PR. Juga satu fakta jelas,mana YB atau menteri yg cakap banyak dan terlebih cakap itulah sebenarnya 'mereka2' yg bermasalah dan tak boleh derhaka pd umno.
ReplyDeletejika nk tunjukkan protes pun, tk perlulah nak mogok lapar.. memudaratkan diri saja.
ReplyDeleteHishamuddin ada masa juga nak bertwitter? Jangan2 twitter beliau kena hack? Hehe
ReplyDeleteBukan pembantu dia ka yang balag tu..:)
ReplyDeleteRasanya bukannya datuk yang membalas semua ini. Ada orang suruhan yang menguruskannya rasanyan
ReplyDeletesiapa suruh buat mogok lapar.. kalau berani buat mogok lapar, berani la tanggung akibatnya.. tidak perlulah pertikaikan apa pihak lain makan.. apa la..
ReplyDeletebaik minta juga banduan2 dalam penjara anjurkan mogok lapar dengan harapan dibebaskan.. amacam??
ReplyDeleteUnited States Attorney-General Eric H. Holder Jr yesterday commended the Malaysian government's decision to repeal the Internal Security Act (ISA). He said an important element of this decision was the critical step towards a critical justice approach and independent judicial review for individuals alleged to have committed security-related offences.
ReplyDeleteAccording to Holder, The United States of America has grappled with many related legal issues, which sometimes have taken years to resolve. Therefore he understood very well how difficult it is to strike an appropriate balance at a particular point in time. Holder said it was important to recognise the fundamental step this represented.
ReplyDeleteTouching on his meeting with his counterpart, Tan Sri Abdul Gani Patail, Holder said they discussed ways their two offices could work closely to combat transnational criminal activities that affected nearly every country. Holder said he and Gani had discussed how they could take the collective efforts to a new level, particularly when it came to prosecuting cases involving terrorism, transnational organised crime, cybercrime and other national security threats.
ReplyDeleteAs Malaysia begins the process of implementing its new security offence legislation, and shifting to a criminal justice-based approach to deal with security threats, I find it impressive that you have taken the initiative to pursue this MoU with foreign partners, including the US.And the recent success we have seen in our partnership on law enforcement matters in Malaysia and other countries leaves me even more hopeful about the international community's ability to effectively respond to current and future challenges with renewed resolve and an enduring determination to identify and stop terrorist threats wherever and whenever they arise."
ReplyDelete