Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.
Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.
Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Handzalah, Shafei Afdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabree Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.
Ke mana Najib dan mengapa? Tentulah ada sebab besar maka beliau terpaksa mengambil tindakan itu. Kalau tidak besar Najib tidak akan tergamak memoteng majlis bertaraf 10 star itu yang mana di dalamnya hadir sama beberapa orang raja dan sultan. Tentu masalahnya besar. Najib seelokknya tunda dari tidak hadir majlis itu. Tetapi kalau malam ini Najib tetap juga tidak hadir tentulah beliau kini dalam keadaan gunda gulana bak orang kata sudah tercabut kain dibadan.
Satu sumber yang memberi tahu saya di hujung Subuh tadi, malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri bawah bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.
Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.
Puak-puak yang anti Musa Aman dan tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - mati pucuk dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai.
(Saya masih belum mendapat makulumat dari Sabah berapa ramai ahli Umno bertaraf pemimpin akan keluar parti).
Masalah atau isu besar kenapa Musa ditentang di Sabah ialah apabila Musa telah menyenaraikan 26 orang orang-orangnya untuk menjadi calon. Musa mahu memastikan selepas pilihan nanti kalau UBN menang dia terus menjadi Ketua Menteri. Katanya sekiranya Najib akur dengan nama-nama yang disenaraikan secara peribadi, Musa nakan menanggung semua kos pilihan raya di Sabah dan termasuk sebahagian perbelanjaan untuk Semenanjung.
Inilah masalah yang membelenggu Najib. Walaupun notis ini sudah lama diberikan Musa tetapi Najib tidak mampu membuat keputusan dan berkata tegas dalam hal ini. Pasti dalam pertemuan tertutup malam ini ia akan menentukan apakah tawaran Musa itu diterima atau ditolak. Bagi Najib keadaan ini sungguh menganggu fikirannnya. Kalau ia menerima tawaran Musa, beliau akan menyaksikan perpecahan hebat dalam Umno Sabah. Sebaliknya kalau beliau mengenepikan Musa, masalah dan celeka yang sama juga akan menerpa ke atas kepalanya.
Sehubungan itu pertemuan Najib dengan pemimpin Umno di Sabah malam ini juga ada kena mengena dengan pembubaran Parlimen.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Monday, July 2, 2012
BN Sabah Dalam Gelora?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inikah yang Lajim kata nak bincang dengan PM soal menggantikan kempimpinan UMNO Sabah?
ReplyDeleteriuh rendah di Semporna mengatakan masalah besar (mungkin) menimpa Shafei Afdal kecuali takdir yg mengatakan beliau masih 'afdhal' disitu kerana ramai jugak yg saya dengar ,beliau memang akan ditolak.
ReplyDeletewal fitnaatu asyadduu minal khatr
ReplyDeleteJadi botaklah kepala Najib sambil terkeluar air liur bergelas-gelas! Kesian hahaha!
ReplyDeleteGOOD NIGHT, UMNgOk!!!
ReplyDeletepegawai dr Kementerian Dlm Negeri ( KDN ) ramai berkeliaran di Sabah utk mencari maklumat dan mengugut penyokong BN agar jgn simpati dn sokong pembangkang. Mereka ni dtg sejak awal bulan Mac lagi dn berselerakkan di seluruh Sabah sekarang. Mereka tu penjawat awam ke atau anjing umno yer?
ReplyDeleteBetul ka tidak? Takkan Musa pula yang seolah-olah control Najib? Tidak masuk akal.
ReplyDeleteShafie dan Lajim berangan-angan mahu jadi KM tapi niat itu mungkin sukar direalisasikan.
ReplyDeleteParti mana yang tidak ada masalah? Yang penting mereka cari jalan penyelesaian.
ReplyDeleteini hnya khabar angin.. entah benar ke tidak.. pasti BN Sabah dapat kendalikan masalah mereka.
ReplyDeletekan ramai pemimpin BN Sabah memberi sokongan kepada Musa, seperti Salleh, Rahman dan ramai lagi. tkkan isu ini timbul pla.
ReplyDeleteBanyak typing error ni artikel. pastikan sebelum dipublish tiada typing error.
ReplyDeletePerjuangan BN bukan hanya perjuangan individu tapi adalah perjuangan parti, semua ahli mempunyai tanggungjawab dan peranan.
ReplyDeletetunggu la pembubaran baru kita tahu.....disabah ini kadang-kadang macam peribahasa air yang tenang jangan disangka tidak makan orang...ingat lagi tahun 1976 dan 1985...
ReplyDeletekhabar angin saja ni...penulis saja buat provokasi bah ni..
ReplyDeleteBN sabah dalam keadaan yang kukuh dan mantap...itulah yang sebenarnya..
ReplyDeletemusa aman mendapat sokongan padu dari pemimpin2 sabah lain dari komponen2 parti BN sabah...tiada timbul isu seperti yang dinyatakan..
ReplyDeletebiasalah kalau ada perbincangan/mesyuarat tergempar dan tertutup dalam mana2 parti...pihak luar pula berlebih-lebih membuat andaian dan spekulasi yang tidak masuk akal...
ReplyDeleteBN sabah dalam gelora adalah tidak benar..bahkan BN sabah kukuh dan bersedia menghadapi pru13 yang bila2 masa akan diadakan..
ReplyDelete"BN Sabah Dalam Gelora?"
ReplyDeleteWe will only know the answer when we know the poll result.
BN sabah has nothing to be afraid of. they have contributed a lot to sabah's development.
ReplyDeletemusa aman mendapat sokongan padu dari pemimpin2 sabah lain dari komponen2 parti BN sabah..... cuma rakyat jati sabah yg makin jauh dgn be end.... rehat rehat lah.... kahkahkah
ReplyDeleteIni kali pertama saya mengundi..tapi undi pertama saya bukan untuk BN..siou laa...
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....kakakakakakakakakaka!!!!
ReplyDeleteBe End........
'Umno dlm Gelora di Sabah' itu petandanya,kapal UMNO di Sabah sudah mau karam,Musa sbagai kapten nya yg juga nendapat nama popularnya YG diGeLAR sebagai'Ikan BeDUkang Sabah',kapal itu tidak dpt diselamatkan lagi,banyak SUDAH orang2 umno suda MENYOKONG Anuar Ibrahim-Parti KeADILAN Rakyat(PKR).
ReplyDeleteMakin banyak cerita2 yang tidak tau betul atau tidak. Masing2 ada cerita sendiri.UMNO tetap kukuh di Sabah.
ReplyDeleteBN dalam gelora?? rasanya ok saja pun .Makin mendapat sokongan rakyat lagi.
ReplyDeleteBN Sabah sentiasa kukuh, dan mendapat sokongan rakyat, jentera mereka sudah bersedia untuk PRU ini.
ReplyDeleteLajim semakin tidak sehaluan dengan BN.
ReplyDeleteUMNo menghadapi cabaran giat dari pembangkang.
ReplyDeleteSemua masih dalam tangan rakyat untuk menentukannya.
ReplyDeleteParti komponen harus bersefahaman dengan agenda Najib, jika tidak, pembangkang akan mendapat peluang lebih cerah untuk menang.
ReplyDeleteLajim will surely join others. If not, why he quit his post?
ReplyDeleteTidak pasti akan kebenaran mengenai kes ini. Yang pasti BN di Sabah akan terus berusaha yang terbaik untuk bersatu mempertahankan kerusi yang ada.
ReplyDeleteTidak ada pula gelora dalam BN Sabah jika dilihat. Itu cuma pandangan sendiri mengenai perkara ini.
ReplyDeleteUMNO sedang terhuyang-hayang dan tunggu masa saja kapal UMNO pecah dan tenggelam...terjadi pergolakan hebat dalam kapal umno ni...kamurang saja yg tidak tahu atau menyadapkan hati dan perasaan orang2 yg berkepentingan dalam UMNO terutama yg selalu dapat habuan besar dari projek2 mee segera
ReplyDeletetidak hadir majlis kawin pun boleh jadi isu ka????
ReplyDeletekalau di Sabah ni pembangkang yang bergelora sebab masalah kepimpinan.
ReplyDeletecerita politik bah ini..semua pun mahu dijadikan isu.
ReplyDeleteisu macam ini sengaja disensasikan untuk kepentingan sesetengah pihak.
ReplyDeleterakyat pasti dapat menilai sendiri juga mana yang baik untuk mereka.
ReplyDeletePengagihan kerusi menjadi penentu kemenangan.
ReplyDeletePenilaian dan pengundian masih dalam tangan rakyat.
ReplyDeleteLajim masih bersama UMNO? Terasa beliau akan melompat parti?
ReplyDeleteUMNO semakin dicabar pembangkang. harus juga membaiki kelemahan agar rakyat lebih berkeyakinan dengannya.
ReplyDeleteBukan saja BN Sabah, BN Semenanjuang juga tidak stabil.
ReplyDeleteGembira pihak lawan kalau melihat UMNO/BN berpecah itulah sebenarnya yang dilakukan oleh pembangkang sekarang untuk mendapatkan Sabah yang merupakan fixed deposit BN.
ReplyDeleteAnwar sebelum ni mengatakan beliau akan mendedahkan pemimpin2 BN yang akan keluar parti.
ReplyDeleteRasanya Musa masih diperlukan untuk meneruskan pemerintahannya lepas PRU nanti.
ReplyDeleteLajim kini menunggu masa untuk mengambil langkah yang seterusnya iaitu meninggalkan UMNO. kalau sudah tidak sehaluan, lebih baik berundur saja.
ReplyDeleteTAK APA LAH DA CUKUP DA SETELAH 50 TAHUN MEMERINTAH DI SABAH TUKAR LAH PULA DGN ORG LAIN KAN DA KAYA JUGA APA SUSAH
ReplyDeleteyang bikin panas pada pemimpin umno ni ia suka bermegah megah dengan kekayaan mereka contoh baru saja sepengal jadi yb dan lupa diri sombong dan suka menunjuk nunjuk kekayaan ingat kalau tak ada rakyat kemana mereka mungkin masih ada kerja sebagai pemandu texsi kot dah lah masaalah pendatang tak selesai
ReplyDeletebukan sebab BN Sabah bergelora ba tu.. itu tandanya PM mengambil berat dengan negeri ini..
ReplyDeleteperlu diingat.. tugas utama PM bukan menghadiri majlis perkahwinan..
ReplyDeleteSabah BN liaison chief Datuk Seri Musa Aman said any leader holding whatever post should withdraw if he no longer has confidence in the party and government he represents. The Sabah Chief Minister said such leaders should withdraw voluntarily and respectfully without the need for their posts to be taken away from them.In the party and government, There are rules and ethics. If a leader, minister or deputy minister no longer has confidence in the party leadership or the government he represents, then he should graciously withdraw.
ReplyDeleteMusa's comments came following a statement issued by the Prime Minister's Department today that Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah had consented to the revocation of the appointment of Datuk Lajim Ukin as housing and local government deputy minister with immediate effect. In this regard, he said, what the Barisan Nasional-led Malaysian government had done was appropriate.
ReplyDeleteMusa who is also Sabah BN chairman, advised all Umno and BN leaders in the state not to follow Lajim's action or waste time on this issue as what was more important was for them to work harder to improve the lot of the people. He said Umno and BN leaders needed to strengthen unity and cooperation among them and continue to strive for the good of the people as the BN government today was upholding the trust and mandate given to it by the people.
ReplyDeleteMusa stated that there is no need to worry or be rattled as our nation have the best government, the best leaders as well as the best track record. With this new development, Musa reminded all Umno and BN leaders in Sabah to place importance on sincerity to the government, party and the top leadership and not on self-interest because only through the former, the people and nation would continue to prosper.
ReplyDeleteMusa said Malaysia today was on a good track under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who was always thinking and concerned about how to solve problems and assist the people.BN leadership is different from the opposition's haphazard leadership. They pretend to be blind and deaf to the changes and development taking place in Sabah, but the people know what is good and bad for them. Musa said some of the local opposition leaders and from outside the state were at one time in the government and holding good posts. "But what have they done for the people?" he added.
ReplyDelete