Monday, July 2, 2012

Cacing 5 Inci Dikeluarkan Dari Bola Mata

Seorang lelaki yang mengalami sakit dan gatal di bahagian mata terkejut selepas mendapati keadaan berkenaan berlaku akibat seekor cacing sepanjang lima inci yang hidup di sebalik bola matanya.

Keadaan itu disedarinya selepas doktor membuat pemeriksaan mata.

PK Krishnamurthy, 75, yang juga seorang pesara dari Mumbai sebelum ini berulang kali ke hospital selepas mendapati matanya sakit dan tidak selesa.

Doktor kemudiannya memberikan ubat, namun dia masih terus dilanda kesakitan.

Susulan itu, doktor memutuskan untuk membuat pemeriksaan lanjut dan alangkah terkejutnya mereka apabila menemui cacing di dalam matanya itu.

Cacing itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan kecil, semalam.

Menurut pakar mata di Hospital Fortis, Dr V Seetharaman, Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu dikesan dan dikeluarkan dengan segera.

“Simptom kesakitan pada bahagian matanya telah hilang dan dia amat bertuah kerana cacing itu hanya berada di bahagian mata.

“Jika ia memasuki bahagian otak pesakit, maka ia akan menyebabkan masalah neurologikal yang amat besar kepada Krishnamurthy,’’ katanya.

Setakat ini doktor masih belum mendapat jawapan bagaimana cacing berkenaan boleh berada di dalam mata pesara berkenaan.

“Cacing itu berjaya memasuki saluran darahnya dan membesar di dalam badan manusia. Ia telah dihantar ke makmal untuk kajian ,’’ kata Dr V Seetharaman .

Dalam pada itu, Krishnamurthy gembira kerana penyakitnya itu dapat dikesan lebih awal. -mynewshub

11 comments:
Write comments
  1. ini semua salah bn umno...sbb dah kebiasaan semuanya salah bn

    ReplyDelete
  2. Bodohnya Anon atas ni. Apa kaitan dengan politik..

    ReplyDelete
  3. macm mana pula boleh becacing itu mata

    ReplyDelete
  4. Anonymous dia atas paling palui... ini pun nak salahkan BN UMNO.. apa kaitan..

    ReplyDelete
  5. bahaya.. nasib baik sempat dikeluarkan.

    ReplyDelete
  6. Macam mana ini boleh berlaku masih misteri. Bikin takut.

    ReplyDelete
  7. i think anon above is talking in sarcasm way...y u butthurt?

    ReplyDelete
  8. Cacing boleh diketagorikan sebagai perasit.

    ReplyDelete
  9. kalau cacing di perut mungkin tidak hairan tapi kalau di mata memang jarang ditemui. kalau rasa2 sakit di mata tu segeralah buat pemeriksaan. mana tau ada cacing juga:)

    ReplyDelete
  10. kenapa sudah tu Anon di atas? lupa makan ubat ka?? ada cacing kali di kepala otak dia ni..

    ReplyDelete
  11. lain kali, para doktor perlu buat pemeriksaan dahulu sebelum memberikan ubat.. jangan main bagi saja ubat.. nasib baik la tidak kritikal..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.