Wednesday, July 4, 2012

BN Sesak Nafas: Kaum India Bersatu Sokong Ambiga

Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka, kata pimpinan MIC kepada The Malaysian Insider.

Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih.

Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi.

Tegas MIC, presiden parti, Datuk G. Palanivel terpaksa bertindak segera bagi meyakinkan masyarakat India bahawa parti tersebut tidak menyokong kenyataan ahli parlimen Sri Gading selepas isu ini heboh menjadi berita utama.

"Kenyataan tersebut menjejaskan sokongan pengundi India, yang sokongannya lebih cenderung kepada BN, " tegas Palanivel walaupun akhbar komuniti telah dipenuhi dengan berita tersebut.

Ketika perbahasan hangat di Dewan Rakyat Selasa lepas, Mohamad mencadangkan bahawa Ambiga digantung kerana menderhaka dan memainkan peranan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, yang menyaksikan kekecohan di ibukota.

Kenyataan pemimpin Umno itu telah diberi “pengiktirafan “ dengan tersiarnya berita di muka depan kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Tamil dan artikel berwarna dengan respon keras yang sama keadaannya beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008 dimana lebih 30,000 masyarakat India berarak menentang apa yang dikatakan ketidakadilan polisi BN.

Sebelum ini, masyarakat India seringkali dilihat sebagai undi "simpanan tetap" bagi BN tetapi perarakan yang dianjurkan oleh Hindraf - kini diharamkan -berjaya meniupkan semangat kaum minoriti tersebut yang telah lama ditinggalkan oleh pembangunan.

Peristiwa besar (demo Hindraf) yang berlaku seiring dengan perhimpunan Bersih pertama bagi menuntut reformasi pilihan raya lewat 2007 dikatakan punca kepada keputus an teruk parti pemerintah pada pilihan raya 8 Mac 2008.

Perhimpunan Bersih mencetuskan penyokong anti-Bersih yang telah mengadakan pelbagai jenis tunjuk perasaan di luar rumah Ambiga. Dalam salah satu bantahan di hadapan rumah pemimpin Bersih tersebut, peniaga mendirikan gerai burger walaupun Ambiga seorang Hindu dan vegetarian. Dalam protes berlainan, “senaman punggung” dilakukan diluar pagar rumah beliau oleh tentera veteran.

"Kami khuatir ... kerana PM telah melakukan banyak perkara dan kami bekerja keras selama ini. Kadangkala, apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan, sudah tentu ia akan menyentuh sensitiviti pengundi India" kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak fikir masyarakat India menyokong perhimpunan Bersih ... tetapi kerana (Mohamad) melakukan serangan peribadi, simpati masyarakat kepada Ambiga telah meningkat, "katanya.

Akan tetapi MIC - parti komponen BN berasaskan kaum India, percaya bahawa pentadbiran Najib telah berjaya menarik kembali sokongan masyarakat India kepada parti pemerintah.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah tampil ke hadapan dalam menguruskan hal-ehwal masyarakat India secara langsung menerusi pelbagai polisi, sama ada melalui NGO, kumpulan atau kuil.

"Masyarakat India telah kembali menyokong BN. Akan tetapi kenyataan seperti ini ... isu-isu daripada orang BN, telah banyak menjejaskan usaha baik Najib,” kata senator dari MIC, Datuk Daljit Singh kepada The Malaysian Insider.

"Ayat yang digunakan oleh dia (Mohamad) tidak logik sama sekali. Dia boleh menggunakan perkataan seperti 'denda atau hukum dia (Ambiga)' ... Tambahan pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telahpun menuntut ganti rugi daripada Bersih, "katanya.

Beliau menegaskan bahawa walaupun kemarahan meluas terhadap Bersih dan Ambiga, ramai di kalangan masyarakat India melihat bekas pengerusi Majlis Peguam itu sebagai "seorang yang berani".

"Dia tidak berjuang untuk apa-apa yang tidak masuk akal. Dia tidak meminta pampasan daripada kerajaan atau apa-apa - dia cuma tuntut pilihan raya yang bebas dan adil, di mana ia sama dengan perjuangan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya," kata Daljit.

Beliau setuju dengan pendangan rakan-rakan anggota parti bahawa Ambiga, walaupun sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0, gabungan yang menganjurkan perhimpunan Bersih, bukanlah satu-satunya orang untuk dipersalahkan dalam huru-hara pada 28 April.

"Mengapa dia (Mohamad) tidak jadikan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim) sebagai sasaran? Beliau juga berada di sana .

“Ambiga telah melalui secukupnya," katanya lagi.

Palanivel, dalam satu kenyataan minggu lepas, juga menggesa Najib dan pemimpin BN untuk menghentikan serangan terhadap Ambiga, beliau juga setuju dengan Daljit bahawa pemimpin tersebut bukanlah penganjur tunggal perhimpunan Bersih.

"Mengapa Ambiga dijadikan kambing hitam?" soal beliau.

"Mengapa tidak “orang-orang ini” tidak meletakkan gerai burger dan melakukan senaman punggung dihadapan rumah pemimpin Bersih yang lain?

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S. Vell Paari telah berkata sepatutnya Mohamad yang perlu digantung kerana kekurangan pengetahuan am.

Anak kepada pemimpin MIC yang paling lama memegang jawatan presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu dipetik di Tamil Nesan Khamis lalu berkata, "Saya rasa apabila beliau (Mohamad) masih muda, seseorang mesti telah jatuhkan beliau dalam apa-apa cara dan dia telah terhantuk kepalanya. "

Pada hari berikutnya, harian yang sama petik kenyataan Presiden Malaysian Hindu Sangam, R.S. Mohan Shan telah menuntut supaya Mohamad keluarkan kenyataan umum meminta maaf, kerana ini boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Adakah Datuk Ambiga telah melakukan jenayah pembunuhan yang dia harus digantung? Ini adalah satu perkara yang patut ditapis, " kata Ketua Komunikasi MIC Pahang R. Gunasekaran.

Media lain memetik cabaran Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim, Pengerusi Badan Kebangsaan Bertindak Hak-Hak India (Niat) kepada Mohamad untuk mengulangi ucapannya di luar Dewan Rakyat, di mana dia tidak ada kekebalan parlimen.

"Jika dia tidak mengulangi ucapannya di luar, ia menunjukkan dia hanya menyalahgunakan keistimewaan dengan menyalahkan pemimpin NGO yang dihormati dalam memperjuangkan hak-hak sivil, " beliau dipetik dalam Free Malaysia Today.

Susulan oleh arahan Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Mohamad telah menarik balik kata-katanya itu, tetapi adalah dipercayai bahawa kejadian ini mungkin telah buka semula luka lama masyarakat India yang selama ini pentadbiran Najib telah berjuang untuk pulihkan sokong. -TMI

29 comments:
Write comments
  1. untuk para pemimpin parti... sebelum berkata-kata kena dahulu fikirkan apakah akibatnya bila kita mengeluarkan kata2 yg bisa menyentuh perasaan pihak lain.

    ReplyDelete
  2. UMNgOk n perkasa ada imuniti/lesen jenayah???

    ReplyDelete
  3. saya rasa YB Seri Gading tu yg patut dipanggil PARIA. Beliau telah brjaya meletakkan dirinya setaraf dgn panggilan itu.

    ReplyDelete
  4. jika individu itu brjuang kearah keadilan sejagat..salahkah kalau kita ikuti,walau dia brnama Ambiga atau Lim Guan Eng atau Patrick atau Anwar . Jika ada seorang cina pakai seluar pendek bawa motor dan tengah kejar penyamun tiba2 cina tua trnampak kita dan minta brsamanya utk kejar penyamun tadi..kita kena naik motor beliau utk sama2 kejar penyamun itu. Tapi kalau datang seorang yg pakai kopiah/ketayap..dgn keretanya ajak kita pergi ke kelab malam tengok dangdut,haram bg kita. Begitu lah dgn Datuk Ambiga nih. Dia menyeru pilihanraya bersih dan adil disamping 8 perkara utk dilaksanakan oleh BN melalui SPRnya. Susah apa jika mereka betul2 nak memimpin negara. Masalahnya mereka tu nak kaut harta negara sebanyak mungkin dan kalau muflis negara ini,lantaklah,aku dah banyak wang. Negara muflis dan bukan aku. Itu yg ada dlm kepala UMNO. Lepas itu pembangkang yg dipersalahkan, Anwar yg cuba nak benteras penindasan BN pulak difitnah dan anjing2 umno tukang salak.

    ReplyDelete
  5. Boleh tahu juga tu nanti PRU13 apa macam result

    ReplyDelete
  6. Bagus si ambiga tu ikut bertanding.. atas tiket PAS.

    ReplyDelete
  7. tgklah adakah benar Ambiga kena sokong.

    ReplyDelete
  8. DMA sudah jadi liabiliti kepada UMNO?

    ReplyDelete
  9. Walaupun Ambiga menjadi sasaran, untuk mengatakan yang beliau patut digantung adalah melampaui batas. Kenapa tidak cadangkan hukuman yang sama untuk ahli politik yang korup??

    ReplyDelete
  10. sepatutnya PATI yg dpt ic palsu drp Umngok tu yg digantung (kerakyatan) dan sindiket terbabit dibuang daerah. Elok juga syor supaya Ambiga brtanding atas tiket PAS sebab kalu atas tiket umngok..mana bole. Kan mereka tak suka 'bersih'. Yg kotor2 je disukainya.

    ReplyDelete
  11. UMNO suka yang porno-porno termasuk K-pop.

    ReplyDelete
  12. Kita tunggu seterusnya mengenai perkara ini. Kita tidak patut menyokong BERSIH.

    ReplyDelete
  13. Adakah patut ini dipanggil perhimpunan aman yang merosakkan harta benda.

    ReplyDelete
  14. Masing2 support pemimpin kaum sendiri. BN perlu berhati2 dengan tindakan yang dibuat terhadap Ambiga. perkara ni memang akan mempengaruhi PRU-13.

    ReplyDelete
  15. penyokong2 Ambiga termasuk la golongan LGBT..

    ReplyDelete
  16. kalaupun Ambiga banyak sokongan, apa yang perlu dirisaukan?? dia ikut bertanding pilihanraya ka??

    ReplyDelete
  17. MIC is confident that Indian voters will help Barisan Nasional to wrest Selangor and Kedah from Pakatan Rakyat. MIC president Datuk Seri G. Palanivel said feedback from the ground revealed that the perception of the Indian community had changed towards supporting BN.

    ReplyDelete
  18. He said the Indian community viewed the BN government as one that was carrying out programmes to ensure development. He said support for BN among Indians in rural areas rose to 70 per cent, while it reached 60 per cent in urban areas, adding that this was a tremendous improvement from the 2008 general election.The BN government, led by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, has solved most of the problems related to education, housing, schools and temples in the Indian community.

    ReplyDelete
  19. Support from Indian voters will again be key in the country’s next general election (GE) as it was in the 2008 polls, say political analysts. Malaysians of Indian origin now account for 1.9 million out of the country’s 28 million population or 7.3 percent. But they feature significantly in 63 out of 67 parliamentary seats in Peninsula Malaysia.

    ReplyDelete
  20. But a discernable trend has emerged this time around: support from Indians for BN has improved, thanks to a number of pro-active actions spearheaded by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on fundamental issues like Tamil schools, Hindu temples and education.This also explains why Najib’s approval rating along ethnic lines is the highest at 80 per cent among Indians, according to a recent survey by the Merdeka Centre.

    ReplyDelete
  21. Dr Sivamurugan Pandian, a political analyst at Universiti Sains Malaysia, says that results of various by-elections in Bukit Selambau, Bukit Gantang, Bagan Pinang and Hulu Selangor since 2008 clearly showed that Indian support for BN had improved.He attributes this to Najib’s readiness to engage on key concerns affecting the Indian community and that this support pattern would last through the next GE, especially with Indian-based NGOs playing an important role in monitoring the achievements of PR-controlled states.

    ReplyDelete
  22. The academic claims that PR had failed to meet the expectations of Indian NGOs or to work closely with Hindraf, an unregistered but vocal NGO, which had been dominant in the vote swing towards the Opposition in 2008.After 2008, Hindraf split into five groups. One is with DAP, two others are the newly-formed Makkal Sakti Party and the unregistered Human Rights Party of Malaysia(HRPM) and the rest NGOs.

    ReplyDelete
  23. To do that, BN will have to look for suitable candidates who can convince voters on that equation, he adds. MIC Youth chief T. Mohan, who also notes the positive winds of change, estimates that the MIC now has 60 to 65 percent support among Indians.This has been largely due to various factors like changes in the party leadership, more funding for Tamil schools, and more places for Indian matriculation students, he says, adding that Najib’s 1Malaysia outreach programme had clipped much of their resentment of the past.

    ReplyDelete
  24. Although some issues remained unresolved, Mohan believes that MIC could get close to what it got in 2004, with support expected to reach 70 to 75 per cent with suitable candidates and provided that “no one makes unnecessary remarks that could hurt the feelings of the community.”DAP vice-chairman and Member of Parliament for Ipoh Barat, M. Kulasegaran, however, dismissed BN’s claim of growing support among Indians, saying that it was unsubstantiated.

    ReplyDelete
  25. Kulasegaran asserted that many basic issues like high unemployment, deplorable conditions in Tamil schools, lack of study loans or scholarships and low Indian participation in the equity market had not been fully addressed. “I believe the Indians still prefer PR for its openness and willingness to speak up for them and attend to their needs. PR was able to appoint an Indian as the first DCM (deputy chief minister) in Penang and a Speaker to the Perak state legislative assembly,” he said.

    ReplyDelete
  26. But now, political analysts feel that there is perception among some Indian NGOs like Hindraf that PR is “focusing primarily” on Malay and Chinese voters” or handling Indian issues on a piecemeal basis and hence the fear that their “representation” through PR could be lost. This explains why some are saying that support among the Indians is split down the middle, with both BN and PR saying that they have their support.PR could be the biggest loser this time around if it fails to garner Indian support as it got the lion’s share then.

    ReplyDelete
  27. If 30 per cent of registered Indian voters decide not to vote, it also means that both sides have to compete for the remaining 70 per cent, which is largely split into three unique “segments” — the lower, middle and upper classes.Hindraf still has some influence left. If it stays away from the GE, it could cause PR to lose its grip on Selangor and Kedah.

    ReplyDelete
  28. Getting Hindraf on board could mean that PR has to accept demands from HRPM, Hindraf’s unregistered political wing, of five to seven parliamentary seats.Datuk Dr Denison Jayasooria, Principal Research Fellow, Institute of Ethnic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, believes that Hindraf does not have mass appeal anymore because of in-fighting.He also thinks that the lower classes seem to be largely with BN while the middle and upper classes are with the opposition.

    ReplyDelete
  29. Saying that MIC’s chances would be better than 2008 but not 2004, this can only happen if it fields open-minded candidates who appeal to other communities as well since the resolution of the MAIKA share issue and MIC leadership change had made it difficult for PR to exploit.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.