Sebelas penumpang cedera, dua daripadanya parah, selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah di Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh di Kuala Lumpur petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di ibunegara, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang.
Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.
"Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri," katanya ketika dihubungi.
Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku.
Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan.- Bernama
kredit foto: onscene.my
Wednesday, July 4, 2012
Bas Terbalik Di Lebuh Raya, 11 Cedera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini semua berpunca dari kerja bn umno....
ReplyDeleteDriver tu hilang kawalan semasa memandu, pemandu2 harus berhati-hati dalam setiap pemanduan.
ReplyDeleteNi la kalau orang gila politik. Artikel cerita pasal kemalangan salahkan parti politik. Sot..
ReplyDeletekemalangan yang dashyat. moga mangsa tabah menghadapinya.
ReplyDeleteDi SM, memang suka pandu laju2.
ReplyDeleteKelalaian pemandu lain boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.
ReplyDeleterasanya tengok warna dan trip bas tu..mesti KOTA EKSPRESS. Kalu betul,bas drp sykt ni pernah dikesan oleh PDRM unit udara telah memandu melebihi had laju dibenarkan di PLUS Highway beberapa tahun lepas.
ReplyDeleteKecuaian pemandu bas memang amat dikesali. Kerana mereka harus tahu yang mana mereka ada tanggungjawab memastikan penumpang sampai tempat yang dituju.
ReplyDeleteKemalangan yang perlu kita elakkan.
ReplyDeletekalau sendiri berhati2 tapi orang lain tidak berhati2 kemungkinan kemalangan tu memang tetap ada.
ReplyDeletemakin cantik jalanraya, makin banyak juga kemalangan..
ReplyDelete