PAPAR: Pendedahan mengenai isu pencerobohan kawasan tagal Sungai Kampung Kogopon, di sini terus mendapat reaksi di kalangan penduduk yang meminta agar kawasan berkenaan tidak diganggu lagi.
Ketua Kampung Kogopon, Sopikit Lianjun, 52, berkata kedegilan pihak pemaju yang masih meneruskan aktiviti menggali batu dan pasir di sungai berkenaan menyebabkan mereka berasa terkilan.
Sehubungan itu, beliau yang mewakili suara penduduk Kampung Kogopon mahu aktiviti itu dihentikan bagi menjaga sistem tagal serta tidak merosakkan kawasan sekeliling.
“Apa yang menyedihkan semenjak isu ini dibongkar, aktiviti menggali masih diteruskan. Kawasan ini dahulunya amat terjaga dengan keindahan alam semulajadinya, namun kini ia telah dirosakkan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo kelmarin.
Selain sistem tagal terjejas, Sopikit turut mendakwa aktiviti itu juga mengakibatkan hakisan tanah di sekeliling sungai selain aliran sungai kini dialihkan beberapa ratus meter berikutan proses tambakan batu.
“Aliran sungai telah berubah dan kami bimbang berlaku insiden buruk seperti hakisan tanah serta banjir jika ia dibiar berterusan,” katanya.
Menurutnya, tanda amaran yang tertera di kawasan itu yang menyatakan bahawa sesiapa melanggar peraturan tagal boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 tidak diendahkan. Sungai Papar ditagal sejak 2008 membabitkan enam kampung, termasuk Kogopon, Kundasang, Mandalipau, Bolotikon, Kaiduan dan Bisuang.
Mengulas tindakan sogit seperti diarahkan Jabatan Perikanan Sabah kepada penduduk, Sopikit menjelaskan mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa sehari dua ini.
“Kami akan mengumpulkan orang kampung bagi membincang perkara ini seperti diarahkan, dan barulah dirujuk kepada Mahkamah Anak Negeri,” katanya, sambil menjelaskan mengikut adat resam mereka, secara kebiasaan sogit yang dikenakan adalah seekor lembu. (UB)
Sunday, July 1, 2012
Jangan Ganggu Tagal Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO kata kerajaan Pakatan di Selangor tidak buat apa-apa tentang kecurian Pasir di Selagor. Yang di Papar ini apa ceritanya yang ini halal punya kerja kah? Panggil TV3 sekarang juga!
ReplyDeleteMengikut laporan akhbar tempatan hari ini di Kota Belud juga timbul masalah, UMNO diam pula.
ReplyDeleteUMNO terjerit-jerit mengatakan kecurian pasir di negeri pakatan yang ini apa cerita? Duit sudah masuk dalam poket pemimpin UMNO kah?
ReplyDeletekalau sungai tu bapa korg punya, bagus pagar sj ba.
ReplyDeleteini lah pemimpin syok saja,mana lah si ROSNAH itu nampak sebab asyik pegi SPA saja mahu kasi kurus badan ,kalau memang dasar penipu rakyaat memang lah begitu memang slogan UMNOPRNO ini "RAKYAAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN PENDAPATAN DIUTAMAKAN" ngam lah itu,kita kuburkan UMNO didasar pasir yang dikorek itu aman lagi bagus dan ngam lah itu
ReplyDeletepatut kenakan tindakan pada mereka yang melanggar sistem tagal tersebut.
ReplyDeleteSiasat sama ada pemaju ini ada kelulusan untuk gali pasir/batu ataupun tidak.
ReplyDeletePihak pemaju kena patuhi peraturan. Untung2 juga tapi undang2 tetap undang2.
ReplyDeleteKerajaan berusaha membantu rakyat.
ReplyDeletePerlu dikaji semula
ReplyDeletesaman saja tu pemaju...minta sogit...
ReplyDeleteaktiviti ini harus dihentikan. ia mencemar alam.
ReplyDeletebah apa lagi kalau pihak berkuasa inda mau buat tindakan, gumpul urang kampung pi serang tu taukeh kasi himpit pakai batu sungai......bikin panas punya pihak berkuasa....
ReplyDeleteKalau perkara ini berlaku di negeri yang diperintah oleh pakatan raykat wakil-wakil rakyat UMNO akan melalak siang dan malam macam anjing tapi fasal ini berlaku di negeri yang UMNO perintah dibiarkan sebab ada imbalan masuk dalam poket mereka.
ReplyDeletehak rakyat mesti ditahankan.
ReplyDeletekerajaan mesti menyelesaikan masalah dengan secepat mungkin.
ReplyDeleteUMNO kenalah bersuara dan menyelesaikan masalah ini untuk rakyat.
ReplyDeleteHarap masalah penduduk di Kampung itu akan dapat di selesaikan. Wakil rakyat harus bertindak dengan segera.
ReplyDeleteHarap perkara ini dapat di selesaikan dengan cara perbincangan yang aman, jangan ada pergaduhan.
ReplyDeletePihak pemaju harus mengikut peraturan yang di beri, tidak boleh sesuka hati masuk di kawasan yang tidak di benarkan.
ReplyDeleteJangan salahkan kerajaan saja, kerajaan pun sudah banyak membantu rakyat.
ReplyDeleteTidak boleh dengar cerita sebelah pihak sahaja.
ReplyDeleteJika disabit salah, ambil tindakan.
ReplyDeletePemajau yang mengambil kesempatan harus dikenakan denda agar tidak berulangi aktiviti sebegini.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertindak untuk menyelesaikan masalah.
ReplyDeleteHantar kes ini ke mahkamah dan bair mahkamah menentukannya.
ReplyDeleteAktiviti ini akan menyebabkan hakisan tanah yang merisikokan penduduk sekeliling.
ReplyDeleteSebaiknya adat orang tidak patut diganggu. Mungkin ini akan menaikkan kemarahan kepada penduduk kampung.
ReplyDeleteisu ini haruslah diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeletemana-mana pihak yang bersalah harus dikenakan tindakan.
ReplyDeletesemua harus berusaha untuk selesaikan isu ini agar tidak berpanjangan.
ReplyDeletelangkah yang berpatutan harus diambil dengan segera.
ReplyDeleteharap perhatian yang sewajarnya akan diberikan berhubung pekara ini.
ReplyDeleteMasalah tagal diganggu ini memang tidak patut berlaku. Sebaiknya adat penduduk perlu kita ketahui. Jangan kita melanggarnya.
ReplyDeleteSiapakah yang cuba merosakkan adat orang lain ini. Perlu disogit ini kalau ikut betul perkara ini berlaku. Bawa kes ini kepada pihak yang bertanggungjawab.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertindak untuk menghentikan aktiviti sebegini.
ReplyDeleteIsu ini jika dibiarkan sebegini, keseimbangan eko dan masalah yang serius akan berlaku.
ReplyDeletePihak berkuasa harus gantung lesen pihak pemaju.
ReplyDeletePemaju harus memberi penjelasan, gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang.
ReplyDeletePihak harus turun padang dan memantau agar pemaju ini tidak membuat aktiviti yang haram.
ReplyDeletebukan sekadar sogit saja dikenakan, biar kena hukuman dari mahkamah juga.
ReplyDeletesiapa pihak di sebalik aktiviti haram ni??
ReplyDeletesistem Tagal ini diusahakan sepenuhnya oleh komuniti dibawah pemantauan JPNS dan dikawal dibawah peraturan kampung yang kemudiannya dibawah Undang-Undang Adat dan Enakmen Perikanan Darat dan Akuakultur 2003.. sepatutnya pihak JPNS memaninkan peranan melindungi sistem Tagal ini dari sebarang bentuk pencerobohan..
ReplyDeleteJabatan Perikanan Negeri Sabah
Sapa yg bagi lesen? Kalau ada kelulusan, minta pegawai tu di siasat SPRM. Kalau tiada kelulusan, rampas saja. Dia menceroboh tanah kampung orang, mencemarkan sungai, dan berbagai kerosakan lagi. Saya tengok Aspalt di jalan tu sudah retak oleh kenderaan berat mereka.
ReplyDeletekalau mau pandu lori tuu agak2 laaa....apa hal bwa lorry d kogopon?? ini kogopon laa!!! siapa x tau tmpatnya?? wkwkwkwkwk !! kamu smua pangait !!
ReplyDelete