Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.
"Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.
"Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk
memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini..
"Kalau kita buat pilihan raya terlalu awal bererti kita memendekkan tempoh yang rakyat berikan kepada kita," katanya.
Oleh itu, kata perdana menteri, tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya itu.
Persoalan mengenai pilihan raya menjadi teka-teki semua pihak khususnya di kalangan parti-parti politik pembangkang.
Terbaru ialah spekulasi mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan selepas selesai bersidang semalam, tetapi sehingga ini, belum menjadi kenyataan.
Sebelum ini, ada pihak, khususnya PAS, yang mendakwa, perdana menteri mungkin mengadakan pilihan raya pada musim haji akan datang.
Ada juga yang berpendapat ia mungkin diadakan awal tahun depan.
Dan kenyataan perdana menteri malam ini, yang BN mahu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun itu, menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya umum tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat ini.
-MK
Sunday, July 1, 2012
Mandat lima tahun, Nyata BN Bimbang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Geli aku dengar ayat PM," Kalau kita buat pilihanraya awal makna kita memendekkan pilihan rakyat." Pooraahh. hei,cepat berambus haramjadah.
ReplyDeleteTak salah jika pm mahu mnghabiskan mandat 5 tahun atau sebalik nya
ReplyDeletebagi la beliu peluang untuk membuktikan kemampuannya untuk mentakbir
negara.5 tahun tak la lama sangat berbanding dengan pentakbiran ghadafi
di Libya.nanti bila tiba saat parlimen di bubarkan baru la kita membuat pilihan.sama ada memilih lagi beliu atau menghukumnya dengan memilih parti lain.
tak payah 5 tahon, bagi aku jadi PM paling lama pon 2 tahun aku buktikan kebolehan memrintah. Bukan susah, lantik KSN brwibawa dan ada otak, cari KSU Kementerian yg kaki agama dan boleh jauhi rasuah, lantik SUK juga yg ada otak ( bukan mcm SUK Sel & Perak ). Gejala jenayah, tentukan PDRM 'bekerja' dan bukan kerja tangkap org PAS atau ustaz jer tanpa memikior penjenayah negara. Singkir peg kanan PDRM yg lindungi ketua penjenayah, budget utk pertahanan kena lebihkan supaya pertahanan negara betul2 disegani drantau Asean. Ini cakap jer askar dan polis adalah tercanggih di Asia,apa yg canggih aku pon tak tau. Dan PALING UTAMA,lantik Menteri juga yg menjadi pemimpin rakyat bukan pemerasugut rakyat. SENANGKAN. Dah jadi PM,takkan orang tak mau dengar syor aku utk rakyat. Mana2 pembodek atau pencacai aku ..hang jaga, aku sumbat hang dlm lokap.
ReplyDeletetengok Dr Mursi yg baru naik sebagai Pres.Mesir. apa dia buat, dlm satu majlsi atas pentas utama,beliau leraikan tangan2 polis yg cuba lindungi beliau drp 'public'lantas brkata."tak perlu lindungi beliau kerana beliau hanya perlu kpd perlindungan Allah."
ReplyDeletedgn pertambahan 600 ribu pengundi baru dSelangor, atas kertas confirm PR kalah. Jika betul,celaka SPR yg brsama UMNO menggadai maruah dan kedaulatan Msia kpd orang asing yg diberi ic palsu utk mengundi. Confirm prtambahan itu melibatkan warga Nepal,Pakistan,Bangla serta Indon kerana warga sudah tdak dprcayai oleh UMNO dlm BN.
ReplyDeletedi Tganu sudah ada prkampungan Nyammar setelah selesai PRU ke 12 yg menyaksikan Parti Islam jatuh dan khabarnya sekarang warga Bangla pula brkampung di Tganu ( Kg Atas Tol ). Mungkin menanti PRU ke 13 pulak la ye.
ReplyDelete