Wednesday, July 11, 2012

MARA batal pinjaman belajar anak pemimpin PKR

Tawaran pinjaman pelajaran kepada anak seorang pemimpin PKR ditarik balik apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempertikaikan status bapanya sebagai seorang Melayu.

Menurut pemimpin PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.

NONE"Saya dah 69 tahun. Dulu orang yang daftar saya bukan ayah saya. Saya semak-semak, jiran saya yang daftarkan waktu tu. Nama syed, jadi dia bubuh Arab.

'Itu sebelum merdeka, lepas merdeka ada perlembagaan Artikel 160 yang kata siapa Melayu. Selama ni saya tak pernah rasa Arab. Cakap Arab ana ente je saya tahu.

"Saya daftar anak saya sendiri. Surat beranak dia tulis keturunan bapa Melayu," katanya.

Syed Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier pada 23 Jun.

Sebahagian daripada surat itu, yang disiarkan Syed Hamid di laman Facebook beliau, menyatakan seorang atau kedua-dua ibu bapa pemohon penerima pinjaman pelajaran Mara mestilah Melayu atau bumiputera.

"Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tawaran saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana tidak memenuhi syarat seperti di atas," nyata surat tersebut. -MK

22 comments:
Write comments
  1. MARA pun buat hal dan biasiswa pula brtukar jadi PTPTN. Aduh..bertuah 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. PATI di Sabah yang dapat IC melalui pintu belakang macam mana pula tak akan dia jadi ahli UMNO maka dapat lesen menikmati kemudahan!

    ReplyDelete
  3. PATI di Sabah lagi untung bekalan letrik percuma ( sambung saja dari mana-mana kabel sedia ada ), rawatan hospital percuma, bekalan air percuma ( sambung sendiri ) semua percuma. Anehnya walaupun bekalan api dan air itu penyambungan haram tak pula di bawa ke mahkamah. Kalau rakyat tempatan buat penyambungan haram seperti itu cepat saja didakwa di mahkamah. Aduhai Malaysiaku rakyat asing didahulukan rakyat tempatan disengsarakan!

    ReplyDelete
  4. syed hamid ali; cuba buat permohonan seumpamanya menggunakan kuota sabah sbb di sini, pilaks, indon, pakistan pun senang2 jadi WARGANEGARA!!!

    ReplyDelete
  5. Di Sabah OMPILAK pun boleh jadi warganegara asal undi UMNO!

    ReplyDelete
  6. Hoi MARA: itukn pinjaman yg akn d bayar balik... ape ko ingat duit 2 ko bg percuma ker???... Ko bg pinjam pun dgn interest... Meniaga kan jugak ko???... ape la bolo MARA ni...

    ReplyDelete
  7. MB Perak yang ada sekarang ini adalah dari keturunan India!
    Kes mcam ni mengikut Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak ianya masih boleh dicabar!
    Tapi biasalah..umno kalu tak tipu bukan umno.!
    Dulu tipu, kini dan selamanya.!

    ReplyDelete
  8. Yg lebih parahnya jika mengtahui seseorang itu menyokong pembangkang, automatiknya bantuan2 kepada penduduk kampung jugak disekat(negeri diperintah oleh pembangkang seperti Kelantan telah lama menerima nasib sedemikian). Inilah realitinya yang berlaku akibat fahaman sempit pemimpin umno**(baru) yg merasakan bahawa negara ini mereka yg punya!!! Metaliti mereka agak keterlaluan bila merasakan hanya penyokong kerajaan sahaja yg layak sebagai rakyat Malaysia utk memperolehi bantuan.

    ReplyDelete
  9. berikan pinjaman pada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. dah tu sendiri keturunan Arab, macam mana MARA nak approve

    ReplyDelete
  11. bukan keturunan arab tapi ,asu dulu2 dia tu pak sheikh arab bela dan masa register pun masuklah gelaran syed. Dpt title tu smpai la ni. Ahh,kalu sokong UMporno...confirm settle punnya. Yelah..macam contoh yg dah ada skarang.

    ReplyDelete
  12. Harap isu ini akan dijelaskan kepada MARA supaya pinjaman tersebut akan disambung. Cuma salah faham saja.

    ReplyDelete
  13. Susah juga kalau surat beranak itu didaftarkan sebagai Arab. Nanti MARA disalahkan kerana memberi orang asing pinjaman pendidikan, mestilah kena mengenal pasti dulu perkara sebenar.

    ReplyDelete
  14. Rasalah pembangkang bila pinjaman tiada..

    ReplyDelete
  15. kalau bukan Melayu atau bumiputera tu tidak payahlah berangan2 mau dapat pinjaman pelajaran MARA.

    ReplyDelete
  16. Kenapa tidak ubah bangsa 'arab' tu dari awal?

    ReplyDelete
  17. Takkanlah pasal ni pun terus nak kaitkan dengan politik.

    ReplyDelete
  18. MARA hnya untuk bumiputera.. Arab bukan bumiputera.

    ReplyDelete
  19. Apa pun jangan kerana berlainan parti anak menjadi mangsa keadaan.

    ReplyDelete
  20. Anonymous said...
    July 12, 2012 8:36 AM

    sebelum ini kerajaan pernah robohkan setinggan haram.. robohkan rumah PATI, putuskan bekalan elektrik dan air PATI.. kemudian apa jadi?? pemimpin2 pembangkang tanpa kaji selidik menuduh kerajaan zalim macam Israel.. buat salah, tak buat pun salah.. itu sebab la otak kau pun jadi serba salah..

    ReplyDelete
  21. pirit said...
    July 12, 2012 1:30 PM

    kalau PATI di Sabah senang2 jadi warganegara, sudah lama commentator di Sabahdaily ini dipenuhi oleh PATI2 yang tidak betul bahasa Malaysianya..

    ReplyDelete
  22. arafat said...
    July 13, 2012 6:49 PM

    kalau sokong PR makin ramai pemimpin2 berstatus PR di Puterajaya.. sekarang ni pun ada beberapa pemimpin PKR yang guna status PR.. termasuklah Wan Azizah, Azmin dan Saifuddin.. so kalau Pakatan memerintah, confirm settle masalah si PR status ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.