Wednesday, July 11, 2012

Khalwat: Bekas Pelajar IPTA Didenda

Kemeriahan sambutan tahun baru buat tiga remaja bertukar detik hitam apabila mereka dicekup pihak berkuasa kerana disyaki berkhalwat bersama pasangan bukan muhrim dalam sebuah rumah.

Gambar: Remaja lelaki dan pasangannya yang dituduh berkhalwat keluar dari kamar bicara selepas perbicaraan selesai sebelum masing-masing menjelaskan denda yang dikenakan.

Kejadian dua tahun lalu itu juga menjadi pengajaran berharga buat remaja terbabit apabila turut diberhentikan daripada pengajian selepas mereka bertiga mengaku melakukan kesalahan tidak bermoral itu.

Lebih mendukacitakan apabila mereka turut dibawa ke muka pengadilan berikutan kesemua bekas pelajar pusat pengajian tinggi awam itu berjaya disabitkan atas kesalahan dilakukan.

Remaja terbabit, Mohamad Izzul Hafez Amin Jusoh, 18, Nor Azira Che Ngah, 19, dan seorang lagi rakannya, Shahrul Muzammir Salleh @ Abdullah, 18, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah atas satu kesalahan khalwat yang dilakukan pada malam tahun baru dua tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di dalam ruang bicara mahkamah, ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Taman Intan, Mukim Sura pada jam kira-kira 10.30 malam, 31 Disember 2010 lalu.

Ketika ditahan, dua remaja lelaki dan remaja perempuan yang tidak mempunyai hubungan muhrim itu berada di dalam rumah berkenaan sehingga boleh menimbulkan syak wasangka.

Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mendengar hujah pendakwaan dan rayuan daripada ketiga-tiga tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal berbuat demikian.

Kesemua tertuduh berasal dari Manir dan Besut Terengganu itu menjelaskan denda untuk membolehkan mereka terlepas daripada menjalani hukuman di sebalik tirai besi.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa raya Syarie, Mustafar Hamzah, ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesalahan khalwat itu boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

-GB

10 comments:
Write comments
  1. biasanya fenomena ini terjadi lantaran adanya Hari Valentine dan juga Malam Tahun Baru. Semua itu tajaan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Jangan salahkan hari peringatan, semuanya terletak pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. trletak diri sendiripun..kalu tiada pihak yg laksanakan macam2 hari utk remaja2 kita,sedikit sebanyak akan mempengaruhi nilai2 dan norma2 kehidupan manusia. Contoh mudah,diKelantan bila tok guru brjaya terap nilai2 keagamaan kpd pegawai2 kerajaan disana..lama kelamaan ianya terserap kedlm qalbu pegwai2 yg ada lantas tak pelik lah Ketua Polis Negeri pulak yg mahukan setiap IPD supaya Ketua Polis Daerah 'membaca' khutbah dimimbar masjid setiap hari jumaat. Bukan kata 'pihak lain' yg brsalah tetapi ianya akan sedikit sebanyak mempengaruhi nilai2 dan norma2 kehidupan manusia..yang mempunyai nafsu dan perasaan.

    ReplyDelete
  4. Anak-anak muda perlulah pandai membawa diri supaya tidak mengundang masalah seperti ini.

    ReplyDelete
  5. Semoga mereka ini akan bertaubat jika dilepaskan.

    ReplyDelete
  6. Jadikan sebagai pengajaran.

    ReplyDelete
  7. Sikit2 nak salahkan aprti politik. Nama pun pelajar IPTA. Sepatutnya ada otak untuk berfikir sendiri.

    ReplyDelete
  8. pada masa2 itu mmg byk kes begitu berlaku..

    ReplyDelete
  9. Sia-sia diberhentikan kerana perkara ini. Sia-sia usaha sehingga itu.

    ReplyDelete
  10. arafat.. jadi khalwat yang berlaku di negeri Pakatan pula ditaja oleh Pakatan la kan?? siap mahu menghalalkan LGBT lagi..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.