Saya melihat Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November, di Seremban Jaya, sebagai pelepasan pecutan awal di pusingan terakhir buat aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13. Ia bukan sekadar satu upacara penuh simbolik untuk menggerakkan seluruh potensi kekuatan bagi menamatkan era BN, tetapi komitmen padu membawa perubahan menyeluruh yang didambakan setiap warga selama ini.
Meskipun jadualnya bertukar, daripada acara kemuncak menghimpunkan sejuta orang di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam, kepada himpunan di peringkat zon -- dengan memilih Negeri Sembilan sebagai tapak bersejarah membuka laluan kepada momentum tsunami politik 2008 ke arah selatan -- ia tetap membawa makna besar ke arah pembebasan Putrajaya. Seremban menjadi saksi bahawa penampan yang memagari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno lebih empat tahun lalu, sudah mulai roboh.
Dari petang ke malam Sabtu itu, hujan lebat ternyata tidak dapat menghalang tekad waja dan azam jitu rakyat untuk berpusu-pusu memeriahkan himpunan, mendengar amanat pemimpin, berkongsi pengalaman bertanya khabar, juga selingan hiburan personaliti terkemuka tanahair. Audien pelbagai bangsa, daripada pelbagai latarbelakang dan lapisan umur, setia menunggu sehingga tamat program.
Pidato Anwar Ibrahim, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dilihat berupaya menyuntik keyakinan bukan hanya kepada penduduk Negeri Sembilan, malah menjadi bekalan pembakar semangat buat penonton yang datang dari jauh -- bahawa perubahan mesti dilakukan segera, dalam PRU13 ini, bagi menyelamatkan negara. Peluang terbaik tidak datang selalu dan kesempatan terbentang di depan mata harus dimanfaatkan sebaiknya.
Menyedari terdapat asakan berterusan yang bertujuan untuk memecah-belahkan kesatuan Pakatan, khususnya antara PAS dan DAP, seorang kawan meminta saya menekankan ucapan ataupun jaminan pemimpin DAP dalam majlis itu. "Aku tertarik dengan kenyataan pemimpin mudanya, Ketua Pembangkang Dun Negeri Sembilan, Anthony Loke," tambah sahabat saya itu.
Saya yang hanya mengikuti himpunan itu melalui siaran langsung internet, mengakui ucapan Loke agak menarik. "Mari kita tinggalkan politik korupsi, nepotisme dan sentimen perkauman. Pemimpin mesti ada integriti, bersih, dan pentingkan rakyat," katanya, sambil menekankan orang Melayu tidak akan hilang kuasa apabila Pakatan mengambil alih kerana yang terlucut kuasa hanyalah Umno.
"Malaysia era baru di bawah Pakatan, kalau agama Buddha dihina, saya yakin PAS akan pertahan, kalau Hindu atau Kristian dihina, KeADILan akan pertahan, dan kalau agama Islam dihina, pemimpin DAP akan pertahannya. Saya sendiri pertahankan Tok Guru Nik Aziz apabila beliau dihina pemimpin MCA," tambahnya lagi, disambut tepukan bergemuruh.
Dalam pada itu, ada rakan-rakan berpendapat, sekiranya siri program jelajah seluruh negara himpunan kebangkitan rakyat itu bertujuan memaksimumkan impak tuntutan senarai daftar pemilih yang benar-benar bersih, selain menimbulkan isu akses media semasa kempen PRU13, seeloknya ia harus diakhiri dengan perarakan ala Bersih di kota raya Kuala Lumpur dan turut membabitkan penyertaan proaktif rangkaian NGO yang komited dengan isu-isu hak asasi dan keadilan sejagat. Partisipasi masyarakat sivil bagi menyemarakkan proses pendemokrasian di Malaysia sudah teruji, dan oleh itu mereka tidak wajar dilupakan pada saat-saat kritikal ini.
"Usaha memaksa kerajaan menyediakan pilihan raya bersih dan adil, bukan sekadar memerlukan kehadiran ramai tetapi perlu melibatkan segenap lapisan masyarakat. Benar, himpunan Hijau anjuran PAS, bermula di Stadium Darul Aman, Alor Setar dihadiri 100,000, syabas, tapi kita mahukan penyertaan lebih daripada itu. Biar Najib dan BN digoncang. Jadi, lebih elok kalau dianjurkan perarakan seumpama Bersih 4.0, kalau boleh bergelegak sekali lagi Kuala Lumpur," kata seorang aktivis NGO hak asasi sambil mencadangkan Stadium Merdeka menjadi lokasi alternatif.
Berdasarkan mood positif rakyat di seluruh negara, serta gelombang kesedaran yang memuncak dan keazaman tinggi untuk melakukan perubahan menyeluruh -- dari Perlis ke Johor, merentasi Laut China Selatan -- saya kira jika segalanya diuruskan dengan baik dan cermat, sekali gus mengelak kesilapan, walaupun kecil, yang boleh membawa padah, kesempatan terbaik ini mungkin sukar berulang lagi jika peluang keemasan disesiakan. Keyakinan kepada penyokong, aktivis dan warga seluruhnya mesti dipasak sedalam mungkin, namun jangan memandang rendah ruang berlakunya sabotaj, pembelotan atau kealpaan yang tidak disengajakan.
Dan pastikan segala konspirasi perancangan jahat dan komplot penipuan Umno-BN pada hari mengundi nanti dapat disekat sebaik mungkin. "By hook or by crook, kita masih cari jalan untuk gagalkan perencanaan musuh, pandai-pandailah mengaturnya," tegas seorang strategis pilihan raya yang mengaku masak dengan taktik jelik elit penguasa.
Dalam pada itu, bukan sedikit usaha transformasi Najib Razak, ditambah pelbagai insentif one-off ditabur, namun majoriti rakyat seperti sudah mencapai kata sepakat, "cukuplah BN, kami tetap mahukan perubahan kali ini". Serangan berterusan media, disokong segala kemudahan kerajaan yang boleh diperkakaskan Umno-BN, seakan tumpul dan ada kalanya seperti menikam belakang sendiri. Sekurang-kurangnya itulah yang dizahirkan di permukaan. Apa pun, selagi belum tiba hari mengundi, usah mencurah air di tempayan hanya kerana mendengar guruh di langit.
Seperti biasa, saya masih cuba melihat sisi-sisi kelemahan Pakatan Rakyat, baik di peringkat jentera parti mahupun empat kerajaan negerinya, dengan mengandaikan situasi terburuk yang boleh menimpa. Juga menyedari bahawa Najib Razak dan parti pemerintah peringkat pusat mempunyai banyak kelebihan dan sumber yang tentu akan dieksploit sepenuhnya dalam saat-saat genting nanti.
Saya memaksa diri untuk tidak mudah percaya dengan "gambaran indah" yang ditunjukkan dalam setiap program Pakatan, misalnya kehadiran luar biasa dalam majlis ceramah dan makan malam.
Begitu juga dengan siri perisytiharan bekas pegawai kanan kerajaan bersama oposisi, khususnya PAS. Itu belum dikira bisik-bisik bahawa lebih ramai yang masih memegang jawatan strategik sudah tidak sabar lagi menanti PRU13 bagi menghukum pemimpin dan parti yang korup dan curang. Ya, mereka tidak akan membazirkan walaupun satu undi, bagi memastikan perubahan dapat direalisasikan.
Malah, difahamkan, tidak sedikit jumlahnya pemimpin BN yang menunggu masa untuk berpaling tadah jika jelas tanda-tanda "bahtera besar" itu akan tenggelam! Bukankah Dr Mahathir Mohamad sendiri kerap mengakui, apa gunanya menjadi pemimpin Umno jika parti itu sudah hilang kuasa dan berpindah ke blok pembangkang?
Rakyat yang makin terdedah dengan maklumat dan celik politik sudah bosan dengan amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa dan korupsi yang menjadi-jadi. Pendedahan silih berganti (cukuplah dengan inisiatif Rafizi Ramli, bermula skandal lembu fidlot dan terkini hubungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab terhadap SPRM, Nazri Aziz dengan jutawan peniaga balak Sabah); semuanya membuktikan, kuasa kepada pemimpin Umno bukan lagi dianggap amanah, tetapi kesempatan memburu ghanimah menimbunkan harta kekayaan. Kehidupan mewah anak beranak menteri tidak segan silu lagi untuk diperagakan kepada publik.
Berkali-kali ditegaskan, Umno-BN yang hampir ditewaskan lebih empat tahun lalu tidak pernah mengambil iktibar dengan kejutan kekalahan pada lima negeri dan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, sebaliknya dengan sisa dan baki kuasa yang ada, segalanya mahu dikaut dan dibolot untuk diri, kelompok dan kroni. Hinggakan ramai bekas pemimpin kanan Umno sendiri mencadangkan, biar sekali parti itu merempat kalah, barulah kemungkinan ada potensi ia dapat dipulihkan selepas menyedari tinggi rendahnya langit.
Terbukti, kuasa politik menjadi sumber paling mudah buat pemimpin BN dan suku-sakatnya memenuhkan tembolok. Atas nama projek pembangunan, perancangan rapi (dan jahat) dibuat untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara dan menghanguskan wang pembayar cukai. Apabila pemimpin BN bertepuk meja di Dewan Rakyat menyokong pengumuman Menteri Kewangan meluluskan projek, yang pantas terbayang bukanlah manfaat diraih rakyat tetapi berapa banyak ghanimah yang boleh diangkut.
Lim Guan Eng, dalam konvensyen tahunan DAP Melaka, 28 Oktober lalu menegaskan: "Sebanyak RM240 juta yang dibelanja untuk lapangan terbang Melaka yang tidak digunakan oleh kapal terbang tetapi untuk bermain layang-layang. Barangkali ia boleh digunakan untuk menternak lembu juga." Tiga bulan lepas, saya pernah meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam yang sunyi senyap itu! Tiada pesawat, tiada penumpang, tiada kedai-kedai yang dibuka, tiada pekerja yang bertugas, malah lampu pun tidak dipasang pada sebahagian besar terminal. Dan airport itu bertaraf lapangan terbang antarabangsa! Anda tidak perlu dikhutbahkan dengan senarai panjang pembaziran ketua-ketua menteri negeri Hang Tuah itu.
Sogokan rasuah RM40 juta Michael Chia kepada "Bapa angkatnya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan misteri dana politik Umno negeri itu, yang kemudiannya dirangkaikan Rafizi dengan kenderaan mewah Hummer RM459,000 yang diguna anak Nazri, dijangka mengocakkan lagi sisa-sisa keyakinan Najib untuk berdepan PRU13. Maka, semakin tertangguhlah tarikh pembubaran Parlimen ...
Najib sendiri mempertahankan Musa, sebagaimana beliau membisu dengan kekayaan menakjubkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, yang dikatakan mencecah USD15 bilion!. Bekas menantu Taib, Shahnaz Abdul Majid, mendedahkan anak Taib membelanjakan RM782,520.55 dengan hanya satu kad kredit untuk enam bulan pertama 2012. Shahnaz menuntut RM400 juta sebagai penyelesaian kes cerai kerana aset suaminya dikatakan bernilai berbilion ringgit, dengan deposit RM700 juta di 111 akaun bank di dalam dan luar negara.
Cerita rasuah pemimpin BN tidak terhenti setakat itu. Sememangnya korupsi dan Umno tidak boleh bercerai-tanggal; gejala ini menjalar jauh ke peringkat akar umbi, mungkin dengan skala lebih kecil. Soalnya, apakah isu kecurangan pemimpin Umno ini cukup -- terutama di kalangan pengundi Melayu -- untuk membentuk gelombang besar penolakan menyeluruh terhadap BN? Dan rakyat tidak mudah lagi tersilau dan terkeliru dengan tukang-tukang spin dan penasihat media Perdana Menteri yang begitu ramai itu. Hadapilah isu yang real dan berjejak, bukannya terpukau dengan sihir propagandis Umno yang mahsyur dengan mantera perkauman dan sentimen palsu menyelamatkan anak bangsa.
Seorang profesor dari sebuah universiti utara bertanya saya: "Kenapa ramai orang Melayu tidak dapat membaca ketidakjujuran pemimpin Umno walaupun ada di antara orang Melayu itu bijak pandai?" Seorang rakan menambah, atau apakah mungkin mereka yang sebenarnya mampu berfikir secara rasional dan kritikal itu akhirnya mudah terperdaya dengan isu-isu jadi-jadian tetapi kosong tanpa makna?
Semasa saya cuba mencari jawapan, gurauan seorang pemimpin kanan PAS agak menyentak: "Kalau dulu kita sering terkejut dengan kekalahan pilihan raya demi pilihan raya, kali ini kita akan tergamam dengan kemenangan pula. Justeru, bersedialah untuk memikul kepercayaan rakyat mengisi kemenangan. Tanggungjawab besar menunggu kita, dan ingatlah amanah kuasa itu jika tidak diseleggerakan dengan baik, akan menggugat idealisme murni kita selama ini."
oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, November 6, 2012
Jangan terkejut terima kemenangan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jgn pula selepas GE13, ramai org/macai UMNgOk kena strok...
ReplyDeleteNegeri2 yg trkenal dgn wajah keUMNOannya di Tanah Melayu adalah Johor, Melaka dan Nogoghi Sombilan. Kalau negeri2 ni dah nampak perubahan dr warna keBIRUan kepada keHIJAUan, JGN TERKEJUT TERIMA KEMENANGAN.
ReplyDelete**Yassir Arafat
Najib sudah bersedia itu jadi duta Malaysia ke Mongolia.
ReplyDeleteTERUSKAN PERJUANGAN PR. TERLALU BANYAK TEMPAT YG HARUS DIKUNJUNGI BAGI MEMKLUMKAN RAKYAT APA PERJUANGAN PR DAN MENANGKIS FITNAH ORANG ITU. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN KITA DALAM PR. DEMI RAKYAT, AMIN.
ReplyDeleteKalau kita lihat sendiri sekarang ini pun sokongan kepada rakyat kepada Kerajaan BN semakin kuat dan teguh.
ReplyDeleteCuma cakap saja mendapat sokongan padahal sebaliknya yang berlaku dengan PR sekarang ini. Mereka terpaksa menipu rakyat dengan berkata-kata baik. Itulah yang dilakukan kerana mereka sedar yang mana rakyat masih lagi menolak parti tersebut.
ReplyDeleteHakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.
ReplyDeleteMemang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.
ReplyDeleteDokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS
ReplyDeleteLaporan Audit baru-baru ini mengesahkannya. DAP, PKR & PAS pembohong, penipu, munafik, perompak, penindas, pecah amanah dan bermacam lagi kemungkaran, yang dipimpin oleh si Ad Dajjal Gay didukung oleh DAPigs
ReplyDeleteYg aku tau Laporan Ketua Audit Neg ( LKAN) mmuji pengurusan dan pentadbiran negeri yg dpimpin kerajaan PR. Pujian kerana pengurusan kewangan yg baik, hasil negeri brtambah dan belanja brhemah. Dah heboh 1Malaysia. Camne...si ONANYMOUS Nov : 3.39pm tak tau???
ReplyDeleteAda ke dalam Laporan Ketua Audit tu kata kerajaan PR MUNAFIK? Spt yg dtuduh oleh si Nov 8:3.39pm tu. Bukan kerja audit nak check munafiq atau ndak.
ReplyDeleteAnonymous said...November 8, 2012 10:19 PM
ReplyDeleteDia baru keluar bukit padang bah itu sebab itu dia kata dalam laporan odit ada perkataan munafik. Barangkali juga dia mabuk bahar itu atau dia budak tadika tak tahu apa itu laporan ketua odit. Kesiankan dia!
Anonymous said...November 8, 2012 3:39 PM
ReplyDeleteKasihannya anda menunjukkan KEBODOHAN SENDIRI DI SINI! Kalau BODOH itu tapuk-tapuk sikit!
Segelintir Kuncu-kuncu BN risau kalau Pakatan Rakyat tunaikan janjinya bagi Pendidikan Univerrsiti Percuma tanpa PTPTN, Turunkan Harga Petrol, Hapuskan Tol, Turunkan Harga Kereta dan bagi Sabah dan Sarawak Royalti Minyak 20% (BN Bagi hanya 5%)dan lain-lain lagi. Mereka bimbang nanti Negara Bangkrap. Negara jadi bangkrap ini ditiru dari kenyataan Pemimpin BN. Bagi saya dalam PR pun ada pakar ekonomi, jika diurus dengan baik negara akan makmur. Sekiranya Negara kurang pendapatan pun Duit Negara bukan lari kemana, dia hanya lari kepada seluruh Rakyat Malaysia tiada siapa yang rugi. Contoh ketirisan yang berlaku sekarang, Projek harga 10 juta tapi nilai kontrak 110 juta, jika ini berlaku duit bukan lari kepada Rakyat Ramai, tapi hanya kepada individu tertentu. Kalau banyak berlaku macam ini Seluruh Negera, kita fikir-fikirkanlah.
ReplyDeletePR jg jgn terkejut terima kekalahan teruk nnti, jgn pula kalah, tuduh mcm2 pla..
ReplyDeleteAnonymous said...November 12, 2012 2:56 PM
ReplyDeleteBetul itu kita pakat-pakat menangkan BN lebih dua pertiga supaya GST dapat dilaksanakan lepas PRU seperti yang Najib janjikan kalau tidak negara bangkrap kata Idris Jala. Lagi satu tengah hari tadi saham Felda jatuh bawah harga penyeneraian jadi kalau terus jatuh maka KWSP terpaksa digunakan untuk membeli saham Felda supaya naik harga jadi biar kita pakat-pakat derma simpanan kita dalam KWSP pada FELDA!
Anonymous said...
ReplyDeleteNovember 12, 2012 2:56 PM
mmg jalan ulu kukut tak penah elok..dok buat parit sebesar parit rumah, mane nak boleh tampung air ujan, pastu jln yg tak berturap lebih dr 3 kilo...terang2 bn menipu..pastikan rakyat sabah tidak tertipu dan terus tertipu..
KAMI SOKONG PAKATAN RAKYAT!
BN terbaik menipu....Ini kalilah....
ReplyDeleteinilah masa rakyat sabah mendapat 20% hasil royalti minyak....jangan biar pemimpin umno ngokkkk yg menikmati mencuri duit anda itu....mereka berseronok2 di KL memiliki segala kemewahan ...rakyat sabah masih minum air telaga...mashaallah..
ReplyDeleteini sajalah cara Pakatan untuk dapatkan sokongan.. berhimpun, berhimpun dan berhimpun.. tapi urus tadbir lemah..
ReplyDeletepemimpin parti lain sibuk keluar masuk kampung bantu ketengahan masalah2 rakyat, lain pula dengan pakatan.. diajaknya rakyat berhimpun mendengar pembohongan pemimpin2nya..
ReplyDeletekan bagus jika perhimpunan ini Anwar gunakan untuk menjawab persoalan2 berkenaan dengan jet mewah, bas mewah, dua buah trak Pakatan dan terbaru 4wd Chevrolet.. mana datangnya semua dana2 itu?
ReplyDeletejangan mimpi la Anwar boleh dapat jawatan PM.. silap2 empat buah negeri yang sedang ditadbir Pakatan pun akan terlepas ke tangan BN..
ReplyDeleteterrorist said...November 16, 2012 2:47 PM
ReplyDeletepemimpin parti lain sibuk keluar masuk kampung bantu ketengahan masalah2
( Bukan bantu tapi lakukan pecah tanah konon projek akan dilaksanakan tapi sampai berpuluh tahun habuk pun tak ada macam pecah tanah lebuh raya tenom beaufort, PPB di batu sapi yang dilakukan TPM pada 2010 dsbnya)
Barisan Nasional (BN) has the edge to win the 13th general election (GE) and wresting at least two states from theopposition, according to a study carried out by several lecturers.
ReplyDelete
ReplyDeleteAssoc Prof Dr Fuad Mohd Jali from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saidthe BN was leading if a study conducted on 1,400 respondents in Kedah and Selangor from March to May was anything to go by.
"In Selangor, the respondents banked their hope on the BN while in Kedah the situation is 50-50, but it may change," he said at a roundtable themed "The 13th GE: Who is Malaysia'' Choose'' organised by the National Council of Professors'' Politics, Security and International Affairs Cluster.
ReplyDelete
ReplyDeleteFuad, who is UKM School of Social, Development and Environment chairman, said the 13th GE would be the acid test of whether the BN had restored its support or whether the opposition would maintain its stranglehold in four states.
ReplyDeleteOn the whole, he said 69.6 percent of the respondents indicated that the BN would win the 13th GE in which 37.5 per cent felt it would a landslide victory while 32.1 percent by a simple majority.For the Selangor state election, he said 54.1 per cent of the respondents went for the BN, 14.4 percent (PAS), three per cent (PKR) and the rest (not sure) while at the parliamentary level, 57 per cent wanted the BN, 20.6 per cent (opposition) and 22.4 per cent (not sure).
ReplyDeleteFuad said based the results deduced from simulation studies carried out in Selangor based on the 11th and 12th GEs, the present voter profile and the BN reputation indicated that the BN would win 40 state seats.
ReplyDeleteIn Kedah, 50.7 per cent of the respondents opted for PAS for the state seats, 49.3 per cent (BN) while the rest (not sure), he said.
He said the leadership and popularity of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak would be a major contributing factor that would give the BN the edge to win the 13th GE.
ReplyDelete
ReplyDelete"An average of 87.4 per cent of respondents aged between 21 and 60 supported Najib. Seventy-six percent said Najib portrays very good image compared to opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," said Fuad.
ReplyDeleteHe said while the BN lost the support of young people in 2008, Najib had turned the tide against the opposition by garnering their support through the ''magnet module'' approach by implementing political transformation and engaging them through social networking.
Assoc Prof Dr Rohana Yusof from Universiti Utara Malaysia (UUM), who conducted a study on 10,800 respondents in Kedah from November 2011 until February this year, said AS was losing its ground in Kedah as it had failed to fulfil the promises made in the last general election.
ReplyDelete"About 54 per cent of respondents stated that the PAS-led government should not be maintained, while 58 per cent felt that the BN should continue to be the government at the federal level," she said.
ReplyDeleteShe said the people of Kedah were more receptive to federal government''s policies against that of the state, and as such the BN should be given the mandate in Kedah.
ReplyDelete
ReplyDeleteRohana said the people also felt that they needed a capable menteri besar who is a trouble shooter, accessible to the people and more willing to go down to the grassroots to meet the people.
"This gives an impression that Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak does not live up to their expectations.
ReplyDelete
ReplyDelete"Largely, the respondents wanted MP for Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir to be the next MB if the BN wrested the state from PAS," said Rohana.