Kunjungan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia Ustaz Dato Ismail Kamus terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi isyarat bahawa Adun PAS bagi Dun tersebut bakal berubah menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.
Berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti maka ramai tercari-cari penggantinya bagi mengulangi kejayaan dalam PRU 2008. Nama-nama yang terpampang di banner di kebanyakan tempat memaparkan gambar dan nama tiga pimpinan PAS Kawasan Gombak.
Mereka ialah Yang DiPertua (YDP) Kawasan Ustaz Sallehuddin Nasir, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Abdul Halim dan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan.
Namun terdengar suara daripada kalangan ahli-ahli parti yang mahu bekas Adun PAS Gombak Setia (1999-2004) Ismail Kamus kembali dicalonkan kerana beliau kini bertambah sihat dan mengunjungi Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin.
Aktivis PAS mengharapkan dengan mengemukakan semula bekas Adun tersebut maka peluang PAS untuk memenangi sekali lagi kerusi Dun Gombak Setia lebih cerah
Ketokohan Ismail Kamus diyakini dapat menyaingi ketua ‘Beras Jati’ (Hasan Ali) yang nampaknya seronok menyerang PAS dan Pakatan Rakyat terutama di luar kawasan Gombak.
Sekalipun terdapat segelintir penyokong dan ahli PAS di Dun Gombak Setia yang masih setia kepada Hasan Ali, baik secara terang- terangan atau maupun secara senyap, tetapi ianya tidak mematahkan hasrat PAS untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Nama Ismail Kamus disebut-sebut sebagai menyahut saranan pimpinan tertinggi PAS untuk menggalakkan sebahagian pimpinan agar memberikan laluan kepada calon yang boleh menang dan lebih disenangi pengundi.
Dengan pemergian dan kembalinya ke rahmatullah bekas Pengarah DUN Gombak Setia dan juga Pengarah Pilihanraya PAS negeri Allahyarham Cikgu Mohd Radhi Yusof dan juga bakal calon Dun Gombak Setia maka jentera parti agak muram sebelumnya.
Namun ianya kembali pulih setelah YDP PAS kawasan berjaya mengembleng tenaga semua peringkat jentera ke arah bersedia untuk terus meraih kemenangan khasnya semua Dun dalam kawasan Gombak beserta kerusi parlimennya sekali.
Dengan kemenangan PAS di Dun Gombak Setia nanti ianya bakal menyumbang kepada pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi penggal kedua.
Sumber: freemalaysiatoday.com
Tuesday, November 6, 2012
PRU13: Ismail Kamus dicalon semula?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dulu,masa PRU ke 12,Datuk Ismail Kamus kalah kpd wakil rakyat BN bangsa India ( MIC le tu). Masalahnya ialah...pengundi di situ majoriti Melayu/Islam. Tapi ditolaknya wakil rakyat bngsa melayu/Islam. Itu satu bab la. Satu bab lagi, rasanya di situ lah pengiraan undi oleh SPR yg amat meragukan sehingga lewat dua jam dan istihar jer...kemenangan dpihak BN.
ReplyDelete**888
Siapa pun calon yang ingin diletakkan pada PRU13 ini pastikan yang mana calon-calon itu benar-benar sihat.
ReplyDeleteLagi satu pastikan latar belakang wakil rakyat itu baik dan tidak ada kes jenayah dan sebagainya.
ReplyDeleteSetakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif. Opposition style
ReplyDeletePembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara. Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya. Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.
ReplyDeleteSebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata
ReplyDeleteYang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.
ReplyDeletePerkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.
ReplyDeleteSihat ke ekonomi Malaysia? Atau hanya pnglipur lara pencacai umngok. Ye lah pencacai umngok ni bukan tahu fakta walau cuba nak mmbodek. Eh bukan mmbodek tapi merapuu..
ReplyDelete'Perkembangan ekonomi, program transformasi,krjaa yg jelas dn trsusun, mmbuahkan hasil mmberangsangkan'. Cuba jelaskan dgn FAKTA dan BUKTI. Nak nengok jugakk.
terpulang pada mereka nak calonkan siapa mereka nak.
ReplyDeleteadik beradik masuk u 6 org , yuran u mahal sgt ,rakyat tak mampu disediakan ahlong ptptn 22ribu x 6 = 132 ribu..tol bagi konsesi kpd swasta dari puchong nk pergi usj satu km je rm2.20 pergibalik 4.40..hari2 mcm tu..jln biasa takde..terpaksa juga..
ReplyDeletebiar lah kita cuba pakatan rakyat PR..buku jingga sebagai cadangan, rasanya baik ,memang lah tidak 100% tetapi ada pilihan PR vs BN..mcm juga di amerika Pebublican vs Demokrat..
ReplyDeletesaya sgt menyokong ust ismail bertanding di gombak ..skrg beliau dah sihat..mana ada org sihat je seumur hidupnya mesti ada juga sakit..PRK sebelum ni pun YB nya org sihat, tiba2 je dah aruah..
ReplyDelete""Namun terdengar suara daripada kalangan ahli-ahli parti yang mahu bekas Adun PAS Gombak Setia (1999-2004) Ismail Kamus kembali dicalonkan kerana beliau kini bertambah sihat dan mengunjungi Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin.""
ReplyDeletetidak ada calon yang muda, sihat dan bertenaga ka??
Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.
ReplyDeleteMengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.
Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.
Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.
ReplyDeleteUmpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.
Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.
Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.
Laporan Audit 2011 telah melaporkan bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit.
ReplyDeletePerkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud!
Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London.
ReplyDeleteEntah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan.
Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap.