Sunday, June 26, 2011

300 Peguam Sedia Bantu Peserta BERSIH

Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.

Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.

Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.

Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.

Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.

Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.

Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.

“Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.

“Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman,” tegasnya.

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.

Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.

Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.

Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.

Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. -IBH

18 comments:
Write comments
  1. Selamat berjuang demi demokrasi.

    ReplyDelete
  2. "lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan".

    Wow!. Para peguam memberi respon positif kepada Bersih. Siapa dan apa yang dapat menghalang perhimpunan itu.

    ReplyDelete
  3. Apa lah yang difikirkan oleh peguam2 itu. Tidak kah mereka terfikir akan kesan buruk kepada seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  4. ramai juga peguam yang akan back up ni kalau ada yang tertangkap..

    ReplyDelete
  5. Confirm perhimpunan ini tak akan berjalan dengan aman.

    ReplyDelete
  6. Tunggu dan lihat saja apa akan jadi pada 9 Julai.

    ReplyDelete
  7. peguam pun nak ikut perhimpunan ni, nampaknyua perhimpunan ni. para peguam tak tau ke perhimpunan ini haram? tak ada permit.

    ReplyDelete
  8. Memang BERSIH betul perhimpunan ni sampai peguam pun join sekaki. hehe

    ReplyDelete
  9. Apapun, kita tengok sajalah nanti.

    ReplyDelete
  10. Perhimpunan ini sepatutnya mendapat bantuan polis agar ia dijalankan dengan aman dan selamat.

    ReplyDelete
  11. Saya percayai polis mampu mengawal keadaan peerhimpunan bersih dijalankan dan bukan menghalang perhimpunan itu.

    ReplyDelete
  12. Peguam adalah golongan yang mahir dalam undang-undang, jika ada seramai 300 peguam sudi menghulur tangan untuk membantu, perhimpunan ini harus dibenarkan.

    ReplyDelete
  13. Perhimpunan ini berbeza dengan yang berlaku di Timur Tengah. Matlamat perarakan ini jelas dan keadaan malaysia jauh lebih stabil dibanding dengan negara-negara Timur Tengah itu.

    ReplyDelete
  14. Ini mengigati saya pada perarakan yang dijalankan oleh para peguam di Pakistan yang membantal Hakim Besar mereka dipecat oleh Presiden masa itu.

    ReplyDelete
  15. Peguam turut meuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

    ReplyDelete
  16. Semua orang inginkan PRU yang bersih dan adil. Maka kita mengharapkan perbincangan dilakukan sesama sendiri bagi memastikan perjanjian keadilan ada.

    ReplyDelete
  17. fikirkanlah mengenai kesan yang timbul nanti. harap semua pihak berfikir mengenai kepentingan awam.

    ReplyDelete
  18. belumpun tiba tarikh 9 Julai tapi kecohnya sudah ada.. bagaimana agaknya keadaan pada tarikh itu?? jika ada apa2 berlaku terhadap orang awam, peniaga dan harta benda awam, saya harap Pemimpin Pakatan, para peguam, dan Ambiga bertanggungjawab sepenuhnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.