Sunday, June 26, 2011

Perasuah Di Jabatan Air?

Saudara Pengarang ..... BUKAN menjadi rahsia lagi, Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng bersekongkol dengan Jurutera Jabatan Air Kota Kinabalu, Teo Chee Kong memonopoli projek bekalan air di seluruh Sabah melalui proksi-proksi menggunakan 30 lesen Ali Baba kelas F untuk mengagehkan projek berkenaan secara gilir ganti.

Sebagai salah seorang kontraktor yang menjadi mangsa pilihkasih Lim Lam Beng, saya agak kesal kerana Menteri Infrastruktur, Tan Sri Pairin Kitingan bakal menyambung kontrak beliau sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Air selama setahun lagi sedangkan beliau sudah berusia 58 tahun.

Jika beginilah sikap Pairin, maka beliau tidak menjaga kepentingan rakyat Sabah terutama ramai jurutera di Jabatan Air yang berkelayakan menduduki jawatan Timbalan Pengarah sekiranya Lim Lam Beng tidak disambung kontraknya.

Kami agak kesal kerana walaupun telah menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Pengarah SPRM Sabah, Haji Jalil Jaafar tidak melakukan sebarang siasatan kerana kami masih gagal mendapat kontrak di Jabatan Air walaupun telah mendaftar dan memperbaharui PKK kami setiap tahun.

Sesuatu yang agak menghairankan kerana sekalipun Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib, tetapi beliau tidak berkuasa langsung di dalam projek pembangunan dan kontrak Jabatan Air; seolah-olah Pengarah Boneka!

Agak malang, untuk meneruskan kehidupan kami terpaksa menjalankan kerja subkontrak di luar atau daripada kontraktor lain dengan margin yang terlalu rendah kerana mereka membolot semua kontrak di seluruh Sabah sehingga Jurutera Jabatan Air Semporna, kaya raya daripada kontrak berkenaan.

Lim Lam Beng akan genap 58 tahun pada Februari 2012, tetapi kami agak kesal kerana Pairin bersetuju untuk menyambung kontraknya sehingga usianya 60, seolah-olah Pairin turut bersubahat merestui perbuatan jenayah Lim Lam Beng dan Teo.

Apakah Lim Lam Beng terlalu kebal atau dilindungi menteri sehingga SPRM gagal mengambil tindakan terhadap beliau sedangkan beliau mempunyai akaun simpanan dan harta yang banyak tetapi tidak mengisytiharkannya.

Salam Hormat,

MANGSA BIROKRASI (sabahkini)

17 comments:
Write comments
  1. Harap dakwaan ini akan disiasat.

    ReplyDelete
  2. Mungkin Pairin mempunyai sebab yang tersendiri kenapa beliau masih bersetuju menyambung kontrak Lim.

    ReplyDelete
  3. Masalah rasuah ini memang sukar dibendung apabila sudah terjebak. Selagi tiada kesedaran dan intergriti dalam etika kerja, masalah ini tidak akan selesai.

    ReplyDelete
  4. Bila ada kuasa dan wang, undang2 pun boleh dibeli.

    ReplyDelete
  5. jgn biarkan rasuah terus berleluasa, kita harus bendung gejala ini.

    ReplyDelete
  6. Kita tidak pasti lagi kebenaran dalam artikel ini. Tapi harap jauhilah dari rasuah.

    ReplyDelete
  7. Bribe is happening everywhere.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak hairan jika perasuah muncul di Jabatan Air.

    ReplyDelete
  9. ni bikin panas nie

    ReplyDelete
  10. tidak pasti lagi mengenai kesahihan apa yang dikatakan. tapi sebaiknya jika pekara ini diberikan perhatian.

    ReplyDelete
  11. jika Lim Lam Beng banyak membawa masalah kepada bekalan air di Sabah beliau memang patut melepaskan jawatan itu. tetapi tidak ada aduan seperti itu dibuat oleh pengadu. oleh itu kemungkinan Lim Lam Beng dikekalkan kerana beliau cekap. perlukah SPRM ambil tindakan supaya pengadu dapat projek??

    ReplyDelete
  12. I think there must be miscommunication over here.

    ReplyDelete
  13. Apa2 pun tunggu jawapan dari atasan saja la.

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan Rio..rasuah memang sukar nak dibendung

    ReplyDelete
  15. lukisan di atas memang padan - sekali terlibat, anda akan terjerat dan memang agak sukar hendak melepaskan diri daripada rasuah.

    ReplyDelete
  16. Rasuah dah menjadi sebati dalam arena politik masa kini.

    ReplyDelete
  17. "Apakah Lim Lam Beng terlalu kebal atau dilindungi menteri sehingga SPRM gagal mengambil tindakan terhadap beliau sedangkan beliau mempunyai akaun simpanan dan harta yang banyak tetapi tidak mengisytiharkannya."

    kalau benar kenyataan di atas, tidakkah wajar kerajaan mengambil tindakan udang-undang terhadap beliau?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.