Saudara pengarang,
KAMI sebagai warga Malaysia dan pembayar cukai mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguatkuasa Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA); bukan saja menyiasat penyeludup minuman keras dan rokok di Labuan; malah Sindiket Pelacuran, Ah Long dan Mesin judi di Labuan.
Kegiatan ini gagal diselesaikan secara tuntas kerana masalah rasuah yang begitu berleluasa di kalangan pihak berkuasa tempatan sehingga Labuan kini menjadi Pusat Hiburan terbesar yang menjalankan kegiatan pelacuran, perjudian, Ah Long yang didalangi sindiket daripada Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Tidak mungkin Pihak Berkuasa Tempatan tidak tahu? Kesemua sindiket tersebut menjalankan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia secara haram ini tanpa modal yang tinggi; kerana mereka hanya jual ‘Daging Mentah’ wanita Filipina, China, Indonesia dan Thailand.
Ah Long pula dibenarkan menghisap darah manusia dengan kadar bunga yang tinggi dan Mafia menipu orang awam mengguna Mesin Judi di premis terbuka.
Sehubungan itu, kami mendesak SPRM bersama Unit D7 Bukit Aman memantau Pegawai Penguatkuasa tempatan yang melindungi kegiatan haram ini secara berleluasa di Pulau Labuan termasuk penyeludup barangan bercukai ke Sabah kerana mereka perlu membayar Penguatkuasa dan terpaksa menggunakan modal besar untuk beli barang, pekerja, tambang bot, pengangkutan dan sebagainya.
Tetapi Sindiket Pelacuran, Ah Long dan mesin judi hanya perlu sewa kedai dan membayar habuan bulanan kepada penguatkuasa tempatan sahaja tetapi mengaut keuntungan yang besar. Isu ini menyebabkan kerugian jutaan ringgit tetapi kenapa isu hangat ini tidak timbulkan oleh Datuk Wence Anggang dan Menteri Wilayah Persekutuan?
Kami mendesak agar pihak berkuasa yang bakal dihantar ke Labuan menyiasat tauke pusat hiburan yang menjalankan Sindiket Pelacuran, Ah Long dan Perjudian haram di Pulau Labuan ini serta merta kerana sindiket tersebut amat kaya raya tanpa membayar sebarang cukai kepada kerajaan.
Sementara Kementerian Dalam Negeri dan Unit D7 Bukit Aman juga perlu memantau pegawai kanan polis agar mengistiharkan aset dan pendapatan mereka kerana kami tahu kebanyakan meraka sudah kaya raya; mampu bermain golf, memiliki kereta mewah, melancong ke luar Negara dan tinggal di rumah agam.
Kami yakin dengan gaji halal yang mereka terima mungkin tidak mampu untuk memiliki sebuah Proton Perdana.
Salam 1 Malaysia. ‘Anti Rasuah Amalan Kita.’
Yang Benar,
HJ. SAMSUL KAMARUDIN (sabahkini)
Sunday, June 26, 2011
Rasuah Berleluasa Di Labuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPRM patut menyiasat kegiatan rasuah di Labuan.
ReplyDeleteJika keadaan Labuan seperti ini, memang sangat teruk. Labuan sebagai kawasan bebas cukai kelihatan bebas untuk segala-gala aktiviti haram.
ReplyDeleteMasalah2 ini umpama penyakit kronik yang tiada penawarnya. Gejala rasuah sangat berleluasa di Labuan.
ReplyDeletejgn biarkan rasuah terus berleluasa, kita harus bendung gejala ini.
ReplyDeleteBetul..Labuna ibarat sarang tempat maksiat, berjudi dan pelbagai lagi kesalahan. Tapi pihak polis di Labuan tidak pernah bertindak. Ibarat mereka dikawal oleh orang lain.
ReplyDeleteSPRM tidak dapat buat apa2 kah? Atau SPRM pun dah 'dibeli'?
ReplyDeleteMulut dah disumbat duit tak nak apa lagi
ReplyDeleteharap pekara seperti ini dapat diambil perhatian bagi mengetahui apa yang sebenarnya di Labuan.
ReplyDeleteberkali2 sudah pendedahan dan laporan dibuat.. tetapi kenapa pihak berkuasa senyap?? atau mungkin setiap kali laporan dibuat, perlu disertakan dengan demonstrasi jalanan??
ReplyDeletekalau nak buat demonstrasi jalanan kena ambil permit.
ReplyDeleteSaya memuji seikhlasnya SABAHDAILY kerana melaporkan secara telus semua berita untuk pengetahuan rakyat umum, TAHNIAH
ReplyDeleteagree with you Anon..
ReplyDelete