Monday, June 20, 2011

Bersih Adalah Platform Suara Rakyat

http://www.rontogdaily.com/wp/wp-content/uploads/2011/06/bersih-2-copy.jpgPerhimpunan Bersih 2.0 akan menjadi platform utama kepada suara rakyat dalam mengukur sejauhmana komitmen kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam mengamalkan sistem demokrasi, kata Setiausaha Kebangsaan DAP, Teresa Kok.

Malah katanya, sebarang tindakan provokasi daripada mana-mana pihak yang cuba menghalang himpunan besar-besaran itu hanya akan menghantar mesej buruk kepada sistem pentadbiran kerajaan terutama Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

"Saya mahu beri peringatan kepada Barisan Nasional (BN) jika ada mana-mana penyokong yang tertangkap, maka kita akan hantar mesej kepada dunia bahawa BN memang mahu pilihan raya yang kotor," ujarnya.

Beliau yang hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi bersempena pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 menyatakan sokongan penuh terhadap program anjuran gabungan NGO seluruh negara termasuk wakil SAPP dari Sarawak.

Teresa yang hadir bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan sokongan positif seraya menyeru seluruh rakyat turun untuk menyertai perhimpunan itu nanti.

Perhimpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu rakyat tempatan mengadakan perarakan secara aman.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut sama menyatakan sokongan padunya kepada himpunan besar-besaran itu nanti menegaskan bahawa segala dakwaan yang dilemparkan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau individu utama dalam perancangan menanam kebencian terhadap BN menerusi Bersih 2.0 adalah dusta sama sekali.

"Walaupun dakwaan Datuk Seri Anwar adalah dalang, saya mahu tekankan ini semua dusta," kata Nurul Izzah.

Beliau sebaliknya menjulang Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang berjaya mengumpul kekuatan suara rakyat seluruh negara dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti akan bermula di tiga lokasi sekitar ibu negara Kuala Lumpur iaitu, pusat membeli belah Sogo, perkarangan Masjid Kampung Baru dan di hadapan DBKL jam 2 petang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan akan turut serta dalam perhimpunan itu. -tvsnews

23 comments:
Write comments
  1. Gunalah platform ini sebaik mungkin untuk menyampaikan suara rakyat.

    ReplyDelete
  2. Harap tiada keganasan & kecederaan berlaku.

    ReplyDelete
  3. "Saya mahu beri peringatan kepada Barisan Nasional (BN) jika ada mana-mana penyokong yang tertangkap, maka kita akan hantar mesej kepada dunia bahawa BN memang mahu pilihan raya yang kotor," ujarnya.

    apakah reaksi BN mengenai kenyataan ini?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak demonstrasi, buat dengan aman.

    ReplyDelete
  5. Jika tujuan BERSIH 2.0 ini benar2 telus, diharapkan ada perubahan positif nanti. Kalau demonstrasi ini adalah salah satu taktik pembangkang, ianya amat mengecewakan.

    ReplyDelete
  6. Perhimpunan bersih tidak sepatutnya diteruskan kerana banyak rakyat yang membantah... lagipun perhimpunan seperti ini tidak akan membawa sebarang penyelesaian kepada masalah...

    ReplyDelete
  7. Bukan semua menyokong perhimpunan bersih ini... Jadi diharap jangan adakan perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  8. Adakah ini menjurus kepada suara rakyat atau hanya sandiwara politik.

    ReplyDelete
  9. perhimpunan mungkin akan menyebabkan pelbagai masalah mungkin berlaku...kepentingan awam harus difikirkan..

    ReplyDelete
  10. "Saya mahu beri peringatan kepada Barisan Nasional (BN) jika ada mana-mana penyokong yang tertangkap, maka kita akan hantar mesej kepada dunia bahawa BN memang mahu pilihan raya yang kotor,"

    inilah matlamat sebenar perhimpunan Bersih.. mereka mahu menarik perhatian dunia untuk sama2 memberi tekanan kepada kerajaan supaya Pakatan boleh merampas Puterajaya.. jangan harap penganjur Bersih ini mahu mendengar bantahan orang awam, peniaga, pengusaha bas/teksi dan sebagainya..

    ReplyDelete
  11. rasanya dalam pilihanraya seterusnya, spr perlu menyebelahi BN dan melakukan apa sahaja untuk kemenangan BN. sebab, macam mana adil sekalipun (sehingga Pakatan berjaya merampas 4 buah negeri) Pakatan tetap akan cakap tidak adil melainkan mereka menang semua kerusi yang dipertandingkan.

    ReplyDelete
  12. Tuntutan Bersih 2.0 benar dan mulia. Segala usaha untuk mematahkan usaha ini boleh disifatkan tindakan jahat.

    ReplyDelete
  13. Inilah akibat ketidakadilan pihak SPR. Jika mereka sudi berunding dan iklas berubah, maka Bersih tiada alasan lagi untuk berhimpun.

    ReplyDelete
  14. Rakyat sudah boson dengan keadaan yang tidak membenarkan mereka meluahkan suara hati mereka.
    Akibatnya mereka berkumpul dan

    ReplyDelete
  15. Rakyat telah memberi satu mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa mereka maukan satu pilihan raya yang bersih dan adil.

    ReplyDelete
  16. Siapa dalang tidak penting. Jika ia dapat menarik begitu ramai orang awam menyertai perhimpunan ini, tentu ada sebabnya.

    ReplyDelete
  17. Samada Bersih berjaya diadakan atau dipatahkan pihak polis, matlamat Bersih sudah tercapai.

    ReplyDelete
  18. S/adda Bersih ini adalah platform suara rakyat atau sebaliknya, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  19. Apapun, harap hal ini tidak menimbulkan ketegangan yang berterusan.

    ReplyDelete
  20. Mungkin Pembangkang menafikan semua ini. tapi biarlah kita lihat saja keberkesanan perhimpunan BERSIH ini.

    ReplyDelete
  21. Apa yang kita akan dapat dengan perhimpunan ini? Adakah kerajaan akan duduk diam saja dengan perhimpunan yang akan diadakan ini? Semoga tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku pada 9 julai 2011 ini nanti.

    ReplyDelete
  22. apakah hasil daripada perhimpunan ini? nak tuntut pilihnanraya bersih konon, tapi apa bukti mereka bahawa pilihanraya selama ini tidak bersih? perhmpunan ini tiada manfaat dan hnya membawa kepada kekecohan.

    ReplyDelete
  23. Selamat berjuang kepada Bersih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.