Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.
Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.
Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.
Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.
Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.
Menyayat hati
Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.
Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.
Utusan Malaysia melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.
Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?
Kita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.
Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.
Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.
Bajet tambahan
Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.
“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).
Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.
Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!
Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.
Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?
Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?
Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?
Keperitan hidup
Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?
Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.
Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.
Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?
Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.
Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.
Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.
Ungkapan kroni, kronisme
Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.
Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.
Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.
Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.
Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.
Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.
Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
Kemiskinan ada di mana-mana sahaja, ini tidak boleh dinafikan.
ReplyDeleteKerajaan perlulah menggunakan dana kerajaan sebaik mungkin untuk membagunakan negara.
ReplyDeleteBukan sekadar buat acc facebook tapi sebenarnya dana itu adalah untuk program2 yang akan dijalankan, yang diiklankan melalui laman web itu. Rakyat jangan terus melenting sebelum mengetahui isi pati sebenar 1.8 itu....
ReplyDeletebolehkah penulis ini bagi jaminan sekiranya pembangkang mentadbir negara ini harga akan turun dan kekal diparas terendah untuk selama2nya?? tidak akan berlaku salah-guna kuasa, rasuah, kronism, dsbnya??
ReplyDeletekalau ikutkan pembangkang semua projek dibantah.. mereka tidak mahu rakyat mendapat manfaat dari projek itu..
ReplyDeleteNama pun pembangkang. Habis semua mahu dibangkang. Kalau kerajaan bertukar tangan, belum tentu mereka dapat memerintah tanpa kenaikan harga etc. Jangan sudu lebih dari kuah.
ReplyDeleteEven Rome is not built in a day.
ReplyDeletebukan mudah untuk melaksanakan pembangunan secara keseluruhan. ianya memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. janganlah mudah mengkritik tapi sebaiknya berilah idea..
ReplyDeletesepatutnya rakyat masih berbangga hidup di negara ini kerana keadaan yang lebih baik jika dibandingkan dengan tinggal di negara seperti India. Rasanya di negara kita tak ada pengemis2 orang tempatan seperti apa yang dilihat oleh penulis di kota raya India.
ReplyDeletekehidupan kita ni Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di India. kerajaan takkan biarkan rakyat kita hidup sengsara.
ReplyDeleteItu sudah pasti. Kerajaan Malaysia akan memastikan rakyatnya dalam keadaan yang aman dan damai. Semoga apa yang PM rancang dilaksanakan dengan sebaiknya.
ReplyDeletekerajaan perlu membuktikan bahawa segala perancangannya adalah membawa manfaat kepada rakyat dan bukan sebaliknya..contohnya adalah pemotongan subsidi dan kenaikkan harga minyak, barangan dan tarif elektrik yang mana dilihat tidak disenangi oleh rakyat..
ReplyDeletesetakat ini, kerajaan BN memerintah negara dengan baik..segala perancangan masih dalam proses..terpulang kepada rakyat sama ada ingin terus memberi mandat kepada BN atau sebaliknya.
ReplyDeletekerajaan tidak mungkin akan membiarkan rakyat menderita..jadi sudah pasti isu PATI di sabah akan diselesaikan sebelum PRU kerana kehadiran mereka menyebabkan hidup rakyat sabah menderita.
ReplyDeleteaku da muak dengan cerita-cerita dongeng kerajaan, penipu!!!
ReplyDeleteRakyat perlulah menilai dengan bijaksana.
ReplyDelete