Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat.
Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.
Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.
Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.
Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR.
Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti.
Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.
Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu.
Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.
Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.
Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.
Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.
Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik.
Sumber:http://siasahdaily.blogspot.com
Monday, June 27, 2011
Wardina sokong Pakatan Rakyat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setiap orang ada kebebasan mereka untuk menyokong mana-mana parti.
ReplyDeleteDia pun ada hak untuk memilih juga.
ReplyDeleteya. golongan selebriti sekalipun mempunyai hak untuk memilih mana satu parti yang mereka sokong.
ReplyDeleteitu hak dia nak sokong mana2 parti.
ReplyDeleteMungkinkah penglibatan artis akan mempengaruhi situasi politik?
ReplyDeleteterpulang kepada setiap individu untuk memilih parti mana yang mereka ingin ikuti..
ReplyDeleteKita tunggu sajalah apa yang PKR boleh lakukan. Kalau Wardina menjadi menteri? Dapatkah dia menanggung beban dan tugas sebagai menteri dan pelakon?Tidak kemana-mana nanti negara huru-hara. Wanita Malaysia terbiar. INi bukan mahu merndahkan Wardina, tapi menjadi seorang menteri tanggungjawaba adalah besar. bukan menjaga anak seorang, tapi menjaga seluruh rakyat Malaysia.
ReplyDeleteSikap berani selebriti ini harus dipuji kerana pengakuan terbuka mereka terhadap parti pembangkang mungkin menjejaskan kareer mereka.
ReplyDeleteMungkin peminat Wardina turut menyertai parti pembangkang secara beramai-ramai.
ReplyDeleteManalah tahu wajah-wajah jelita selebriti yang menyertai perhimpunan Bersih melembutkan hati polis yang bertugas pada hari berkenaan.
ReplyDeleteBetulkah Wardina berhasrat menyertai PR?
ReplyDeleteLawanya Wardina. Ikut saja jejak dia. Masuk PKR ke PAS ke, ikut je.
ReplyDeleteDia tidak takut nanti TV 3 ambil tindkan terhadapnya?
ReplyDeletelebih baik Wardina sendiri keluar dari TV3 dan menyertai Pakatan.. tidak perlu memikul banyak komitment kerana tugas pemimpin politik tidak semudah bercakap2 di pentas..
ReplyDelete